Tuesday, June 23, 2009

Low Profile Atau Tak Ada Profile

Low Profile sama ertinya berprofil rendah, kurang menyerlah, kurang dikenali, tidak terkenal atau lebih tepat lagi "bukan sapa-sapa". Yang tak ada profil tu hanyalah orang gila jadi cuma tinggal orang yang berprofil rendah atau berprofil tinggi atau hebat, terkenal, berkepentingan atau berpengaruh.

Ok, bila sesorang itu di tangkap atas apa jua kesalahan, dan jika orang itu seorang yang terkenal , kes nya di anggap berprofil tinggi... tapi jika tidak atau berprofil rendah, silap-silap kena tahan lama , jadi OKT (orang kena tahan / tangkap) yang merengkop lama sebab lambat dibicarakan kecuali kalau kes tu boleh di jamin.

Cuma topik low atau high profil kali ni, saya nak bercerita hal zaman sekolah-sekolah dulu, terutama zaman sekolah menengah, tengah galak.... selepas dah sekian lama, baru terasa bahawa kalau kita ni high profile, terkenal samada cara baik atau jahat @ nakal kat sekolah dulu, chances are...orang akan kenal tapi ada cara juga untuk famous agar semua orang kenal termasuk cikgu-cikgu selepas 30 tahun... cara nya ialah rosakkan peralatan sekolah yang paling ramai di minati atau kalau daring sangat nak famous sampai bila-bila.... lari berbogel depan bilik guru.... nah tentu famous... masuk surat kabar...lepas tu simpan keratannya... nasib kalu tak masuk hospital sakit jiwa.

Tapi yang saya nak tekankan ialah ada orang nak dapat status high profile dengan bersekongkol dengan orang yang tak sepatutnya atau buat macam ahli politik sekarang... sokong Chin Peng balik ke Malaysia.... pendek kata buat kerja bodoh lebih mudah dikenali....

No comments:

Post a Comment