Thursday, April 30, 2015

LIFE LONG EDUCATION.....

Ewah...tajuk orang putih pulak....

Aku dulu bukan ada kelulusan sangat pun, cuma diploma. Kalu sekarang, sesetangah orang kata diploma tu dah macam tak laku sebab dah banyak sangat graduan dan jugak banyak sangat kursus-kursus entah apa-apa. Banyak kolej swasta pun keluarkan diploma. Diploma Kemahiran seperti SKM dan lain-lain tetap laku...setidak-tidak nya pada aku. Mereka ini lebih praktikal....berkemahiran dalam bidang masing-masing.

Pembelajaran mencari ilmu ni adalah seumur hidup...hari-hari kita belajar sesuatu yang baru...samada sedar atau tidak. Tetapi pendidikan formal itu yang selalunya menjadi pilihan dan idaman semua pihak samada si empunya badan atau para majikan.

Abih kenapa aku bercerita pasal benda-benda begini???  Tiga minggu sudah, aku bersembang dengan classmate aku bernama Mark...bila dia tanya aku kenapa belajar lagi...aku jawab dulu aku ada 2 Assistants...satu graduate dari USA, master holder........, dan seorang lagi dari Universiti Tempatan tetapi mempunyai ijazah. Aku hanya diploma...The Master holder dari USA tu pernah mempelekehkan aku (di belakang jer), kata apa punya bos, ada diploma saja tapi nak tunjuk "terror".

Aku rasa itu satu ledakan motivasi tahap tertinggi....maka dengan itu, aku yang bernama aku ini pun menaruh harapan untuk sambung belajar...dengan itu, aku sambung buat Ijazah, aku buat post graduate course dengan satu institut dari UK (kompeni sponsor) dan kemudian buat Master....Wife aku pun teruja...anak-anak bujang aku pun tercabar apabila ayah nya dah ada Master dengan CGPA 3.5. (kurang banyak berbanding dengan menteri GST tu).

So, adakah aku akan buat PhD....cukup...cukup sudah...aku nak nak pencen pun.

And my friend Mark said " I only have a A level qualification"....good for you Mark...let move forward.....

PRK ROMPIN DAN PRK PERMATANG PAUH

Saperti lazim nya, jika berlaku PRK, memang meriah kat TV. Semua berita perdana jam 8 malam akan berbicara tentang PRK tu...dan dah tentu banyak isu-isu dan sessi perjelasan di pihak parti yang memerintah. Itu aku tak kisah sangat.....dah biasa.

Di Rompin, PRK kali ini adalah bagi mencari calun MP bagi menggantikan Arwah JJ (satu nama yang terkenal di Rompin). Beliau kemalangan helikopter yang di naiki di Semenyih pada 4 April, ketika berangkat pulang dari kenduri bos nya di Pekan, Pahang. Apa yang menarik tentang PRK ini?

Di Rompin, jika BN atau UMNO menang, ianya membawa erti bahawa ada kesinabungan dan keperluan masyarakat Rompin dengan BN dan UMNO. Tapi banyak perkara yang berlaku samada di belakang tabir atau secara terang-terangan. Apa isu-isu yang bakal di bangkitkan.? Isu GST sudah tentu menjadi agenda wajib. Tak tahu pulak Dato' Maslan akan turun buat penerangan tentang GST. Ada jugak berita tentang bilik gerakan parti di serang dan berlaku nya pada waktu awal pagi....bersungguh dia orang nie. Dan pengundian 5hb Mei 2015 ini akan menjadi hari cuti pada negeri Pahang...seluruh Pahang bukan nya daerah Pahang. Semalam terdengar berita tentang anak-anak muda FELDA memohon untuk menjadi ahli PAS...dengar cerita ramai jugak tu. Dan seperti biasa banyak lah janji, banyak lah acara dan majlis pecah tanah dan banyak lah perasmian dan pengumuman bantuan dan peruntukkan baru...semua nya main angka juta-juta. Ada 52744 pengundi layak di kawasan Parlimen Rompin. Kalau BN menang, GST bukan isu besar lagi...setidak-tidak nya di Rompin.

Berbeza dengan Permatang Pauh....PRK Permatang Pauh ialah menjurus kepada kelangsungan keluarga DSAI di situ. Ia jugak menjadi penentu aras Pakatan Rakyat. Apa-apa pun, isu GST tetap menjadi perkara hangat. PRK Permatang Pauh ialah pada 7hb Mei 2015. Pakatan Rakyat dikatakan mempunyai masalah kerana ada isu kelemahan dalam pakatan kerana parti yang berpecah dan tidak sehaluan dalam isu isu tertentu seperti HUDUD yang di bawa PAS serta kecaman yang di buat oleh LGE terhadap Haji Hadi.

Kalau lah BN menang, seperti Rompin, isu GST bukan menjadi hal besar. Isu GST mungkin telah diperjelaskan sejelas-jelasnya. Tapi kemenangan itu bukan hanya percaya dan setuju nya pengundi dengan GST tetapi mungkin faktor lain yang mengalah isu-isu berkaitan GST. Pemuda PAS jugak dikatakan memboikot PRK Permatang Pauh. Yang menarik nya ada kabar-kabar yang mengatakan Ahmad Maslan, Pakar GST itu di larang bercakap mengenai GST...ini dinafikan oleh Maslan.

