Blog ..Memoir - AkhirNya ke Lana mungkin tergendala sikit atas sebab-sebab teknikal... file yang menyimpan manuskrip asal hilang.... kena check semula dari komputer lama.
So, tunggu sambungan nya nanti.
Sekadar Menumpang Lalu .... nama saja cukup mengambarkan isu isu yang di bangkitkan.
Tuesday, June 30, 2009
Biasiswa Ikut Merit
Bila kerajaan hebahkan yang pemberian biasiswa pelajar untuk melanjutkan pelajaran akan berdasarkan 100% kepada merit, ramai yang memberikan pendapat namun banyak yang mempertikaikannya.
Kalau Biasiswa Nasional untuk pendidikan ini diberikan hanya berdasarkan merit, tentu penilaian merit itu berdasarkan keputusan peperiksaan. Jika itu yang di buat atau dilaksanakan, pelajar dari kawasan luar bandar, dari golongan berpendapatan rendah serta kemudahan infra sekolah yang serba kurang, pencapaian tentulah kurang merangsangkan. Cuba tengok keputusan SPM atau STPM, tentunya yang terbaik dari sekolah di bandar atau sekolah-sekolah yang cukup infrastruktur untuk merangsang pembelajaran. Jumlah pelajar yang mendapat jumlah "straight As" memang ramai, tapi dari sekolah berprestif, sekolah berasrama penuh atau sekolah di kawasan bandar.
Pelajar yang memasukki sekolah berasrama penuh (SBP) dengan keputusan UPSR, selalunya dari sekolah di bandar atau sekolah yang sememangnya lengkap. Bayangkan sekolah-sekolah si pendalaman Sarawak atau Sabah. Bilangan murid kadang-kadang tak sampai 10 orang, guru-guru mempunyai sumber yang terhad untuk menarik minat pelajar. Ada pelajar dari sekolah di pendalaman ini berpotensi namun peratusan nya rendah.
Mendapat peluang untuk belajar di sekolah berasrama penuh memberikan satu peluang untuk pelajar dari kawasan pendalaman atau dari keluarga berpendapatan rendah untuk sama-sama berjuang untuk menikmati sesuatu yang mungkin tak akan di rasai di sekolah asalnya atau sekolah lain di sana (sekolah menengah).
Namun, yang tidak dapat menjejaki kaki ke asrama penuh, jangan pula, peluang untuk menjadi orang berjaya dipadamkan.
Bagi seorang pelajar yang mendapat 4 A1, dan 4 kredit, tapi dari sekolah di pendalaman adalah lebih baik dari pelajar yang mendapat 8 A1.... kerana yang mendapat 8A1 itu dari sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan dan pasarana pembelajaran yang baik, lengkap dengan makmal komputer, kelas tambahan, perpustakaan yang lengkap, buku rujukan yang senang di beli atau di perolehi, kelas tuisyen yang bercambah serta tentunya pemakanan yang baik dan lengkap. Tidak lupa keluarga yang sentiasa memberikan sokongan moral dan kewangan.
Bukan saja pelajar dari bandar semua nya baik, jumlah yang mengambil peperiksaan itu sendiri besar bilangan nya. Pelajar dari golongan berpendapatan rendah dan tinggal di bandar juga tidak boleh dinafikan peluang untuk mendapat biasiswa kerana mereka juga mempunyai batasan tertentu untuk mendapat keputusan yang baik .... tidak mampu untuk menghadiri tuisyen, kelas tambahan mungkin tidak juga kerana masalah wang tambang tambahan, pemakanan yang se adanya, suasana di rumah (seperti di setinggan atau rumah yang sempit) yang tidak kondusif untuk belajar, tidak mampu membeli buku rujukan tambahan (nak ke perpustakaan pun kena keluar belanja) dan macam-macam lagi.
Pemberian biasiswa berdasarkan merit ini perlu di lihat dan di analisa sedalam-dalamnya. Jangan kerana sejayaan seorang anak nelayan memecahkan rekod bilangan A yang banyak, ramai lagi terlepas peluang untuk memperbaiki diri.
penumpang
Mungkin MARA, RISDA, Baitulmal, Badan Zakat, Yayasan Pendidikan Negeri tidak ikut langkah memberikan biasiswa secara merit ini. nak harap biasiswa "FA MA" atau Father and Mother ni, tak semua orang mampu.

Thursday, June 25, 2009
Memoir - Akhirnya Ke Lana
Jom singgah di http://memoir-akhirnyakelana.blogspot.com
Akhirnya ke Lana , bukan akhirnya berkelana... Lana satu tempat jauh di tengah hutan Borneo, tempatnya menarik bagi yang suka keadaan sebegitu.
ps
Dan saya masih di sini bersama-sama hampir lebih 700 orang dari Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia, Indonesia, Filipina, Afrika Selatan dan kaum etnik tempatan...PUNAN.
Itu lah masyarakat ladang sawit, reforestation dan pembalakkan.

Orang Baru
Manusia sememangnya ingin menonjolkan diri terutama bila berada dalam satu suasana baru dengan tujuan beliau akan dikenali atau merasakan bahawa dia telah melakukan sesuatu yang boleh menaikkan diri dalam kumpulan berkenaan. Ini jelas dalam suasana dalam satu tempat kerja.
Masalahnya, perlakuan atau perbuatan berkenaan mungkin akan menjadi buah mulut orang lain, terutama apabila perubahan itu berlaku secara drastik tanpa mengambil kira kesediaan orang atau anggota kumpulan yang telah lama berkhidmat. Orang baru ini mungkin dilabelkan sebagai cuba membodek atau cuba menaikkan diri sendiri yang kadang-kadang dilihat seperti boleh menjatuhkan orang lain atau menonjolkan kelemahan pihak lain. Ianya lebih ketara apabila orang baru itu mendapat kepercayaan pihak atasan dan diberikan ganjaran gaji yang lebih tinggi dari orang yang lebih lama berkhidmat.
