Wednesday, June 03, 2009

Chin Peng, Komunis dan Kemelut Kepulangan Nya

Heboh tapi nak heran apa... dulu orang Melayu ada pepatah bak sireh pulang ke tepak ... atau gagang... betul ke? Bila ada usul untuk membenarkan (bukan membawa) Chin Peng pulang ke Malaysia, heboh semua orang nak melarangnya. Ada pulak yang cakap... biar lah... dia nak balik ke kampung halamannya.. nak tengok anak cucu sebelum memejamkan mata.

Bagi setengah-setengah orang, Chin Peng adalah pejuang kerana mungkin asalnya menentang jepun dan seterusnya "cuba" menghalang kemasukkan semula penjajah, Inggeris. Sejarah boleh di taksirkan secara pelbagai arah mengikut arah haluan orang yang menafsirkannya. Tanya saja kepada bekas-bekas PKM yang berketurunan Melayu... ideologi itu satu hal... niat dan rencana nya satu hal yang lain. Itu susah mau jawab.

Saban hari, surat kabar dan berita tv sering mengungkit dan mengapi-apikan berita kepulangan Chin Peng.... yang benarnya Chin Peng belum pulang ... Chin Peng hanya berhasrat dan berhajat nak pulang ... ada pulak yang menyokongnya... jadi yang saya heran ... buat apa yang di panjangkan cerita apabila PM kita, dah cakap.... kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng pulang ... kalau dia balik secara sembunyi ... lebih kurang macam PATI atau pendatang asing tanpa izin ...walaupun dia mungkin "rakyat" Malaysia.

Jadinya ... hasrat yang sebegitu lama di canangkan itu tidak akan berhasil, walaupun ada pihak yang cuba menjadi Champion. Biarkan lah si Champion dengan Labu-Labunya. Buat apa nak heboh, dah jadi isu politik pulak. macam tak ada isu lain.... cuba selesaikan isu Mat Rempit (jadikan mereka ini Mat Usaha ke, Mat Maju Jaya ke), selesaikan isu along (jadikan mereka angah atau usu) , selesaikan masalah siswazah tanpa kerja (hanya ada skrol), selesaikan masalah infrastruktur yang masih kurang di Sarawak dan Sabah, selesaikan masalah tanah orang asli yang selalu di ceroboh, selesaikan masalah rasuah..... rupa2nya banyak lagi masalah yang belum selesai......

Selamatkan ruang dalam suratkabar dari berita yang dah tahu keputusannya, luangkan masa siaran tv dan radio dari suara menentang kepulangan "Hero" komunis ini dan selitkan siaran yang berfaedah...

1Malaysia.... dah boring dengan cerita nie....


ps

pernah baca buku pasal Mao... jelas dia jenis susah nak tidur, kaki perempuan dan malas mandi.....

No comments:

Post a Comment