Thursday, June 11, 2009

KERJA KOSONG - SATU TAWARAN

Iklan Jawatan Kosong, untuk sapa-sapa yang berminat... bukan main-main... betul

a) Pegawai Pentadbiran dan Akaun.

Kelayakan : Sijil Perakaunan atau apa2 sijil yang berkaitan serta lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM, atau mata pelajaran perakaunan serta 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. Keutamaan yang berkebolehan menyediakan set akaun lengkap (full set management account) serta menganalisa perbelanjaan dan pendapatan projek.

Kelebihan kepada mereka-mereka yang berminat bekerja dalam suasana yang mencabar, penuh cabaran dan di kawasan pendalaman dengan kemudahan asas yang paling minima.

Umur antara 25 ke 30 tahun dan sihat tubuh badan.

Jangkaan pendapatan bulan termasuk elaun RM2000/bulan. Skim insentif yang menarik di tawarkan.

b) Penolong Pengurus Ladang / Cadet Perladangan.


Kelayakan : Diploma dalam bidang pengurusan ladang, pertanian atau perhutanan. Berumur antara 20 hingga 25 tahun dan belum berkawin. Berminat dalam suasana perkerjaan yang mencabar, keinginan tinggi untuk belajar dan berjaya dalam karier, dan menetap di kawasan pendalaman dengan kemudahan asas yang paling minima.

Jangkaan pendapatan bulan termasuk elaun RM2400. Skim insentif yang menarik.

c) Eksekutif Penyelenggaraan Stor.

Kelayakkan: Diploma dalam apa-apa bidang, serta pengalaman kerja dalam penyelenggaraan stor termasuklah penerimaan, pengeluaran barang serta penyediaan akaun stok dan membuat "stock take". Berkeupayaan mengendalikan nilaian stok bernilai jutaan ringgit.

Calun perlu lah seorang lelaki yang meminati alam sekitar yang mencabar dengan kemudahan asas yang paling minima.

Jangkaan pendapatan bulanan termasuk elaun RM2000/bulan.

d) Penyelia Ladang

Kelayakan : SPM atau sijil pertanian atau kelulusan vokasional berkaitan. Calun lelaki sahaja, belum berkahwin dan berumur antara 19 hingga 25 tahun. Sanggup menghadapi cabaran di suasana kerja dengan kemudahan asas yang minima.

Jangkaan pendapatan bulan termasuk elaun RM1400.

Semua Jawatan adalah untuk kekosongan di Bahagian Kapit, Sub District Nanga Merit, Sarawak. Semua di jemput memohon.

Berminat : Berikan nama, alamat, no telefon atau e-mel dalam ruangan komen untuk dihubungi semula oleh pihak pengiklan atau wakil syarikat.

1 comment:

  1. ahn Says:
    June 16th, 2009 at 5:10 pm e

    Mohd Fadli bin Wahab
    013-3882010

    Permanent address:
    Lot 755, Kg Tuan Mandak,
    21060 Kuala Terengganu.

    Current address:
    A2-1-3, Pangsapuri Anggerik,
    Flat Desa Pandan,
    Off Jalan Desa Pandan,
    55100 Kuala Lumpur.

    el_269@yahoo.com

    ReplyDelete