Kebiasaannya, orang ini, jika perubahan yang ingin dibawa itu berlaku atau cuba dihasilkan dengan cara yang drastik, akan menerima tentangan samada secara jelas atau secara diam-diam. Akhirnya perubahan itu akan gagal atau tidak sepertimana yang diharapkan. Kekecewaan akan berlaku pada kedua-dua pihak, orang baru dan lama.
Akibat dari itu, orang lama merasakan diri tersisih dan cuba melarikan diri, mungkin dengan bercadang untuk bertukar angin mencari kerja lain, di tempat lain. Orang baru pula akan merasakan bahawa rancangan yang di atur / perubahan yang di rancang semacam menghadapi kegagalan , maka hilang "steam" nya. Beliau akhirnya terkulai, mula cuba menyesuaikan diri dengan budaya kerja asal (walaupun mungkin tidak bagus bagi nya) , hanya untuk berusaha terus kekal di situ.
Kesudahan nya, idea, kreativiti, innovasi baru yang cuba di terapkan lupus bak kata orang "slow death".
Punca segalanya ialah kadar penerimaan terhadap perubahan oleh orang lama dan kegagalan oleh orang baru dalam mengenalpasti budaya kerja semasa serta kepelbagaian budaya yang ada.
Perubahan drastik mengundang tentangan, tiada perubahan akan mengakibatkan ujudnya "zone comfort" , "complacent" serta "taking things for granted". Tiada kemajuan atau pembaharuan yang membuka minat untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar serta memberikan pengalaman baru.
Kesimpulannya, budaya masyarakat kita yang berbilang budaya serta demografik semasa perlu di kaji sebelum perubahan di buat, mengajak penyertaan semua pihak boleh meningkatkan minat serta memberikan peluang bagi semua orang untuk menyumbang idea serta tenaga... berpeluang juga untuk menonjolkan diri.
Berdasarkan pengalaman, mengambil kakitangan baru (eksekutif atau golongan sokongan), sering mendedahkan orang lama dengan satu cabaran baru, merasakan kedudukan tergugat apatah lagi apabila gaji orang baru itu lebih tinggi walaupun pengalaman tak seberapa. Banyak syarikat mengalami kadar perletakkan jawatan yang tinggi secara mendadak apabila suasana yang dinyatakan di atas tidak ditangani secara baik. Syarikat mungkin akan hilang "valuable human resources" secara tidak disedari. "Loyalty and Organization membership" perlu di titikberatkan.
ps
Orang baru lama-lama hilang stim nya apabila kerja yang di buat menjadi rutin harian dan bukan lagi tanggongjawab yang perlu dipikul dan dijayakan. Kerja menjadi statik tak banyak perubahan. Tugasan berbentuk "tasking" , 'trouble shooting team", " special assignment concept" perlu diadakan bagi kumpulan2 tertentu agar mereka merasakan cabaran untuk membeikan hasil yang diharapkan. Ia nya berbentuk jangka pendek ... dan kejayaan dalam menghasilkan sesuatu akan menjadi kebanggaan dan meningkatkan tahap "loyalty" dan "organizational membership"
Hidup jangan boring, kerja jangan boring!

Tuesday, June 23, 2009
Low Profile Atau Tak Ada Profile
Low Profile sama ertinya berprofil rendah, kurang menyerlah, kurang dikenali, tidak terkenal atau lebih tepat lagi "bukan sapa-sapa". Yang tak ada profil tu hanyalah orang gila jadi cuma tinggal orang yang berprofil rendah atau berprofil tinggi atau hebat, terkenal, berkepentingan atau berpengaruh.
Ok, bila sesorang itu di tangkap atas apa jua kesalahan, dan jika orang itu seorang yang terkenal , kes nya di anggap berprofil tinggi... tapi jika tidak atau berprofil rendah, silap-silap kena tahan lama , jadi OKT (orang kena tahan / tangkap) yang merengkop lama sebab lambat dibicarakan kecuali kalau kes tu boleh di jamin.
Cuma topik low atau high profil kali ni, saya nak bercerita hal zaman sekolah-sekolah dulu, terutama zaman sekolah menengah, tengah galak.... selepas dah sekian lama, baru terasa bahawa kalau kita ni high profile, terkenal samada cara baik atau jahat @ nakal kat sekolah dulu, chances are...orang akan kenal tapi ada cara juga untuk famous agar semua orang kenal termasuk cikgu-cikgu selepas 30 tahun... cara nya ialah rosakkan peralatan sekolah yang paling ramai di minati atau kalau daring sangat nak famous sampai bila-bila.... lari berbogel depan bilik guru.... nah tentu famous... masuk surat kabar...lepas tu simpan keratannya... nasib kalu tak masuk hospital sakit jiwa.
Tapi yang saya nak tekankan ialah ada orang nak dapat status high profile dengan bersekongkol dengan orang yang tak sepatutnya atau buat macam ahli politik sekarang... sokong Chin Peng balik ke Malaysia.... pendek kata buat kerja bodoh lebih mudah dikenali....

Memoir - Akhir Nya Ke Lana
Chiang Mai di Thailand adalah sebuah bandaraya di Utara Thailand.... ianya juga di kenali sebagai Lanna (sebutan nya La Na).
