Saturday, April 18, 2009

Indah Rupa Dari Kata - Chiang Mai

Baru-baru ini saya berpeluang ke ChiangMai, sebuah bandaraya di utara Thailand. Nama lama bagi Chiang Mai ialah Lanna (sebutan La Na) dan ianya terletak pada paras 310 m dari aras laut. Walaupun pada kedudukan yang tinggi, cuaca ketika ketibaan saya amat panas dan perit sekali. Kena minum air banyak-banyak.

Pada bulan April ni, kebetulan pula waktu sambutan Tahun Baru Orang Thai atau lebih di kenali sebagai Sokran Festival. Bermula dari 13 hb hingga 15hb April. Ini lah waktu nya orang Thai melaksanakan pesta air.... menyiram air kepada sesiapa yang ada berhampiran.

Bandaraya Chiang Mai amat bersih... sungai-sungai nya, jalan-jalan nya amat bersih. Orang nya pula begitu menghormati tetamu serta amat peramah dan bersopan. Ungkapan "Sawadee" amat lumrah di ucapkan kepada sesiapa saja terutama pada tetamu atau pelawat. Kedua-dua tangan di susun rapat ketika "Sawadee Kap" di ucapan dengan senyuman yang tersentiasa di bibir. Ini memang budaya mereka yang memang sentiasa di pertahankan.

Orang sentiasa cakap bahawa bandar-bandar di Thai adalah "syurga lelaki" .... saya rasa salah sebab syurga lelaki ada di mana sahaja jika lelaki itu sendiri "gatai" , "galak" dan sentiasa mencari. Di Chiang Mai, budaya ini tidak mudah di lihat secara terbuka , lorong-lorong gelap begitu hampir tiada , bukan macam Chow Kit.

Lawati Chiang Mai untuk keindahan budi bahasa, budaya dan adat resam yang menarik, aktiviti lasak alam sekitar, ladang buaya, ladang dan nurseri gajah, pusat kraftangan, pusat pengeluaran barangan perak, sutera thai dll. Banyak..... yang boleh di lawati, di lihat dan di alami.

Jangan lupa ke Chiang Mai night bazaar.

No comments:

Post a Comment