Thursday, June 25, 2009

Orang Baru

Manusia sememangnya ingin menonjolkan diri terutama bila berada dalam satu suasana baru dengan tujuan beliau akan dikenali atau merasakan bahawa dia telah melakukan sesuatu yang boleh menaikkan diri dalam kumpulan berkenaan. Ini jelas dalam suasana dalam satu tempat kerja.

Masalahnya, perlakuan atau perbuatan berkenaan mungkin akan menjadi buah mulut orang lain, terutama apabila perubahan itu berlaku secara drastik tanpa mengambil kira kesediaan orang atau anggota kumpulan yang telah lama berkhidmat. Orang baru ini mungkin dilabelkan sebagai cuba membodek atau cuba menaikkan diri sendiri yang kadang-kadang dilihat seperti boleh menjatuhkan orang lain atau menonjolkan kelemahan pihak lain. Ianya lebih ketara apabila orang baru itu mendapat kepercayaan pihak atasan dan diberikan ganjaran gaji yang lebih tinggi dari orang yang lebih lama berkhidmat.

Kebiasaannya, orang ini, jika perubahan yang ingin dibawa itu berlaku atau cuba dihasilkan dengan cara yang drastik, akan menerima tentangan samada secara jelas atau secara diam-diam. Akhirnya perubahan itu akan gagal atau tidak sepertimana yang diharapkan. Kekecewaan akan berlaku pada kedua-dua pihak, orang baru dan lama.

Akibat dari itu, orang lama merasakan diri tersisih dan cuba melarikan diri, mungkin dengan bercadang untuk bertukar angin mencari kerja lain, di tempat lain. Orang baru pula akan merasakan bahawa rancangan yang di atur / perubahan yang di rancang semacam menghadapi kegagalan , maka hilang "steam" nya. Beliau akhirnya terkulai, mula cuba menyesuaikan diri dengan budaya kerja asal (walaupun mungkin tidak bagus bagi nya) , hanya untuk berusaha terus kekal di situ.

Kesudahan nya, idea, kreativiti, innovasi baru yang cuba di terapkan lupus bak kata orang "slow death".

Punca segalanya ialah kadar penerimaan terhadap perubahan oleh orang lama dan kegagalan oleh orang baru dalam mengenalpasti budaya kerja semasa serta kepelbagaian budaya yang ada.
Perubahan drastik mengundang tentangan, tiada perubahan akan mengakibatkan ujudnya "zone comfort" , "complacent" serta "taking things for granted". Tiada kemajuan atau pembaharuan yang membuka minat untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar serta memberikan pengalaman baru.

Kesimpulannya, budaya masyarakat kita yang berbilang budaya serta demografik semasa perlu di kaji sebelum perubahan di buat, mengajak penyertaan semua pihak boleh meningkatkan minat serta memberikan peluang bagi semua orang untuk menyumbang idea serta tenaga... berpeluang juga untuk menonjolkan diri.

Berdasarkan pengalaman, mengambil kakitangan baru (eksekutif atau golongan sokongan), sering mendedahkan orang lama dengan satu cabaran baru, merasakan kedudukan tergugat apatah lagi apabila gaji orang baru itu lebih tinggi walaupun pengalaman tak seberapa. Banyak syarikat mengalami kadar perletakkan jawatan yang tinggi secara mendadak apabila suasana yang dinyatakan di atas tidak ditangani secara baik. Syarikat mungkin akan hilang "valuable human resources" secara tidak disedari. "Loyalty and Organization membership" perlu di titikberatkan.


ps

Orang baru lama-lama hilang stim nya apabila kerja yang di buat menjadi rutin harian dan bukan lagi tanggongjawab yang perlu dipikul dan dijayakan. Kerja menjadi statik tak banyak perubahan. Tugasan berbentuk "tasking" , 'trouble shooting team", " special assignment concept" perlu diadakan bagi kumpulan2 tertentu agar mereka merasakan cabaran untuk membeikan hasil yang diharapkan. Ia nya berbentuk jangka pendek ... dan kejayaan dalam menghasilkan sesuatu akan menjadi kebanggaan dan meningkatkan tahap "loyalty" dan "organizational membership"

Hidup jangan boring, kerja jangan boring!

No comments:

Post a Comment