Tapi, Lana saya adalah satu tempat yang penuh cabaran yang tak pernah saya fikirkan. Memoir ..akhirnya ke Lana telah hampir 80% siap...mengisahkan zaman sekolah rendah, kolej dan seterusnya ke alam pekerjaan hingga tercampak ke satu daerah bernama Lana.
Memoir ini akan di siarkan dalam satu blog lain yang akan saya hebahkan nanti.
Kawan-kawan di SMSPs, UiTM Perlis dan sahabat sahabat setempat kerja, dulu dan sekarang.... jangan risau memoir ini telah di censorkan oleh pihak berwajib... saya sendiri!
Suasana petang dan air yang mengalir
tenang
Resam atau Kebetulan
Baru2 ni saya makan di sebuah kedai makan yang rasanya baru di buka di Bintulu. Lokasinya tidak begitu strategi sebab jalan masuk agak sibuk dan mengelirukan. Kebetulan pulak ada kedai tayar yang turut menyediakan servis membasuh kereta. Jadi tempias air semburan kereta turut masuk ke dalam kedai terutama bila angin bertiup kuat , di tambah dengan tekanan air dari muncung alat membasuh tu.
Tapi itu bukan topik utama, topik utama ialah kenapa saya dapati kebanyakkan kedai makan melayu selalunya kaunter bayaran jauh ke belakang. Jika di bandingkan dengan restauran mamak, kaunternya selalunya di depan walaupun ada tempat membakar roti canai kat situ. Satu lagi, kedai melayu ni jarang nampak ada mesin daftar wang masuk / keluar (cash register). Yang ada selalunya resit menu yang kita makan dan apabila di bayar, kertas tu di simpan.
Kalau kedai makan cina pula, saya perhatikan, kaunter bayaran samada di bahagian tengah atau di depan. Satu lagi, kedai mamak selalunya ada bekas plastik gula-gula, jadi kalau tak ada atau tak cukup duit siling, gula-gula tu jadi pengganti. Sebenarnya gula-gula sebagai gantian duit siling boleh mendatangkan keuntungan lebih pada empunya kedai sebab harganya lebih murah dari nilai duit siling yang diganti terutama apabila di beli secara pukal. Pandaikan mamak-mamak tu!
Kedai makan melayu pulak, jarang yang jual rokok... kedai mamak...kadang-kadang tapi kedai cina hampir 90 peratus. Bila jual rokok, tentunya ada juga lighter... untung lagi.
Tapi perasan tak, kedai melayu selalu nya promosi jamu-jamu atau minuman tenaga contohnya minuman tongkat ali, macam-macam poster dia tampal kat dinding, kedai cina sibuk dengan poster bir dan kedai mamak ada lah ayat-ayat suci seperti doa sebelum makan dan lain-lain. Satu lagi, kedai mamak selalunya ada tabung kutip derma... derma surau le...derma anak yatim dan lain-lain.
Tapi yang pasti kedai mamak dan kedai melayu ada teh tarik, kedai cina tak ada. Selalu saya perhatikan juga, kedai cina ni tisu samada tak ada atau kita kena minta... kedai melayu..tisu diberikan atau dibalut bersama sudu dan garfu atau kena jugak minta. Perasan tak , dalam 10 kedai cina... lebih 50% mesti kat lot tepi, kedai melayu atau mamak ...jarang-jarang kecualilah kalau kat tempat yang majoriti melayu macam kat Terengganu atau Kelantan. Kenapa? sebab lot tepi tu lebih mahal harga nya malahan kalau di sewa... nilai sewaannya tinggi.
Ok, lain kali kalau masuk kedai makan , cuba perhatikan kawasan tandas... saya malas nak cerita... tandas kedai melayu atau tandas kedai mamak.....
ps
Kalau nak makan, jangan jenguk ke dapur atau ke tandas... makan dulu..takut hilang selera nak makan.

Thursday, June 18, 2009
Eksekutif Muda Atau terlalu Muda
Apabila saya graduate pada awal tahun 80an, banyak individu yang menduduki jawatan tertinggi dalam industri perladangan swasta terdiri dari "mat salleh" samada dari Australia, Britain, Scotland, Wales atau Peranchis. Syarikat perladangan terkenal ketika itu ialah Boustead, Highland Lowland, Guthrie, Harrision Crossfield, Dunlop, Socfin dan banyak lagi. Hampir kebanyakkan manager dan penolong pengurus nya adalah "mat salleh".
Expatriate ini mempunyai kelebihan tertentu dalam mendalami ilmu pengurusan ladang walaupun kebanyakkan mereka bukan berlatarbelakang ilmu itu malah ramai adalah bekas tentera. Sehinggakan, ramai juga anak-anak tempatan dulu dari bekas tentera turut di ambil bekerja sebagai eksekutif ladang.
Kenapa?... jawapannya ialah disiplin serta semangat juang yang hebat. Keinginan menceburi sesuatu yang baru serta mencabar, membolehkan mereka pergi jauh walaupun ada juga yang tersungkur jatuh.
Bezanya sekarang, eksekutif muda lebih complacent, merasakan diri dalam suatu comfort zone dan tidak perlu bekerja keras serta terlalu mengharap kepada kakitangan bawahan dan tidak peka dengan perubahan. Cabaran dalam suasana kerja mengundang perasaan ingin mencari satu ruang untuk melepaskan diri dari satu tanggungjawab serta beban yang tidak mahu di tanggung.
Yang menjadi masalah besar ialah, sikap untuk bertindak atas sikap "tidak apa", yang akhir nya tidak memberikan apa-apa hasil yang diharapkan. Di tambah dengan disiplin anak muda yang suka memberontak dan memandang rendah senior yang lebih berpengalaman (tapi tanpa kelulusan tinggi), mereka akhirnya tidak kemana sekadar mempraktikkan dan melagukan irama teori semata-mata.
