Thursday, May 28, 2009

Politik Malaysia - Yang Mewakili Kami... SIAPA?

Satu ketika dulu pernah saya terdengar kata-kata seperti " Politik itu kotor" dan yang paling saya suka ialah tentang satu survei yang di buat di Amerika yang mengatakan bahawa ahli politik tergolong dalam golongan orang-orang yang paling tidak boleh di percayai.... Itu saya tak mau komen sangat ... sebab kat Malaysia memang dah jelas ... asal ada pilihanraya saja...kecil atau PRU... memang banyak janji-janji samada dari Parti Memerintah atau Pembangkang. Pokoknya selepas PRU 12, ada Parti Pemerintah menjadi Pembangkang dan sebaliknya.

Maka yang menyokong Pemerintah, semua kata-kata akan menuju ke arah Pemerintah yang benar semata-mata manakala kalu Pembangkang maka apa saja kata pembangkang, akan benar juga semata-mata.

Habis, kesudahan nya pengundi yang menjadi sasaran ... apatah lagi yang bukan penyokong mana-mana parti tetapi sekadar memenuhi tanggongjawab sebagai rakyat Malaysia yang hanya memilih calun yang berwibawa atau berkemampuan memimpin dan membangunkan rakyat dan kawasan yang diwakilinya.

Maka mungkin juga sesuai kita wujudkan satu puak atau suku atau kumpulan baru yang kita namakan "Yang Mewakili Kami" sebab wakil di pilih mewakili rakyat bukan sekadar mewakili kehendak dan mengikut telunjuk pemimpin parti (BN atau PR) semata-mata. Mungkin Ibrahim Ali (Pasir Mas) boleh menjadi orang yang boleh memulakan segalanya... biar di hentam dari BN atau PR... yang penting suara rakyat di pertengahkan bukannya suara pemimpin mereka semata-mata.

Hodoh betul bila tengok di TV ...penyokong sanggup buat apa saja untuk pemimpin parti tapi bila di suruh buat sesuatu untuk masyarakat setempat banyak pulak songel nya. Ada yang sampai sanggup baring atas jalan atau buat mogok lapar sedangkan dalam bulan Ramadan pun puasa tak pernah cukup...tapi raya sakan sebab ..pemimpin dia mungkin bagi bonos lebih. PAS ke, UMNO ke, PKR ke, DAP ke , PPP ke... tak habis habis dengan buka tembelang musuh dalaman parti politik sendiri terutama tentang politik wang atau rasuah politik. Tak malu!!!! Jelas bila ada pemilihan dalam parti.

Selepas PRU 12, entah apa2, berebut nak jadi Menteri Besar, buat lapuran polis bertimbun-timbun sehinggakan sibuklah POLIS nak menyiasat sampaikan hal-hal Mat Rempit pun tak selesai selesai, dah tu cuma mula nak berbahas nak tukar istilah.... lagi sekali TAK MALU!!! , kemudian sibuklah kata POLIS tak buat kerja....mana nak buat bos-bos POLIS sibuk suruh anak buah buat kawalan kat pejabat SUK negeri, buat road block tapi bulan untuk kawal mat rempit tapi sibuk nak kawal takut ada demonstrasi pengikut pengikut bodoh parti samada BN atau PR. Lawyer tentu banyak masuk duit, Hakim sibuk nak dengar kes-kes berkaitan politik sampai kes tertangguh terus tertangguh.....

Wei... buat kerja..jangan perabis beras dan menyusahkan rakyat wahai ahli-ahli POLITIK hoi...hang BN ke, hang PR ke, Satu Malaysia ke , Satu Negeri ke...masalah satu bahasa pun tak selesai2, sampai hal2 bahasa kat papan tanda jalan pun jadi kecoh....

ps

Takut rasanya politik Malaysia jadi Poli Taik.

No comments:

Post a Comment