Disebabkan oleh perlaksanaan GST atau "Good and Service Tax" pada April 2015, isu ini memang agak menarik. Ada cerdik pandai dan orang-orang tertentu mengandaikan bahawa jika GST dilaksanakan maka harga barang di jangka turun disebabkan tiada lagi SST (Sale & Service Tax) yang berada dalam 5 hingga 10%. Jika itu benar, harga barang mungkin akan turun pada kadar 4% dari harga sekarang atau jika ada yang naik pun mungkin sekadar 1%, bagi barangan tertentu sahaja.
Persoalan nya, ada tak barang yang turun harga? Jika Makcik Kiah tidak pernah membayar cukai dek kerana pendapatan isi keluarga nya tidak sampai dalam julat kena bayar cukai pendapatan, kini jika dia membeli sardin ikan cap ayam, Makcik Kiah kena bayar cukai GST 6% terhadap sardin ikan dalam tin tersebut. Mak Cik Kiah telah menjadi pembayar cukai. Bagi yang memang pembayar cukai pendapatan samada secara PCB, maka pembayar cukai ini kena bayar cukai pendapatan dan juga GST. Maka di ringkaskan, semua orang menjadi pembayar cukai, kos tentu akan naik.
Pak Halim menjual kueh dan makanan ringan di warung nya. Dulu barang-barang mentah yang di beli tak kena GST. Bila pembekal yang berdaftar kena bayar GST (input) dan menjual nya dengan GST (output), maka Pak Halim kena beli dengan harga termasuk GST. Pak Halim sebagai peniaga kecil tidak perlu mendaftar dan tentu tidak boleh mengenakan GST kepada pembelinya. Maka ada 2 pilihan kepada Pak Halim,
1) Menaikkan harga jualan kerana beliau terpaksa menanggong GST dari pembekal sebanyak 6% atau
2) Mengecilkan saiz barangan atau kuantiti jualan kepada pelanggan.
Pak Halim kini menjadi peniaga yang perlu ambik tahu serba sikit tentang "Pricing Startegy".
Ada benarkan harga barang turun? Itu sesuatu yang perlu kita cari dan kaji...saya tak pernah jumpa lagi!!!!
No comments:
Post a Comment