Bila kerajaan hebahkan yang pemberian biasiswa pelajar untuk melanjutkan pelajaran akan berdasarkan 100% kepada merit, ramai yang memberikan pendapat namun banyak yang mempertikaikannya.
Kalau Biasiswa Nasional untuk pendidikan ini diberikan hanya berdasarkan merit, tentu penilaian merit itu berdasarkan keputusan peperiksaan. Jika itu yang di buat atau dilaksanakan, pelajar dari kawasan luar bandar, dari golongan berpendapatan rendah serta kemudahan infra sekolah yang serba kurang, pencapaian tentulah kurang merangsangkan. Cuba tengok keputusan SPM atau STPM, tentunya yang terbaik dari sekolah di bandar atau sekolah-sekolah yang cukup infrastruktur untuk merangsang pembelajaran. Jumlah pelajar yang mendapat jumlah "straight As" memang ramai, tapi dari sekolah berprestif, sekolah berasrama penuh atau sekolah di kawasan bandar.
Pelajar yang memasukki sekolah berasrama penuh (SBP) dengan keputusan UPSR, selalunya dari sekolah di bandar atau sekolah yang sememangnya lengkap. Bayangkan sekolah-sekolah si pendalaman Sarawak atau Sabah. Bilangan murid kadang-kadang tak sampai 10 orang, guru-guru mempunyai sumber yang terhad untuk menarik minat pelajar. Ada pelajar dari sekolah di pendalaman ini berpotensi namun peratusan nya rendah.
Mendapat peluang untuk belajar di sekolah berasrama penuh memberikan satu peluang untuk pelajar dari kawasan pendalaman atau dari keluarga berpendapatan rendah untuk sama-sama berjuang untuk menikmati sesuatu yang mungkin tak akan di rasai di sekolah asalnya atau sekolah lain di sana (sekolah menengah).
Namun, yang tidak dapat menjejaki kaki ke asrama penuh, jangan pula, peluang untuk menjadi orang berjaya dipadamkan.
Bagi seorang pelajar yang mendapat 4 A1, dan 4 kredit, tapi dari sekolah di pendalaman adalah lebih baik dari pelajar yang mendapat 8 A1.... kerana yang mendapat 8A1 itu dari sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan dan pasarana pembelajaran yang baik, lengkap dengan makmal komputer, kelas tambahan, perpustakaan yang lengkap, buku rujukan yang senang di beli atau di perolehi, kelas tuisyen yang bercambah serta tentunya pemakanan yang baik dan lengkap. Tidak lupa keluarga yang sentiasa memberikan sokongan moral dan kewangan.
Bukan saja pelajar dari bandar semua nya baik, jumlah yang mengambil peperiksaan itu sendiri besar bilangan nya. Pelajar dari golongan berpendapatan rendah dan tinggal di bandar juga tidak boleh dinafikan peluang untuk mendapat biasiswa kerana mereka juga mempunyai batasan tertentu untuk mendapat keputusan yang baik .... tidak mampu untuk menghadiri tuisyen, kelas tambahan mungkin tidak juga kerana masalah wang tambang tambahan, pemakanan yang se adanya, suasana di rumah (seperti di setinggan atau rumah yang sempit) yang tidak kondusif untuk belajar, tidak mampu membeli buku rujukan tambahan (nak ke perpustakaan pun kena keluar belanja) dan macam-macam lagi.
Pemberian biasiswa berdasarkan merit ini perlu di lihat dan di analisa sedalam-dalamnya. Jangan kerana sejayaan seorang anak nelayan memecahkan rekod bilangan A yang banyak, ramai lagi terlepas peluang untuk memperbaiki diri.
penumpang
Mungkin MARA, RISDA, Baitulmal, Badan Zakat, Yayasan Pendidikan Negeri tidak ikut langkah memberikan biasiswa secara merit ini. nak harap biasiswa "FA MA" atau Father and Mother ni, tak semua orang mampu.
No comments:
Post a Comment