Kadang-kadang saya merasakan bahawa mereka mereka ini (bukan semua) adalah eksekutif muda yang terlalu muda bak rebung buluh yang muda di lentur tapi mudah juga ditanggalkan dari ibunya. Mudah dipengaruhi serta sentiasa cuba melarikan diri dari memikul tanggung jawap.
Amat saya kesalkan juga, ada eksekutif muda (telah berumur tapi baru naik jadi eksekutif), merasakan bahawa mereka hero dan suka memerintah walaupun sebenarnya apa yang mereka ada hanyalah jumlah tahun lama bekerja tetapi kurang dalam ilmu pengurusan sebenarnya , kurang pengalaman dalam membuat 'good judgement", tidak boleh di tegur , syok sendiri dan akhirnya menyusahkan semua orang. Mereka ini bakal menjadi penghasut dan kaki umpat di belakang dan cuba menjadi hero walaupun di depan kita, lebih manis senyuman nya dari madu atau gula.
ps
bagi saya yang dah 26 tahun dalam industri ini, pernah bekerja dengan "mat-mat saleh" itu dulu, pedulikan mereka-mereka ini, eksekutif muda yang masih berhinggus, nak kata dan kutuk pun, saya peduli apa.... akan saya pancung dari senarai kakitangan saya nanti...tengoklah ... DENDAM SI ORANG TUA

Tuesday, June 16, 2009
RMT - Rancangan Makanan Tambahan (Sekolah Rendah)
Semalam, hari Isnin, 15/06/09, saya kebetulan menungu kawan di hadapan sebuah sekolah rendah. Waktu tu masa rehat ... ini sekolah rendah dan sessi petang. Saya lihat, ramai murid2 beratur panjang, tertib dan aman. Tergerak hati, nak ke mana budak-budak ni... dari segi pakaian seragam sekolah, nampak nya ada yang berpakaian agak lusuh dan tentunya dari keluarga yang kurang berkemampuan, tapi ada juga yang agak kemas dan bersih, tentu nya secara kasar dari keluarga yang agak berkemampuan.
Disebalik kain pemidang iklan yang ada tu, saya intai intai, rupanya budak2 tu beratur untuk mengambil makanan dari skim rancangan makanan tambahan untuk kanak2 sekolah rendah dan tentunya untuk kanak2 dari keluarga yang kurang mampu. Makanan nya hanyalah sebungkus nasi (macam nasi goreng) yang dibungkus dengan plastik sebesar penumpuk budak tahun dua (mungkin , sebab kecik benar). Tak nampak pulak air minuman atau susu seperti mana lazim nya (walaupun ada banyak kes cirit birit akibat susu basi).
Makanan itu di letakkan dalam satu bakul, dan kanak2 itu akan mengambilnya sambil diawasi oleh dua orang wanita (guru? , saya tak pasti). Berhampiran dengan tempat "pengagihan" tu, terdapat sekelompok kecil kanak2 lelaki (sekitar 5 -6 orang). Dia akhir barisan, terdapat seorang kanak2 perempuan (mungkin tahun dua), dan dia adalah penerima terakhir. Nampaknya ada sekitar 4 -5 bungkusan berbaki, dan apabila tiada pelajar lain mengambilnya, kanak2 lelaki yang menunggu tadi bangun dan seolah-olah mengharapkan baki makanan yang berbungkus itu di berikan (disedekahkan) kepada mereka. Tapi, kesian, mereka hampa. Bungkusan yang berbaki itu tadi di ambil oleh dua wanita tadi, menuju ke arah depan bangunan sekolah itu.
Siapakah kanak2 tadi? Adakah mereka itu penerima bantuan juga tetapi makanan yang diberikan itu terlalu sedikit dan tak mencukupi? atau mereka itu adalah kanak2 yang tidak mampu tetapi tercicir dari senarai penerima? atau memang mereka itu kanak2 yang memang suka mendapat makanan "free". Tapi walau apa dan siapa mereka, jelas wajah dan air muka mereka terbayang rasa kecewa dan jelas begitu mengharapkan sesuatu tetapi tidak tercapai.
Sedih dan kesian... rasanya jika mereka kanak2 yang masih lapar dan perlukan makanan , saya tergerak untuk menghulrkan wang untuk membeli makanan tetapi terbatas kerana, jika itu yang saya lakukan, berapa banyak pula kanak2 lain yang akan menerpa... dan wang itu kemana pula perginya.
Cuma, bagi sesiapa yang terlibat dalam urusan memberikan makanan kepada yang tidak atau kurang mampu, ikhlaslah.... untung jangan sampai ada yang termanggu-manggu. Makanan yang berkhasiat dan bermutu yang diberikan itu, dengan untung mungkin sedikit tapi berkatnya... hanya TUHAN yang tahu.
ps,
Siapa dan apa yang nak di buat dengan makanan yang berbaki oleh dua orang wanita tadi?

AHLI POLITIK PARTI ... BUKAN WAKIL RAKYAT LAGI
Orang politik sekarang macam dah gila nak kuasa ... sampai sanggup buat kerja yang sebenarnya memalukan diri sendiri dan tentunya anak isteri turut kena tempias nya. Bayangkan anak di sekolah di mainkan kawan-kawan di sekolah kerana perangai bapa nya, seorang ahli politik. Tengok saja di Parlimen, macam nak sangat kuasa dan jawatan tertinggi sampai sanggup jadi macam pak pandir, sanggup buat sesuatu kerana merasakan dia betul. Aduh, bangkit lah, buat saja kerja sebagai mana selayaknya sebagai wakil rakyta yang di pilih... jangan asyik nak bertekak macam budak-budak berebut aiskrim... nakkan jawatan dan sanggup pakai bandana macam budak muda yang jadi fanatik pasukan bola.
