Monday, February 09, 2009

Pilihanraya Kecil di Perak

Sunday, February 8, 2009

Pilihan raya kecil di Perak
IPOH, 9 Feb: Roslan Shahrom, anggota Parlimen PAS Bukit Gantang meninggal dunia akibat komplikasi jantung selepas jatuh dari basikal yang dinaikinya hari ini.Menurut maklumat, Roslan keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit pagi ini dan terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah.Dengan kematian ini, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Adalah dipercayai Speaker Dewan Rakyat secara rasmi akan memaklumkan kepada SPR berlaku kekosongan di kerusi Parlimen Bukit Gantang itu dan dalam masa 60 hari SPR dijangka akan mengadakan pilihan raya kecil.Di Kedah, jika perletakan jawatan Adun PKR Bukit Selambau yang juga Exco kerajaan negeri, V Arumugan diterima, maka satu pilihan raya kecil juga terpaksa diadakan.Namun sehingga kini, beliau hanya membuat pengumuman di media sahaja ekoran tekanan kuat terhadapanya. Arumugan masih belum menyerahkan surat itu kepada PKR ataupun kepada Dewan Undangan Negeri.Namun menurut sumber PKR, beliau menerima tekanan hebat dengan pelbagai cara agar meninggalkan PKR dan menyertai BN namun situasi beliau agak sukar untuk membuatkannya menyertai BN.Ini kerana, kebanyakan penyokong beliau yang berada di estet dan berpegang kepada prinsip makkal sakhti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku bahkan akan mengancam nyawa beliau jika menyertai BN.Untuk itu, beliau dinasihatkan bercuti untuk mengelakkan tekanan itu.Dengan kematian Roslan bermakna pilihan raya kecil akan berlaku di Perak. Ini juga bermakna, rakyat di Perak berpeluang untuk menghantar mesej mereka samada kerajaan Perak yang baru dibentuk diterima oleh mereka ataupun tidak.
Posted by Siasah at 10:14 PM

No comments:

Post a Comment