Dulu memang saya ada masalah sikit dengan Jan atau Pak Su Jan. Dia adik bongsu saya..bukan apa saya tegur sebab tak mahu dia berkawan dengan orang tak senonoh, agar tak terikut-ikut atau tertipu dek orang yang konon nya cerdik pandai dan berlagak dengan gelaran Dato'. Sebab saya ambik berat tentang dia... bukan ada sebab lain .. dia satu-satunya adik lelaki saya, adik paling bongsu pulak tu.
Di sebabkan teguran demi teguran serta sikap panas baran saya, dia merajuk dan lama tak dengar berita walaupun dengan emak saya , dia masih berhubung tapi jarang balik kampung. kerja dia masih tak menentu. Saya selalu juga tanyakan emak, macamana dengan Jan .
Tapi apa yang saya tahu, dia pernah cakap, dia akan berusaha buktikan diri dia boleh berjaya dan waktu itu baru lah dia akan mula mendekatkan diri dengan saya dan adik-beradik yang lain.
Dan kini nampaknya dia dah berjaya... sebagai penulis skrip. Skrip drama dia dahulu bertajuk "Sutung kembali Lagi: di TV 3 dan yang paling membanggakan dia menggunakan nama penuh ...Mohd Rohizan Ramli. Terbaru, drama Mr Mama tayang di tayangkan pada hari selasa di TV3 pada jam 10 malam... nampaknya dua watak kanak-kanak lelaki dalam drama itu menggunakan nama anak saudaranya (anak saya) iaitu Alif dan AfifPada bulan March nanti, katanya akan keluar satu lagi drama , 20 episop bertajuk Merah Putih dan kemudian satu lagi drama "luncai musim kedua".
Berita terbaharu, dia juga akan menerbitkan satu novel pada hujung tahun ini. Isteri saya sebagai peminat novel telah dijanjikan satu naskah.
Apa yang penting, dia telah berjaya.. sebagai penulis skrip, pereka grafik , penulis novel dan saya berharap dia akan terus berjaya dalam hidup dan kerjayanya. Mungkin berkeluarga , satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment