Tuesday, May 12, 2009

Rempit Vs Merempat

banyak cerita tentang mat rempit, dulunya dikenali sebagai mat motor. Bezanya mat motor lebih kepada sekumpulan manusia yang gila motor..iaitu menunggang motor, modified motor dan sebagainya tetapi jarang sekali terlibat dalam berlumba motor terutama lumba secara haram. Mat rempit pula, selain daripada berlumba motor secara haram, mereka juga kerap dilibatkan dengan gejala sosial lain seperti kes-kes bohsia / bohjan, salahguna dadah, kaki pukul @ gaduh berkumpulan, meragut dan sebagainya.

Puncanya, ialah tiada pengisian dikalangan remaja serta belia-belia yang berusia antara 20an ke 30an, sudah bekerja tetapi pengisian amat kurang. Maksud pengisian ialah, apa sudahnya, apa aktivitinya selepas waktu kerja. Yang paling murah ialah melepak serta bermotor secara berkumpulan. Apabila dah ramai, macam-macam idea pun menjelma. Mana tidaknya, media massa serta filem-filem sering mengambarkan kehidupan mat-mat rempit, berlumba, melakukan aktiviti maksiat dan seks. Itu semua menarik minat. Kenapa tak di cuba... anak-anak muda perlukan hiburan , biarpun yang murah dan kalau boleh percuma. nak main futsal, RM25/jam, itu paling murah. kena tunggu giliran, kena beli kasut yang sesuai dan macam-macam lagi. Nak berlumba di arena khas, mahal. Nak tengok wayang, tentunya bukan hari-hari. Nak lepak kedai mamak, pekena roti canai dan teh tarik, bukan boleh buat selalu, keluar modal jugak.

Jadi,yang murah dan menyeronokan ialah ikut geng merempit. Murah dan bahagia bersama kawan-kawan serta ada rasa selamat bila dalam geng atau kumpulan yang mempunyai minat dan masalah yang sama. Malahan jika ada pihak lain yang cuba mengganggu, kumpulan akan masuk campur dan membantu, malahan bagi masalah kewangan. Timbul cerita bila dah ramai, meragut, merogol , menjadi samseng jalanan menjadi kesudahan kehidupan. Bila sampai masa nanti, umur dah meningkat, tak pula kena tangkap, mula berkeluarga, aktiviti merempi ini akan reda sendiri. Tapi kita tak boleh biarkan aktiviti ini reda sendiri. Ada mat-mat rempit ini di tinggalkan keluarga, dibuang oleh ibu bapa atas sikap keremajaan yang selalu ingin memberontak dalam dunia yang sentiasa perlu ada fulus. Akhirnya merempat lah mereka, dalam kumpulan, tidur bersesak dalam bilik sewaan dan meneruskan aktiviti merempit. Mat rempai dah merempat.

Isikan kekosongan ini dengan aktiviti. Tengok sahaja remaja-remaja yang menanti keputusan peperiksaan SPM atau STPM dan sementara menunggu jawapan melanjuut pelajaran atau memulakan kehidupan bekerja, apa dia orang buat. PLKN, hanya yang terpilih ... itu pun belum tentu dapat menukar sikap remaja-remaja ini. pernah saya tengok, mat rempit berpakaian uniform PLKN.

Program rakan muda atau program KBS ada tetapi tak cukup, kerajaan, NGO dan ibubapa mungkin perlu duduk dan cuba mencari sesuatu yang indah yang dapat mengisi kekosongan jiwa remaja yang tengah memberontak, mula kenal percintaan, nak tunjuk macho dan hero dan macam-macam lagi.....


saya tak pernah merempit tapi memang pernah jadi mat motor......

No comments:

Post a Comment