Tuesday, June 16, 2009

RMT - Rancangan Makanan Tambahan (Sekolah Rendah)

Semalam, hari Isnin, 15/06/09, saya kebetulan menungu kawan di hadapan sebuah sekolah rendah. Waktu tu masa rehat ... ini sekolah rendah dan sessi petang. Saya lihat, ramai murid2 beratur panjang, tertib dan aman. Tergerak hati, nak ke mana budak-budak ni... dari segi pakaian seragam sekolah, nampak nya ada yang berpakaian agak lusuh dan tentunya dari keluarga yang kurang berkemampuan, tapi ada juga yang agak kemas dan bersih, tentu nya secara kasar dari keluarga yang agak berkemampuan.

Disebalik kain pemidang iklan yang ada tu, saya intai intai, rupanya budak2 tu beratur untuk mengambil makanan dari skim rancangan makanan tambahan untuk kanak2 sekolah rendah dan tentunya untuk kanak2 dari keluarga yang kurang mampu. Makanan nya hanyalah sebungkus nasi (macam nasi goreng) yang dibungkus dengan plastik sebesar penumpuk budak tahun dua (mungkin , sebab kecik benar). Tak nampak pulak air minuman atau susu seperti mana lazim nya (walaupun ada banyak kes cirit birit akibat susu basi).

Makanan itu di letakkan dalam satu bakul, dan kanak2 itu akan mengambilnya sambil diawasi oleh dua orang wanita (guru? , saya tak pasti). Berhampiran dengan tempat "pengagihan" tu, terdapat sekelompok kecil kanak2 lelaki (sekitar 5 -6 orang). Dia akhir barisan, terdapat seorang kanak2 perempuan (mungkin tahun dua), dan dia adalah penerima terakhir. Nampaknya ada sekitar 4 -5 bungkusan berbaki, dan apabila tiada pelajar lain mengambilnya, kanak2 lelaki yang menunggu tadi bangun dan seolah-olah mengharapkan baki makanan yang berbungkus itu di berikan (disedekahkan) kepada mereka. Tapi, kesian, mereka hampa. Bungkusan yang berbaki itu tadi di ambil oleh dua wanita tadi, menuju ke arah depan bangunan sekolah itu.

Siapakah kanak2 tadi? Adakah mereka itu penerima bantuan juga tetapi makanan yang diberikan itu terlalu sedikit dan tak mencukupi? atau mereka itu adalah kanak2 yang tidak mampu tetapi tercicir dari senarai penerima? atau memang mereka itu kanak2 yang memang suka mendapat makanan "free". Tapi walau apa dan siapa mereka, jelas wajah dan air muka mereka terbayang rasa kecewa dan jelas begitu mengharapkan sesuatu tetapi tidak tercapai.

Sedih dan kesian... rasanya jika mereka kanak2 yang masih lapar dan perlukan makanan , saya tergerak untuk menghulrkan wang untuk membeli makanan tetapi terbatas kerana, jika itu yang saya lakukan, berapa banyak pula kanak2 lain yang akan menerpa... dan wang itu kemana pula perginya.

Cuma, bagi sesiapa yang terlibat dalam urusan memberikan makanan kepada yang tidak atau kurang mampu, ikhlaslah.... untung jangan sampai ada yang termanggu-manggu. Makanan yang berkhasiat dan bermutu yang diberikan itu, dengan untung mungkin sedikit tapi berkatnya... hanya TUHAN yang tahu.

ps,

Siapa dan apa yang nak di buat dengan makanan yang berbaki oleh dua orang wanita tadi?

2 comments:

  1. Terlalu rumit untuk diperkatakan. Situasi ini mungkin dialami oleh kebanyakkan sekolah namun sukar untuk dipersoalkan kemanakah baki makanan tersebut 'disalurkan'. Hanya orang berkenaan saja yang tahu...tataplah wajah anak-anak kita yang masih kelaparan...

    ReplyDelete