Saturday, February 07, 2009

Krisis MB Perak - Satu petikan

Wednesday, February 4, 2009

Surat MB kepada Sultan Perak

IPOH, 6 Feb: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin hari ini mengutuskan warkah kepada Baginda Sultan Perak menjelaskan kenapa beliau enggan meletakkan jawatan sebagaimana yang dititahkan baginda.
Beliau berkata, langkah ini terpaksa diambil beliau atas keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang sebulat suara meminta beliau berbuat demikian.
Beliau juga memberikan alasan Perlembagaan Negeri Perak memperuntuk perkara berikut iaitu:
Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".
Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri, katanya dalam surat itu.
Menurut Nizar, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang dan adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti.
"YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan UndanganNegeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut," tulis beliau kepada baginda.
"Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
"Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak," tulisnya dalam surat yang salinannya diperolehi Siasah.

Petikan Dari Siasah

No comments:

Post a Comment