Dulu, waktu mula-mula bekerja, dah jadi cita-cita untuk menjawat jawatan pengurus. Waktu itu aku baru tahap kadet, kira masih dalam percubaan. Setelah hampir 26 tahun bekerja dalam industri yang sama, cuma lain syarikat, saya telah pun menjawat jawatan pengurus kanan.
Nama memang sedap....pengurus kanan yang jadi masaalah nya, aku sepatutnya ada seorang pengawal project atau project controller, yang menjadi ketua project. Setelah Controller yang lama meletakkan jawatan, jawatan itu di pangku oleh aku sehinggalah controller yang baru sampai.
Di sisni masalah mula terasa, controller baru tiada sehingga kini , dah lebih 7 bulan. Aku terpaksa menanggong semua kerja controller dan juga melaksanakan kerja kerja hakiki yang sepatutnya aku buat. banyak masalah pula menimpa terutama dari rekod-rekod yang tidak pernah betul dari dahulu. Dulu tak ada orang yang selia, tapi sekarang, macam-macam hal tiba. Aku yang kena jawab dan dipertanggongjawabkan.
Sakit...disamping ada 5 pengurus di bawah aku, aku juga terpaksa buat kerja-kerja lain yang datang hampir setiap hari. panggilan telefon dari bos-bos di KL serta e-mail mereka dah macam rutin harian. Tension dan stress. Apa nak aku buat?
Rasanya , aku dah muka kena cari suratkabar dan menjenguk kat ruangan kerja kosong. Tekanan yang diberikan dah tak tertanggong, orang lain buat 3 kerja, aku kena buat 12 kerja. Time budget sekarang ni , aku memang pening.
Harap-harap suasana akan tenang, aku boleh lah rehatkan fikiran dan bercuti. kalau tidak, nampaknya terpaksa lah lebih agresif cari kerja tempat lain....itu pun harap-harap ada yang masih sudi.
ps
Memang susah kerja dengan orang, apatah lagi dengan syarikat bukan bumiputera...aasyik kita yang bumiputera nu kena tekan saja. Pengurus dan kakitangan lain macam tak tahu bebanan aku tanggong sekarang.
No comments:
Post a Comment