Aku pernah berdebat @ bertekak dengan seorang lecturer ( mengajar subjek etika professional dan undang-undang) mengenai kuasa wang. Bagi lecturer itu , wang adalah segala-galanya malah wang dapat membeli kuasa. Maka dengan ada wang @ duit @ pitih, maka dia akan merasakan betapa hidupnya akan menjadi begitu sempurna.
Saya pun lawan dengan mengatakan bolehkah wang membeli nyawa walaupun dengan ada wang mungkin kita boleh mengupah orang untuk mencabut nyawa! Dia senyap, namun ada kawan membantu dengan mengatakan bahawa dengan ada wang, mungkin teknologi yang ada dapat membantu untuk memberikan semula kehidupan.
Ok, kalau begitu, bagaimana pula teknologi itu di reka? Jawab nya dengan adanya wang maka boleh di upah orang untuk mencipta teknologi tersebut. Ok, boleh kah orang yang tidak berakal, tidak berpengetahuan dan tidak pandai menggunakan akal fikiran untuk memberikan ciptaan yang diinginkan. Walau jutaan wang sekalipun, orang yang kurang berakal dan tidak berilmu sekadar menghabiskan duit sahaja.
Tapi, cuba fikirkan, dengan akal fikiran yang digunakan, dengan ilmu yang ada, dengan otak yang cergas, orang dapat mencari jalan untuk mendapat wang, kemudian mengandakan wang dan seterusnya menjaga wang dan kekayaannya. Malah, si pencuri juga memerlukan ilmu untuk mencuri. Si peragut juga menggunakan otak dan akal fikiran untuk meragut, bukan saja-saja berbuat begitu.
Orang kaya dan berwang, tanpa menggunakan akal, wang itu akan tetap habis dan tidak bertambah. Malangnya sesetengah orang amat berilmu, berakal dan berpendidikan tinggi tetapi tidak digunakan anugerah itu untuk kebaikan. maka otak dan akal fikiran itu menjadi buntu, tumpul dan hanya berguna apabila diperlukan utnuk tujuan tertentu sahaja.
Manusia sekarang, mengejar kuasa samada kuasa politik atau kuasa ekonomi tanpa memikirkan kearah mana kuasa itu akan dibawa... baik atau buruk. Seronok mengejar kuasa politik sehinggakan sekarang orang yang paling bahagia ialah lawyer-lawyer yang di ambil untuk mewakili pengiat politik untuk tujuan membela niat politik melalui sama di sana dan saman di sini. Akhir nya kes di mahkamah yang selama ini sudah tertunggak sekian lama, menjadi gunung yang terus meninggi. Kes mereka selalunya diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi... kononnya kepentingan rakyat.
ps
Gunakan otak dan simpan sahaja wang yang ada..... tiada pencen ..harap duit EPF.. tak tahu cukup ke tidak nanti.
No comments:
Post a Comment