Saya bukan nya berpelajaran tinggi... mula-mula buat Diploma di ITM (sekarang UiTM), kemudian buat management program dengan AIM (Asia Instutute of Management) dan baru2 ni baru tamat program BBA dgn satu universiti tempatan. Rasanya tak banyak pakai duit bila nak belajar dulu. Tapi sekarang nak belajar pun ... kita kena berhadapan dengan institusi yang menjadikan menyediakan pendidikan sebagai satu bisnes ... jangan fikir kualiti lagi!
Anak saya sekarang ni belajar di Kuching... asrama penuh tapi tiap-tiap bulan kena belanja tak kurang dari RM250. Itu hanya belanja poket , belum kira duit prepaid untuk reload. Tak ada telefon, susah pulak nak berhubung, walaupun ada peraturan melarang pelajar dari membawa handphone.... nak guna telefon public kat sekolah, selalu rosak malahan ada kes kabel telefon tu pun kena curi. Bila cuti sekolah, kena beli tiket kapalterbang... terbang lagi RM250 - RM300 bergantung dengan promosi harga tiket.
Satu lagi anak saya pun begitu juga... akan sambung di sebuah international kolej di Kuching... baru peringkat diploma. Kos pengajian saja dah hampir RM17,000. Itu belum masuk duit makan, pakai, stationaries dan asrama. Duit asrama dah hampir RM80 sebulan... makan kalau kira RM10 sehari dah RM300. Kalu campur belanja lain, rasanya tak kurang RM500.
Nah!... dua orang anak dah dekat RM750 - RM800 sebulan. Anak ketiga masih tingkatan tiga,,, belanja sehari RM5 (RM200/bulan), tuisyen RM100/bulan, ini dah RM300. Maka belanja anak-anak sekolah dah RM800, itu paling kurang. Itu belum lagi kalau ada aktiviti tambahan atau selingan.... budak2 sekarang macam-macam. jadi pengawas kena beli blazer.... itu dah RM150... saya cakap dengan anak... jangan terima tawaran sekolah jadi pengawas... anak kata tak boleh... tanya saya lagi, sekolah tak subsidi ke blazer tu... jawab nya tak cuma tie saja.... hampeh!
Anak saya cakap, ada student tu tolak sebab keluarga tak mampu nak keluarkan duit untuk beli blazer sekadar jadi pengawas, sekolah tak mau terima penolakkan tu.... hampeh lagi!
Jadi apabila anak2 dah besar... melanjutkan pelajaran.. maka kita bekerja untuk menunaikan tanggongjawab sebagai ibu dan bapa untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk masa depan anak2.
Apa yang boleh kita dapat dari bantuan yang ada? Dengan pendapatan yang dikategorikan sebagai tidak layak untuk mendapat pinjaman (walaupun dari PTPTN) , maka segalanya tergalas atas diri sendiri. Dengan pinjaman mesti bayar setiap bulan menjangkau RM3000/bulan (kereta, rumah dan ASB), bil2 wajib seperti telefon, sewa rumah (tak beli rumah kat Sarawak ni, sewa aje) , api dan air, belanja dan bayaran wajib bulanan dah dekat RM4000/bulan campur biaya anak-anak sekolah, maka jadinya RM5000/bulan. Macam mewah pulak bunyinya... tapi hakikatnya... kita sekarang mencari duit untuk anak-anak belajar dan kita juga kini kena belajar bahawa duit yang ada harus di samping, dibelanjakan sewajarnya...yang tak perlu jangan beli... kalau boleh jangan pandang sekalipun.
Bila terfikir nak bercuti atau balik raya... mula menggaru kepala... tiket kapalterbang sekeluarga dah mencecah RM3000 pergi dan balik (tiket paling murah tu), kena pula sewa kereta untuk balik ke utara atau ke pantai timur... nak naik bas... anak besar, barang banyak dan time hari raya ... mana ada tiket kalau walk-in. Sewa kereta dah tentu hampir RM800 lagi. Cuti paling tidak pun 5 hari , jadi kalau satu hari sewa kereta RM160 kali dengan 5... jawapan seperti di atas tadi. Jadi sebab itu saya jarang balik kampung. Dah balik, ada juga belanja hangus lain yang kalau di kira mencecah RM2000. kerja teruk-teruk.... habis duit begitu saja.
Nii... nak tanya...sapa-sapa di pihak kerajaan boleh tolong.... cukai pendapatan berbaki RM3315 ni belum bayar lagi.!
ps
Nampak nya, bila anak dah besar dan mula belajar tinggi, kita pulak kena belajar mengikat perut dan menutup nafsu-nafsi yang beli itu dan ini. Bila anak nak kawin (anak saya semua lelaki), mula lah kena keluar belanja pulak... takkan nak harap anak saja.
Investment! Investment.... jangan anak malas belajar dan kantoi tengah jalan sudah ler......
No comments:
Post a Comment