Ahli politik dan pemerintah nampaknya sama saja ... cakap di Parlimen macam budak tadika berebut mainan. Pemerintah samada pembangkang atau penyokong kerajaan mempunyai tugas yang amat di tagihkan. Tugas nya menguruskan negeri / negara, merancang dan membangunkan , menyelesaikan masalah negara dan banyak lagi. Nampak nya semua sibuk dengan menyelesaikan masalah kedudukan serta masalah kepentingan parti. Dalam perti pun sibuk berebut jawatan dan akhirnya ada perpecahan yang seterusnya mengugat kestabilan parti dan negara juga.
Untuk semua parti dan penerajunya, banyak masalah yang perlu di tangani , biar saya senaraikan di sini dan cuba bawa berbincang dan semua ahli parlimen cuba cari jalan penyelesaian terbaik.
a) Peningkatan kadar masyarakat tanpa kerja dan pemberhentian kerja akibat ekonomi,
b) Masalah penyalahgunaan dadah dan masaalah sosial lain seperti mat rempit dan ragut
c) Masaalah ceti haram atau along.
d) Kemudahan infrastruktur yang belum cukup,
e) Pendatang asing tanpa izin
f) Kemudahan pendidikan yang merangkumi seluruh pelusuk negara, termasuk biasiswa dan pinjaman pendidikan
g) Peningkatan kadar penganggoran siswazah,
h) Integrasi antara budaya dan bangsa,
i) Masyarakat setinggan dan kemudahan perumahan kos rendah,
j) Kemudahan untuk orang kurang upaya,
k) Peningkatan kadar jenayah,
l) Penularan penyakit seperti meningitis, influeza A H1N1, denggi, malaria dll yang meningkat,
m) Kemudahan rawatan perubatan untuk rakyat kurang mampu,
n) Kemiskinan di kalangan masyarakat nelayan, petani, pemandu teksi, penarik beca, tukang sapu, tukang kebun dll,
o) Peningkatan kos pengangkutan,
p) Peningkatan kos barangan makanan asas,
q) Masalah jerebu,
dan banyak lagi.
Jangan nak bertekak nak jadi MB, jangan dok bertekak nak jadi presiden parti, jangan dok bertekak nak jadi ahli majlis, jangan dok bertekak pasal nak bubar DUN.
Senang cakap, dah jadi wakil rakyat, wakili lah rakyat, kalau setakat nak jadi wakil parti saja dan lupakan tugas hakiki terhadap rakyat, baik jadi jaga pejabat parti.... ingat saya ni pembayar cukai dan cukai yang dibayar, tak banyak sikit turut masuk kedalam poket ahli politik sebagai gaji dan elaun... jangan saya haramkan duit tu sudah...
PS,
rasanya ahli politik kita ramai yang berpelajaran tinggi, tapi rasanya patut masuk balik tadika. Budak tadika pun tahu berkawan dan bermain... kalu gaduh pun sekejap saya ... lagi pun dah memang perangai budak2.

Monday, June 15, 2009
Kesilapan Yang Perlu Di Elakkan Ketika Kemelesetan Ekonomi
satu petikan yang berguna ...
Four Mistakes to Avoid During Downturns
By Melanie Warner
published on BNET.com 6/05/2009
It’s easy to panic during a downturn. As clients or customers shut their wallets, revenues decline, and balance sheets go into the red, it’s tempting to try every trick in the book to stop the bleeding and stabilize your business. Survival is important, of course, but that’s no way to position your business to prosper in the future. These are some of the most common mistakes managers make when they neglect to look for potential upsides in an economic downturn.
Mistake No. 1: Repeated Layoffs
The danger: Lasting damage to staff morale.
Why: Trimming payroll expenses is a good idea, but not if entire departments will be decimated.
Nobody wants to work at a company where layoffs appear as if they were executed by Freddie
Kruger instead of a skilled surgeon. That saps morale because it makes remaining staff fear they will be next.
For example: For the past two decades, Eastman Kodak has implemented one wave of downsizing after another, to the point where management consultant Bob Legge says employees are resigned to the fact that job security at the company does not exist. Legge describes a recent conversation he had with one of Kodak’s senior engineers: “I was asking him about the mood at the company, and his response was really interesting because he didn’t say he was well protected. He was resigned to the fact that if his job goes away, it goes away. You’re not going to get the most out of your people if that’s how they feel.”
Mistake No. 2: Lowering Prices (and Perception of Value)
The danger: Reduced perceptions of value in the marketplace.
Why: Price reductions do more than just compromise earnings. They affect the way customers view your products and your brand, which ultimately affects the long-term equity of the franchise. Rather than look to price reductions, try doing things that will enhance the perceived value of your product. Get your products to customers more quickly, increase marketing activities, and show customers how they can use your products to improve their lives.
For example: In the late 1990s, Vlasic not only sliced the price of its famous pickles, it piled them
into gallon jars and sold them at Wal-Mart for $2.97, less than most other brands were charging for a quart. Sales increased, but Vlasic’s profits plunged, and several years later the company went into bankruptcy.
Mistake No. 3: Poor Communication with Staff
The danger: Information abhors a vacuum, so if you don’t communicate, the rumor mill thrives.
Why: Managers often forget that a little information goes a long way. Let people in on what’s going on as soon as possible, whether that means layoffs, reorganization efforts, or new initiatives. If you don’t, a culture of fear and guesswork is likely to take hold, and nervous employees are never the most productive. If bad news is coming down the pipe, communicate ahead of time to lay the groundwork for employees to prepare for it.
