Apabila saya graduate pada awal tahun 80an, banyak individu yang menduduki jawatan tertinggi dalam industri perladangan swasta terdiri dari "mat salleh" samada dari Australia, Britain, Scotland, Wales atau Peranchis. Syarikat perladangan terkenal ketika itu ialah Boustead, Highland Lowland, Guthrie, Harrision Crossfield, Dunlop, Socfin dan banyak lagi. Hampir kebanyakkan manager dan penolong pengurus nya adalah "mat salleh".
Expatriate ini mempunyai kelebihan tertentu dalam mendalami ilmu pengurusan ladang walaupun kebanyakkan mereka bukan berlatarbelakang ilmu itu malah ramai adalah bekas tentera. Sehinggakan, ramai juga anak-anak tempatan dulu dari bekas tentera turut di ambil bekerja sebagai eksekutif ladang.
Kenapa?... jawapannya ialah disiplin serta semangat juang yang hebat. Keinginan menceburi sesuatu yang baru serta mencabar, membolehkan mereka pergi jauh walaupun ada juga yang tersungkur jatuh.
Bezanya sekarang, eksekutif muda lebih complacent, merasakan diri dalam suatu comfort zone dan tidak perlu bekerja keras serta terlalu mengharap kepada kakitangan bawahan dan tidak peka dengan perubahan. Cabaran dalam suasana kerja mengundang perasaan ingin mencari satu ruang untuk melepaskan diri dari satu tanggungjawab serta beban yang tidak mahu di tanggung.
Yang menjadi masalah besar ialah, sikap untuk bertindak atas sikap "tidak apa", yang akhir nya tidak memberikan apa-apa hasil yang diharapkan. Di tambah dengan disiplin anak muda yang suka memberontak dan memandang rendah senior yang lebih berpengalaman (tapi tanpa kelulusan tinggi), mereka akhirnya tidak kemana sekadar mempraktikkan dan melagukan irama teori semata-mata.
Kadang-kadang saya merasakan bahawa mereka mereka ini (bukan semua) adalah eksekutif muda yang terlalu muda bak rebung buluh yang muda di lentur tapi mudah juga ditanggalkan dari ibunya. Mudah dipengaruhi serta sentiasa cuba melarikan diri dari memikul tanggung jawap.
Amat saya kesalkan juga, ada eksekutif muda (telah berumur tapi baru naik jadi eksekutif), merasakan bahawa mereka hero dan suka memerintah walaupun sebenarnya apa yang mereka ada hanyalah jumlah tahun lama bekerja tetapi kurang dalam ilmu pengurusan sebenarnya , kurang pengalaman dalam membuat 'good judgement", tidak boleh di tegur , syok sendiri dan akhirnya menyusahkan semua orang. Mereka ini bakal menjadi penghasut dan kaki umpat di belakang dan cuba menjadi hero walaupun di depan kita, lebih manis senyuman nya dari madu atau gula.
ps
bagi saya yang dah 26 tahun dalam industri ini, pernah bekerja dengan "mat-mat saleh" itu dulu, pedulikan mereka-mereka ini, eksekutif muda yang masih berhinggus, nak kata dan kutuk pun, saya peduli apa.... akan saya pancung dari senarai kakitangan saya nanti...tengoklah ... DENDAM SI ORANG TUA
Wow... gulp!!
ReplyDeletehe, he marah beno nampaknye.
ReplyDeleteTapi memang betul pun pemerhatian sahabat tu. Di mana-mana pejabat pun itu le senario yg kita dapat, masuk kerja mudah..pakai macam-macam kabel. sense of belonging langsung tak ada. Sebab ramai bos sekarang pun lack of leadership, semua orang dia buat kawan, sampai junior officer pun boleh tepuk2 bahu.
Dulu kita masuk kerja, bos ada aura dia, kita takut campur hormat. kerja tak berani cincai. tapi bila bos pencen, semua menangis sebab sayang kat dia.
Oh..macam tu ye!!!!!
Bukan marah ... sekadar mencurahkan perasaan, pancung dari senarai kakitangan juga membawa makna ... transfer dia, dulu my director ada cakap; "transfer a problematic personnel somewhere is just transfering the problem but not solving it"... tapi pernah dengar tak "cold storage"? Lebih baik transfer supaya dia dia beri "second chance" tapi kalau tak berubah, nasib ler.
ReplyDeleteEksekutif muda bukan bermakna orangnya mesti muda, tapi lebih kepada "lapisan kedua pengurusan" atau "middle management group". Mungkin setengah nya dah berumur , tapi dapat "promotion" , rank and file.
"They can perform as a staff or a senior staff but as an executive, they actually "hancur". Ingat, "they" here refer to some but not all.
hahaha....lalau kerja separuh mati pun.walaupun jawatan eksekutif,tp kadang kala angkat baja, inspect mana blok yang kena lulus.Tp HQ yang mengarut tau kata keja blok x betol sedangkan kontraktor goyang kaki claim sebarangan. 5 pagi sampai 5 ptg.saya pun muda..masih 23 thn...tp xda org pandang pun.btw...tuan...blh bg tips ka mana company sawit yg best kj....x nak kj ngan kompeni cina mengarut.
ReplyDelete