Thursday, June 11, 2009

Cerita Dulu-Dulu ... Zaman Bersekolah, Zaman Tengah Galak


Malam tadi, tak dapat tidur ... pertama kerana ada Board Directors visit dan kedua apabila tak dapat tidur, ingatan terkenang pada zaman dulu-dulu, zaman tengah nak mula galak , siap sempat buat satu memoir ringkas :


zaman dulu dulu,

aku memang takut jumpa cikgu,

kena pulak subjek yang memang saya buntu,

cikgu,

dulu aku tak hargai kamu,

sori bila nama mu kami reka merapu-rapu,

curi keluar walaupun bukan hari minggu.


Sori cikgu,

kalau dulu, kami main mercun roket tertembak bilik kamu,

sori cikgu,

kami buat barbekiu tak bagi tahu cikgu,

bukan apa, barbekiu dalam bilik ler...cikgu,


Sori cikgu,

kamin curi hisap rokok,

tak kira tempat, biar pun merapu,

tangki air asrama kami bertumpu,

sejuk...cikgu


Sori cikgu,

tak dapat cikgu tangkap akan aku,

walau pernah salam di pangku-pangku,

seluar berlapis buat hadang rotan cikgu,

tapi sayang ia tak berlaku.


kawan-kawan,

dah tua baru teringat akan kamu,

waktu dulu,

waktu dulu ..... siapa lah aku.

tapi kenangan dul,

tetap terpahat, terbuku...

buat cerita si anak cucu.


kawan kawan,

ingat tak suatu hari dulu,

kita keluar tanpa pengetahuan cikgu,

jalan kaki berbatu batu,

tapi kaki tak kematu.


main pinball, dah kalah cikgu,

hisap rokok macam hantu,

satu batang , berkongsi biasa lah tu,

nak thrill waktu tu.


mandi air berkikis,

pakai seluar berlapis,


banyak benda tak boleh cerita...dah kena tapis


buat cikgu,

selamat hari guru,

bagi aku, hari guru setiap hari dan minggu.

cikgu yang kiut dulu, tapi ilmu tu yang laku.


kawan-kawan,

kenang lah daku dalam doa mu...




No comments:

Post a Comment