For example: A financial services firm Legge works with recently announced layoffs, but didn’t tell employees first. As a result, people who worked at the firm and lost their jobs found out at the same time as their neighbors. “This firm holds things close to the vest, and they don’t want to go out and tell people something if it’s not good news. It’s a classic mistake,” says Legge.
Mistake No. 4: Low Tolerance for Short-Term Financial Pain
The danger: No pain, no gain. It’s essential to continue thinking strategically.
Why: Stepping up R&D or marketing spending in a tough sales environment may have the
unfortunate effect of reducing earnings, even if spending is offset with cuts in other areas. But so
what? If you’re investing for the future, your quarterly reports will eventually improve, and the value of your company will recover. It may not be an easy sell to the board or your investors, but if you present strong leadership and a compelling argument, chances are they will appreciate the focus on a longer-term horizon.
For example: During the 2001 to 2002 recession, Home Depot watched anxiously as its store sales, which had been growing for years, slowed down. Worried that profits would not continue to grow, the company trimmed expenses by cutting store staff and reducing customer service. This was not a popular move among customers, and rival Lowe’s was able to gain market share by investing in customer service and positioning itself as the more helpful and user-friendly store.
Copyright © 2009 CBS Interactive, Inc. All Rights Reserved.

Thursday, June 11, 2009
KERJA KOSONG - SATU TAWARAN
Iklan Jawatan Kosong, untuk sapa-sapa yang berminat... bukan main-main... betul
a) Pegawai Pentadbiran dan Akaun.
Kelayakan : Sijil Perakaunan atau apa2 sijil yang berkaitan serta lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM, atau mata pelajaran perakaunan serta 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. Keutamaan yang berkebolehan menyediakan set akaun lengkap (full set management account) serta menganalisa perbelanjaan dan pendapatan projek.
Kelebihan kepada mereka-mereka yang berminat bekerja dalam suasana yang mencabar, penuh cabaran dan di kawasan pendalaman dengan kemudahan asas yang paling minima.
Umur antara 25 ke 30 tahun dan sihat tubuh badan.
Jangkaan pendapatan bulan termasuk elaun RM2000/bulan. Skim insentif yang menarik di tawarkan.
b) Penolong Pengurus Ladang / Cadet Perladangan.
Kelayakan : Diploma dalam bidang pengurusan ladang, pertanian atau perhutanan. Berumur antara 20 hingga 25 tahun dan belum berkawin. Berminat dalam suasana perkerjaan yang mencabar, keinginan tinggi untuk belajar dan berjaya dalam karier, dan menetap di kawasan pendalaman dengan kemudahan asas yang paling minima.
Jangkaan pendapatan bulan termasuk elaun RM2400. Skim insentif yang menarik.
c) Eksekutif Penyelenggaraan Stor.
Kelayakkan: Diploma dalam apa-apa bidang, serta pengalaman kerja dalam penyelenggaraan stor termasuklah penerimaan, pengeluaran barang serta penyediaan akaun stok dan membuat "stock take". Berkeupayaan mengendalikan nilaian stok bernilai jutaan ringgit.
Calun perlu lah seorang lelaki yang meminati alam sekitar yang mencabar dengan kemudahan asas yang paling minima.
Jangkaan pendapatan bulanan termasuk elaun RM2000/bulan.
d) Penyelia Ladang
Kelayakan : SPM atau sijil pertanian atau kelulusan vokasional berkaitan. Calun lelaki sahaja, belum berkahwin dan berumur antara 19 hingga 25 tahun. Sanggup menghadapi cabaran di suasana kerja dengan kemudahan asas yang minima.
Jangkaan pendapatan bulan termasuk elaun RM1400.
Semua Jawatan adalah untuk kekosongan di Bahagian Kapit, Sub District Nanga Merit, Sarawak. Semua di jemput memohon.
Berminat : Berikan nama, alamat, no telefon atau e-mel dalam ruangan komen untuk dihubungi semula oleh pihak pengiklan atau wakil syarikat.

Sambutan Hari Penyatuan Semula ..REUNION
Saja nak buat istilah baru... penyatuan semula ganti reunion.... union tu..kesatuan macam trade union yang maksud nya kesatuan sekerja. "Re" tu membawa maksud di buat semula , macam tayar rethread ...dimana bunganya di buat semula, macam baru tapi harga murah.
Tapi Reunion dengan kawan-kawan lama... kawan-kawan sekolah, kawan universiti dan lain-lain bukan murah nilainya.
Sekarang ni orang tengah sibuk pasal reunion .. bekas pelajar SEKOLAH MENANGAH SAINS PERLIS, akan buat reunion pada 4hb Julai 2009....hari Sabtu , bertempat di Singgahsana hotel, dekat PJ. Sayang, majlis yang berharga nie, aku tak dapat hadir...sebabnya pasal kerja. Kerja memang tak pernah habis... kalau habis tak ada kerja pulak. Tapi yang masalahnya ialah, aku nie rasanya macam banyak kerja sangat. Baru lepas Board Directors visit tadi... dia orang baru fly naik heli ke Bintulu... ED aku pun cakap, "You need at least 2 more managers". Aku diam ler, tapi setidak tidak nya aku tahu, yang dia tahu, yang aku nie memang banyak kerja dan perlu lebih ramai manager dan penolong pengurus untuk bantu aku.... tapi bukan senang nak dapat beb...
