Tuesday, June 16, 2009

AHLI POLITIK PARTI ... BUKAN WAKIL RAKYAT LAGI

Orang politik sekarang macam dah gila nak kuasa ... sampai sanggup buat kerja yang sebenarnya memalukan diri sendiri dan tentunya anak isteri turut kena tempias nya. Bayangkan anak di sekolah di mainkan kawan-kawan di sekolah kerana perangai bapa nya, seorang ahli politik. Tengok saja di Parlimen, macam nak sangat kuasa dan jawatan tertinggi sampai sanggup jadi macam pak pandir, sanggup buat sesuatu kerana merasakan dia betul. Aduh, bangkit lah, buat saja kerja sebagai mana selayaknya sebagai wakil rakyta yang di pilih... jangan asyik nak bertekak macam budak-budak berebut aiskrim... nakkan jawatan dan sanggup pakai bandana macam budak muda yang jadi fanatik pasukan bola.

Ahli politik dan pemerintah nampaknya sama saja ... cakap di Parlimen macam budak tadika berebut mainan. Pemerintah samada pembangkang atau penyokong kerajaan mempunyai tugas yang amat di tagihkan. Tugas nya menguruskan negeri / negara, merancang dan membangunkan , menyelesaikan masalah negara dan banyak lagi. Nampak nya semua sibuk dengan menyelesaikan masalah kedudukan serta masalah kepentingan parti. Dalam perti pun sibuk berebut jawatan dan akhirnya ada perpecahan yang seterusnya mengugat kestabilan parti dan negara juga.

Untuk semua parti dan penerajunya, banyak masalah yang perlu di tangani , biar saya senaraikan di sini dan cuba bawa berbincang dan semua ahli parlimen cuba cari jalan penyelesaian terbaik.

a) Peningkatan kadar masyarakat tanpa kerja dan pemberhentian kerja akibat ekonomi,
b) Masalah penyalahgunaan dadah dan masaalah sosial lain seperti mat rempit dan ragut
c) Masaalah ceti haram atau along.
d) Kemudahan infrastruktur yang belum cukup,
e) Pendatang asing tanpa izin
f) Kemudahan pendidikan yang merangkumi seluruh pelusuk negara, termasuk biasiswa dan pinjaman pendidikan
g) Peningkatan kadar penganggoran siswazah,
h) Integrasi antara budaya dan bangsa,
i) Masyarakat setinggan dan kemudahan perumahan kos rendah,
j) Kemudahan untuk orang kurang upaya,
k) Peningkatan kadar jenayah,
l) Penularan penyakit seperti meningitis, influeza A H1N1, denggi, malaria dll yang meningkat,
m) Kemudahan rawatan perubatan untuk rakyat kurang mampu,
n) Kemiskinan di kalangan masyarakat nelayan, petani, pemandu teksi, penarik beca, tukang sapu, tukang kebun dll,
o) Peningkatan kos pengangkutan,
p) Peningkatan kos barangan makanan asas,
q) Masalah jerebu,

dan banyak lagi.

Jangan nak bertekak nak jadi MB, jangan dok bertekak nak jadi presiden parti, jangan dok bertekak nak jadi ahli majlis, jangan dok bertekak pasal nak bubar DUN.

Senang cakap, dah jadi wakil rakyat, wakili lah rakyat, kalau setakat nak jadi wakil parti saja dan lupakan tugas hakiki terhadap rakyat, baik jadi jaga pejabat parti.... ingat saya ni pembayar cukai dan cukai yang dibayar, tak banyak sikit turut masuk kedalam poket ahli politik sebagai gaji dan elaun... jangan saya haramkan duit tu sudah...

PS,

rasanya ahli politik kita ramai yang berpelajaran tinggi, tapi rasanya patut masuk balik tadika. Budak tadika pun tahu berkawan dan bermain... kalu gaduh pun sekejap saya ... lagi pun dah memang perangai budak2.

No comments:

Post a Comment