Sejak akhir-akhir ni selalu terkenangkan masa zaman sekolah dulu terutama ketika bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Utara. Kenangan mengusik jiwa ini tercetus apabila tiba-tiba satu e-mail menjelma dalam inbox yang mengibau kembali kenangan dengan kawan-kawan lama dulu. E-mel ini membuka lembaran kepada satu “jejak rakan” yang telah lama menghilang... hampir 30 tahun.
Setengah-setengahnya telah menjadi orang yang amat berjaya seperti doktor, pensyarah dan ahli perniagaan besar.
Mungkin apabila dah sampai peringkat umur sebegini, kenangan masa masih remaja selalu timbul kembali terutama apabila ada sesuatu yang di cuit untuk mengimbas kembali kenangan sudah. Ini lebih terasa apabila melihat anak-anak sendiri sudah membesar umpama membuat kenangan menyusul lagi.
Semasa di sekolah berasrama dulu, apa yang paling tidak dapat dilupakan ialah saya dan kawan-kawan buat bisnes kecil jual snek berkongsi dengan Zul Ramli dan Halim Hanapiah. Modal permulaan tak banyak, rasanya tak sampai RM10 pun seorang. Bisnes bilik ke bilik bermula lepas kelas prep malam. Lain-lain kenangan ialah masak dalam bilik, masa penyakit taun menyerang dan berbaris pergi sembahyang jumaat kat masjid kampung Behor Pulai.... boleh tahan juga berjalan tengah panas ...agak-agak dalam 3 kilometer juga.
Kenangan semua ini seronok di ceritakan apabila berjumpa kawan-kawan lama terutama apabila balik kampung berhari raya..... sayang saya tak dapat balik selalu.
Sebenarnya saya telah menulis satu memori kenangan lama ... nak jadikan novel tetapi mungkin tak laku sangat sebab saya bukan orang yang famous.... sekarang dah ada lebih kurang 60 muka surat dan rasanya dapat buat sampai 200 muka surat. Mungkin akan saya siarkan dalam blog ini secara berperingkat-peringkat atau pun buat satu online novela dalam satu web site tersendiri. Tengoklah nanti... masa pun tak banyak sangat.
ps.
Kawan-kawan kadang-kadang lebih mengenali kita dari saudara sendiri malahan kawan-kawan yang banyak menolong ketika susah.
saya tak sabar nak baca novel tu, nak simpan jadi kenangan abadi. Waktu tu, saya tiap2 hari tulis diary (5 tahun you), tapi sayang masa saya di ITM, family buat housekeeping, semua memory tu terbakar jadi abu, isy,isy
ReplyDeletetolong war-warkan dalam Asputra ye.
tak sabar rasanye nak tunggu novel tu. nak simpan sebagai kenangan abadi.
ReplyDeletebila nak dilancarkan. bagi tau Asputra ye