Apa yang berharga pasai reunion nie... PERTAMA : boleh bercerita zaman dulu-dulu , bergelak dan mula terasa macam budak budak semula... masih muda... tak ingat ada apa-apa masalah ...mungkin masalah add math saja. KEDUA : dapat bersusah payah nak cari kawan-kawan yang dah lebih 30 tahun tak jumpa... rupa dah lain, perut dah boroi, kepala dah botak, uban dah beribu.... mula lah kecoh tanya mana si anu tu, mana si polan tu.. tengok2 depan mata...malu dan mula guna ayat biasa macam " Sori lah, aku tak cam hang...awat banyak sangat berubah... perut macam orang mengandung sembilan bulan". KETIGA : boleh bertanya soalan lazim.... hang tang mana lah ni?.... dok mana?....kerja mana?.... anak berapa? ....cuma mungkin boleh elak soalan...Bini berapa?... KEEMPAT : bagi perokok macam aku zaman sekolah dulu, boleh lah hisap rokok ...tak payah curi-curi sembunyi atau silap silap boleh sama-saman hisap rokok dengan cikgu disiplin dulu atau warden yang pernah bagi warning dulu.
Walau macamana pun... tak dapat pergi ke Singgahsana tu.... mungkin satu hari nanti ... kawan2 aku dapat Singgah Sini , di Bintulu, jumpa aku.

Cerita Dulu-Dulu ... Zaman Bersekolah, Zaman Tengah Galak
Malam tadi, tak dapat tidur ... pertama kerana ada Board Directors visit dan kedua apabila tak dapat tidur, ingatan terkenang pada zaman dulu-dulu, zaman tengah nak mula galak , siap sempat buat satu memoir ringkas :
zaman dulu dulu,
aku memang takut jumpa cikgu,
kena pulak subjek yang memang saya buntu,
cikgu,
dulu aku tak hargai kamu,
sori bila nama mu kami reka merapu-rapu,
curi keluar walaupun bukan hari minggu.
Sori cikgu,
kalau dulu, kami main mercun roket tertembak bilik kamu,
sori cikgu,
kami buat barbekiu tak bagi tahu cikgu,
bukan apa, barbekiu dalam bilik ler...cikgu,
Sori cikgu,
kamin curi hisap rokok,
tak kira tempat, biar pun merapu,
tangki air asrama kami bertumpu,
sejuk...cikgu
Sori cikgu,
tak dapat cikgu tangkap akan aku,
walau pernah salam di pangku-pangku,
seluar berlapis buat hadang rotan cikgu,
tapi sayang ia tak berlaku.
kawan-kawan,
dah tua baru teringat akan kamu,
waktu dulu,
waktu dulu ..... siapa lah aku.
tapi kenangan dul,
tetap terpahat, terbuku...
buat cerita si anak cucu.
kawan kawan,
ingat tak suatu hari dulu,
kita keluar tanpa pengetahuan cikgu,
jalan kaki berbatu batu,
tapi kaki tak kematu.
main pinball, dah kalah cikgu,
hisap rokok macam hantu,
satu batang , berkongsi biasa lah tu,
nak thrill waktu tu.
mandi air berkikis,
pakai seluar berlapis,
banyak benda tak boleh cerita...dah kena tapis
buat cikgu,
selamat hari guru,
bagi aku, hari guru setiap hari dan minggu.
cikgu yang kiut dulu, tapi ilmu tu yang laku.
kawan-kawan,
kenang lah daku dalam doa mu...
Tuesday, June 09, 2009
Buat Kawan-Kawan
Ini lah susah dan senang, bekerja di tempat orang, jauh di pendalaman..... Nak masuk tempat kerja pun seksa.... nasib baik ada yang tolong tarik, kalau tidak memang terpaksa tidur dalam kereta , makan biskut kering dan air kosong...
Thursday, June 04, 2009
Wednesday, June 03, 2009
Pendidikan, Duit dan Mencari Duit Untuk Belajar
Saya bukan nya berpelajaran tinggi... mula-mula buat Diploma di ITM (sekarang UiTM), kemudian buat management program dengan AIM (Asia Instutute of Management) dan baru2 ni baru tamat program BBA dgn satu universiti tempatan. Rasanya tak banyak pakai duit bila nak belajar dulu. Tapi sekarang nak belajar pun ... kita kena berhadapan dengan institusi yang menjadikan menyediakan pendidikan sebagai satu bisnes ... jangan fikir kualiti lagi!
Anak saya sekarang ni belajar di Kuching... asrama penuh tapi tiap-tiap bulan kena belanja tak kurang dari RM250. Itu hanya belanja poket , belum kira duit prepaid untuk reload. Tak ada telefon, susah pulak nak berhubung, walaupun ada peraturan melarang pelajar dari membawa handphone.... nak guna telefon public kat sekolah, selalu rosak malahan ada kes kabel telefon tu pun kena curi. Bila cuti sekolah, kena beli tiket kapalterbang... terbang lagi RM250 - RM300 bergantung dengan promosi harga tiket.
Satu lagi anak saya pun begitu juga... akan sambung di sebuah international kolej di Kuching... baru peringkat diploma. Kos pengajian saja dah hampir RM17,000. Itu belum masuk duit makan, pakai, stationaries dan asrama. Duit asrama dah hampir RM80 sebulan... makan kalau kira RM10 sehari dah RM300. Kalu campur belanja lain, rasanya tak kurang RM500.
Nah!... dua orang anak dah dekat RM750 - RM800 sebulan. Anak ketiga masih tingkatan tiga,,, belanja sehari RM5 (RM200/bulan), tuisyen RM100/bulan, ini dah RM300. Maka belanja anak-anak sekolah dah RM800, itu paling kurang. Itu belum lagi kalau ada aktiviti tambahan atau selingan.... budak2 sekarang macam-macam. jadi pengawas kena beli blazer.... itu dah RM150... saya cakap dengan anak... jangan terima tawaran sekolah jadi pengawas... anak kata tak boleh... tanya saya lagi, sekolah tak subsidi ke blazer tu... jawab nya tak cuma tie saja.... hampeh!
