Thursday, May 28, 2009

Mat Rempit Dalam Rancangan Isu

Saya menonton satu rancangan Isu di TV1.... tak pernah pun terfikir saya akan menonton rancangan ini yang telah saya labelkan sebagai sesuatu yang memboringkan.

Tapi malam tadi lain pulak cerita nya... topik hangat ialah berkenaan Mat Rempit ...yang sekarang ini sibuk nak di tukarkan istilah kepada samseng jalanan. Biarlah, sebab bagi saya itu semua tak penting sebab yang jadi samseng jalanan bukan saja penunggang motorsikal, tetapi ada juga pemandu kereta serta lori yang memandu secara biadap dan membahayakan orang lain. Apa saja istilahnya, ia masih tertumpu kepada masalah yang sama dan kearah kelompok manusia yang sama. Tak perlu nak bertekak pasal istilah!

Ada tiga orang panel yang membicarakan tentang isu ini serta dipengerusikan oleh seorang wanita ... tak tahu pulak namanya. Ahli panel tu, rasanya seorang dari JPJ dan seorang lagi dari PDRM. Yang sorang lagi, tak tahu pulak dari mana atau mewakili Jabatan mana.

Saya tak ambil tahu siapa dan dari mana atau apa yang dibincangkan kerana tumpuan diberikan sepenuhnya kepada gambar atau slot video yang ditayangkan.

Slot video itu memaparkan operasi yang di jalankan . ketika operasi itu, jelas sekali penunggang yang bersalah tu menggunakan apa jua cara untuk mengelak di tangkap... ada yang lepas...ada juga yang terjatuh dan ada juga yang tertangkap setelah berlanggar dengan kenderaan lain.

Apa yang menarik perhatian saya ialah bagaimana operasi itu di lakukan. Sekatan di buat di hadapan, kereta-kereta awam yang lain terpaksa bergerak beransur-ansur akibat sekatan itu tetapi si Mat rempit ini, secara melawan arus, membawa motor masing-masing secara melulu dan berbahaya , untuk mengelakkan diri dari di tangkap. Apabila ini berlaku, anggota penguat kuasa yang lain akan cuba mengejar... tapi sering tak berjaya walaupun melintasi di hadapan mereka kerana jelas anggota penguatkuasa ini tidak mahu mencederakan atau mengakibatkan kecederaan yang parah atau mungkin membawa maut kepada si perempit. Ada kala juga , penguatkuasa ini terpaksa mengelakkan dari di langgar oleh si rempit.

Ada satu slot, di sebuah simpang berlampu isyarat, dua buah motorsikal secara melulu bergerak melawan isyarat lampu , lalu di langgar oleh sebuah kereta proton ...... melambung dan sah kedua-dua penunggang tercampak. Tapi , ada pula kawan sirempit yang menghampiri rakan yang cedera ini, lalu membawa kawan mereka ini membonceng dan meninggalkan tempat kejadian

Ada juga satu slot yang menunjukkan sebuah motorsikal itu di bawa untuk mengelakkan sekatan secara melawan arus pergerakkan kenderaan lain tetapi malangnya terlanggar sebuah lori kecil lalu terjatuh... dan ketika ini lah anggota penguat kuasa menyerbu dan menahan sirempit ini. Nah, rupanya bukan setakat si rempit tetapi pembonceng nya rupanya seorang minah rempit..... terhenjut-henjut berjalan di iringi anggota polis... apa nak jadi?

Saya terbakar melihat gelagat si rempit ini. Sayangnya anggota penguatkuasa kita masih banyak bertolak ansur... saya berfikir alangkah baik nya jika anggota ini dibekalkan rotan panjang dan menghentak si rempit yang menggelakkan sekatan atau serbuan ini... setengah nya melintasi pegawai tersebut dan secara sengaja cuba menunjukkan belang yang manyakitkan. Apa yang mampu di buat... tengok saja lah dengan hati yang sakit membakar ...kalau di sekat atau dipukul dengan batang kayu atau rotan...sah sirempit ini akan jatuh dan akan mengalami cedera ... mungkin parah atau maut. Jika ini berlaku, ada pulak NGO yang menyalahkan Polis kerana tidakan yang mungkin dikatakan terlalu keras dan tidak berperi kemanusiaan.

Soalan saya ialah... bagaimana atau apa kah caranya untuk menahan si rempit ini , yang mencilok di celah-celah kenderaan lain untuk mengelakkan sekatan dan dalam masa yang sama enggan berhenti apabila di tahan oleh pegawai penguat kuasa....malahan nyata tindakan mereka (sirempit ini) jauh lebih ganas kerana cuba melanggar anggota polis dan sebagainya. Malah ada yang berbangga apabila merasakan dapat memperbodohan pihak polis...lupakah kamu polis masih sayangkan nyawa kamu... kalau dihayunkan rotan apabila kamu melintasi mereka.... parah rasanya !!!!

Bagi saya..... yang cuba lari itu, samada dengan motorsikal nya atau berlari meninggalkan motornya... hentak saja dengan rotan atau belati ... biar dia rasa betapa sakitnya di buat begitu.... sebagaimana tindakan setengah mat rempit yang terlibat dalam kes ragut serta rogol beramai-ramai .


Ps

1. Mat Rempit! samada ada untuk suka-suka atau untuk mendapat wang pertaruhan atau apa saja di pertaruhkan , samada ianya bersifat sementara... selagi menyusahkan orang... bersedialah menerima hakikat bahawa orang tak suka....bersedialah bahawa orang ramai sanggup menhentak, memukul serta menhentam kamu jika ada peluang... biarlah patah ruyuk tulang-tulang, biarlah cacat badan kamu... saya peduli apa!

2. Mat Rempit! jika kekosongan yang tiada pengisian yang menjadi punca....banyak pengisian yang ada... cari dan cuba lah....jangan hisap dadah...jangan meragut...jangan terlibat dalam jenayah sudahlah.

3. Mat Rempit! kalau terus merempit...rasanya semua orang tak kisah malahan lebih mahukan tindakan lebih agresif terhadap kamu.

4. Mat Rempit! satu hari nanti....kamu bakal terhimpit, terpenyek macam kueh semprit.... saya pun dah tak kisah... jangan sampai saya pulak kamu cuba himpit... memang saya langgar .... sebab saya peduli apa kerana kamu pun tak pedulikan nyawa sendiri atau nyawa orang lain.

5. Jangan lah anak-anak saya pulak yang merempit!!!!

No comments:

Post a Comment