Tuesday, February 03, 2009

Kawan Ku Jalil

JALIL

Entah macamana malam ni saya teringatkan kawan saya bernama Jalil. Bukan Jalil Hamid pelakun , pelawak dan penyanyi tu. Tapi, Jalil ni kawan sekolah, masa di sekolah menengah dulu.

Apa yang istimewanya Jalil sehinggakan saya tiba-tiba teringatkan dia? Dah hampir 29 tahun tak jumpa dia.

Jalil ni sama-sama bersekolah dengan saya di sebuah sekolah menengah berasrama penuh. Orangnya kecik tapi entahlah berani satu macam, tapi selalunya bila berkawan. Sorang-sorang kecut jugak rasanya.

Keluarga Jalil kiranya sederhana, ayah nya sekadar seorang pekerja am JKR. Jalil tak banyak bercerita tentang keluarganya kecuali sesekali ada juga dia bercerita, itu pun secara tak sengaja. Hidup dia sederhana, tak joli dan senang berkawan, kalau kena dengan gayanya. Biasalah, kat sekolah asrama, orang macam ni, “happy go lucky” dan tentunya macho dengan merokok. Bercewek....sori, Jalil tak buat kerja macam tu.

Teringat satu ketika, Jalil ada bagi tahu yang ayah dia suruh dia berenti sekolah sebab nak bagi peluang adik-adik dia yang lain. Waktu tu dah dekat nak exam MCE. Tension jugak saya tengok si Jalil ni. Tapi dia nampak cool...Jalil ni peramah dan suka tolong kawan.

Bab studi atau pencapaian, Jalil ni kira sederhana lah.... selalu booking nombor kat-kat belakang, kalau dari segi nombor dalam kelas ikut pencapaian periksa. Itu pun dia tak kisah. Nak exam MCE pun dia masih relax, mungkin sebab dia rasa keluarga dia pun tak kisah... asyik suruh berenti dan bekerja, bantu famili.

Waktu time exam, kami semua duduk di asrama, maklumlah SBP. Budak-budak tingkatan lain dah balik bercuti. Jalil, yang paling saya tak dapat lupa ialah, dia membawa sebuah basikal tua, macam aruah Sudirman, dalam videoclip Basikal tua. Bayangkan asrama 3 tingkat, dia bawa basikal tua tu naik tingkat 1... dan park depan bilik dia. Kalau tak ada exam paper, nampaklah dia hilangkan tension , naik basikal keliling blok asrama tingkat satu tu. Warden memang jarang ada, mungkin malam baru ada sebab murid lain memang tak ada, hanya form five sahaja. Pergi ke dewan periksa pun dia naik basikal. Ada juga kadang-kadang, member lain tumpang basikal tua tu.

Lepas exam. kami semua berpisah. Saya jarang jumpa Jalil. Dan selepas keputusan keluar, saya jumpa Jalil buat kali terakhir sampai sekarang. Dah 29 tahun.!

Pernah dengar cerita yang Jalil ni kerja kat gerai makanan selepas keluar result dan cerita terbaharu, dia dah buka gerai sendiri, jadi peniaga lah. Itu, saya tak berani confirm.

Apa-apa pun, saya harap Jalil berjaya dalam hidup dia, sudah berkeluarga dan mempunyai minat untuk meneruskan hidup anak-anak dia dengan pendidikan.

Moral cerita Jalil ini, jangan matikan semangat anak-anak, Biarlah dia berusaha, kita hanya berikan galakan dan mungkin kewangan... lain-lain, anak-anak mesti berusaha sendiri. Jangan mati stim ..... Harap-harap satu hari nanti, dapat jumpa Jalil lagi.

No comments:

Post a Comment