Anak saya cakap, ada student tu tolak sebab keluarga tak mampu nak keluarkan duit untuk beli blazer sekadar jadi pengawas, sekolah tak mau terima penolakkan tu.... hampeh lagi!
Jadi apabila anak2 dah besar... melanjutkan pelajaran.. maka kita bekerja untuk menunaikan tanggongjawab sebagai ibu dan bapa untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk masa depan anak2.
Apa yang boleh kita dapat dari bantuan yang ada? Dengan pendapatan yang dikategorikan sebagai tidak layak untuk mendapat pinjaman (walaupun dari PTPTN) , maka segalanya tergalas atas diri sendiri. Dengan pinjaman mesti bayar setiap bulan menjangkau RM3000/bulan (kereta, rumah dan ASB), bil2 wajib seperti telefon, sewa rumah (tak beli rumah kat Sarawak ni, sewa aje) , api dan air, belanja dan bayaran wajib bulanan dah dekat RM4000/bulan campur biaya anak-anak sekolah, maka jadinya RM5000/bulan. Macam mewah pulak bunyinya... tapi hakikatnya... kita sekarang mencari duit untuk anak-anak belajar dan kita juga kini kena belajar bahawa duit yang ada harus di samping, dibelanjakan sewajarnya...yang tak perlu jangan beli... kalau boleh jangan pandang sekalipun.
Bila terfikir nak bercuti atau balik raya... mula menggaru kepala... tiket kapalterbang sekeluarga dah mencecah RM3000 pergi dan balik (tiket paling murah tu), kena pula sewa kereta untuk balik ke utara atau ke pantai timur... nak naik bas... anak besar, barang banyak dan time hari raya ... mana ada tiket kalau walk-in. Sewa kereta dah tentu hampir RM800 lagi. Cuti paling tidak pun 5 hari , jadi kalau satu hari sewa kereta RM160 kali dengan 5... jawapan seperti di atas tadi. Jadi sebab itu saya jarang balik kampung. Dah balik, ada juga belanja hangus lain yang kalau di kira mencecah RM2000. kerja teruk-teruk.... habis duit begitu saja.
Nii... nak tanya...sapa-sapa di pihak kerajaan boleh tolong.... cukai pendapatan berbaki RM3315 ni belum bayar lagi.!
ps
Nampak nya, bila anak dah besar dan mula belajar tinggi, kita pulak kena belajar mengikat perut dan menutup nafsu-nafsi yang beli itu dan ini. Bila anak nak kawin (anak saya semua lelaki), mula lah kena keluar belanja pulak... takkan nak harap anak saja.
Investment! Investment.... jangan anak malas belajar dan kantoi tengah jalan sudah ler......

Chin Peng, Komunis dan Kemelut Kepulangan Nya
Heboh tapi nak heran apa... dulu orang Melayu ada pepatah bak sireh pulang ke tepak ... atau gagang... betul ke? Bila ada usul untuk membenarkan (bukan membawa) Chin Peng pulang ke Malaysia, heboh semua orang nak melarangnya. Ada pulak yang cakap... biar lah... dia nak balik ke kampung halamannya.. nak tengok anak cucu sebelum memejamkan mata.
Bagi setengah-setengah orang, Chin Peng adalah pejuang kerana mungkin asalnya menentang jepun dan seterusnya "cuba" menghalang kemasukkan semula penjajah, Inggeris. Sejarah boleh di taksirkan secara pelbagai arah mengikut arah haluan orang yang menafsirkannya. Tanya saja kepada bekas-bekas PKM yang berketurunan Melayu... ideologi itu satu hal... niat dan rencana nya satu hal yang lain. Itu susah mau jawab.
Saban hari, surat kabar dan berita tv sering mengungkit dan mengapi-apikan berita kepulangan Chin Peng.... yang benarnya Chin Peng belum pulang ... Chin Peng hanya berhasrat dan berhajat nak pulang ... ada pulak yang menyokongnya... jadi yang saya heran ... buat apa yang di panjangkan cerita apabila PM kita, dah cakap.... kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng pulang ... kalau dia balik secara sembunyi ... lebih kurang macam PATI atau pendatang asing tanpa izin ...walaupun dia mungkin "rakyat" Malaysia.
Jadinya ... hasrat yang sebegitu lama di canangkan itu tidak akan berhasil, walaupun ada pihak yang cuba menjadi Champion. Biarkan lah si Champion dengan Labu-Labunya. Buat apa nak heboh, dah jadi isu politik pulak. macam tak ada isu lain.... cuba selesaikan isu Mat Rempit (jadikan mereka ini Mat Usaha ke, Mat Maju Jaya ke), selesaikan isu along (jadikan mereka angah atau usu) , selesaikan masalah siswazah tanpa kerja (hanya ada skrol), selesaikan masalah infrastruktur yang masih kurang di Sarawak dan Sabah, selesaikan masalah tanah orang asli yang selalu di ceroboh, selesaikan masalah rasuah..... rupa2nya banyak lagi masalah yang belum selesai......
Selamatkan ruang dalam suratkabar dari berita yang dah tahu keputusannya, luangkan masa siaran tv dan radio dari suara menentang kepulangan "Hero" komunis ini dan selitkan siaran yang berfaedah...
1Malaysia.... dah boring dengan cerita nie....
ps
pernah baca buku pasal Mao... jelas dia jenis susah nak tidur, kaki perempuan dan malas mandi.....

Subscribe to:
Posts (Atom)