Apa yang menarik, Bekas Presiden MCA berkata kritikan bekas PM, Tun M, di ibaratkan sebagai ceramah percuma untuk menarik pengundi menyokong Pakatan Rakyat. Ia boleh merosakkan kredibiliti PM dan Barisan Nasional.

Ada jugak yang mengatakan bahawa, PRK Permatang Pauh adalah medan uji kaji menilai tahap populariti Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah....kalau Wan Azizah kalah, ia menjadi kelebihan kepada seseorang dan jika majoriti kurang pun, ianya menjadi peluru dan senjata yang boleh mempertikaikan populariti Wan Azizah. Di Permatang Pauh ada sekitar 71,820 pengundi. Mereka bukan saja menjadi penentu wakil mereka di Parlimen, tetapi penentu kepada legasi dan masa depan parti-parti yang bertanding.

Aku pengundi di Rompin tapi rasanya tak akan keluar atau balik ke sana untuk mengundi. Aku kenal dengan calun BN tu...rasanya tak berbaloi drive berjam-jam untuk mengundi...biarlah yang lain saja menentukan nasib para calun....






Wednesday, April 29, 2015

LHDN DAN SIKAP ORANG KITA....

Setiap tahun, sebelum 30hb April, dah menjadi kewajipan kita sebagai "pemakan gaji" untuk melunaskan tanggongjawab untuk menyerahkan penyata pendapatan. Tahun ini tiada beza nya. Sekarang semua secara on-line, ada digital certificate pulak.

Dan sudah menjadi kebiasaan kita-kita ini (termasuk aku) buat kerja last minit. Itu kan indah buat kita!!!

Dan bila masuk ke sistem LHDN, hari ini, 29hb April 2015, mula lah keluar notis kata digital certificate dah tamat tempoh. Bila cuba log-in untuk dapat digital certificate baru atau bahasa mudah nak "renew', sistem pulak mengalami masalah teknikal. Maka terbantutlah niat suci untuk menyelesaikan tanggongjawab menghantar penyata pendapatan dan cukai bagi 2014. Nie kena tunggu malam lah pulak. Harap-harap sistem tak down. Esok tentu lagi susah.

Jadi, berdasarkan pengalaman dulu;
1) Kenapa kita-kita ini (termasuk aku) masih nak buat kerja last minit. Mungkin kah jika LHDN bagi diskaun atau rebat lebih bagi yang selesaikan awal akan menyebabkan hal sebegini tak berlaku??
2) Kenapa LHDN yang tahu akan berlakunya kesesakkan "lalu-lintas" pada sistem LHDN pada saat-saat akhir tidak berdaya atau berupaya atau berusaha berbuat sesuatu???

Tak selesai lah jugak lagu nie...lambat hantar kena penalti beb!!!

Tuesday, April 28, 2015

MAS : PENGURANGAN KAKITANGAN

MAS adalah ikon penerbangan Malaysia. Air Asia jugak merupakan tonggak industri penerbangan Malaysia dalam segmen penerbangan harga murah atau "Low Cost Carrier". MAS adalah "full service carrier". Mana mungkin MAS nak bersaing dengan Air Asia dalam segmen berbeza tetapi melalui perang harga yang hebat. MAS bakal tersungkur jika harga di kurangkan tetapi service tetap penuh. Atau jika servis dalam penerbangan di kurangkan seperti kualiti makanan yang di sediakan, maka ianya akan menjejaskan kualiti perkhidmatan MAS secara keseluruhan. Servis sepatutnya "value for money".

MAS, berjuang dengan kos kakitangan yang tinggi, kos operasi yang tinggi, laluan yang merugikan dan persaingan hebat dari "LCC" seperti Air Asia dan terbaru Malindo.

Khazanah menyuntik 6 billion untuk memberikan nafas baru kepada MAS. The Wall Street Journal pada 29hb Aug 2014 " Khazanah said it would spend up to 6 billion ringgit or around $2 billion to revive the airline, including 1.4 billion to take the carrier private by year-end (2014), 1.6 billion ringgit for layoffs and other restructuring costs and 3 billion ringgit to retire debt and provide capital". Besar tu!!

MAS di jangka akan mengurangkan 30% kakitangan nya atau sekitar 6000 tenaga kerja. Ini kerana MAS di katakan mempunyai nisbah 183 kakitangan setiap pesawat manakala Singapore Airline pada nisbah 138 dan Cathay Pacific pada nisbah 125.

Dalam banyak-banyka organisasi atau syarikat,  selalunya langkah pemulihan yang kerap di ambil ialah melupuskan harta atau aset pendam (idle asset) yang melibatkan penjualan aset tertentu yang boleh memberikan pulangan segera. Langkah lain yang kerap di ambil ialah pengurangan kos operasi termasuklah pengurangan kakitangan. Itu lah yang MAS dan Khazanah akan lakukan.

Apakah langkah-langkah lain yang boleh di ambil? Industri penerbangan adalah satu industri yang mencabar dan berisiko tinggi. MAS sudah hampir nazak malah sebelum trajedi MH370 dan MH17. Kehilangan dan trajedi misteri kedua-dua pesawat itu menambahkan nazak MAS.

Industri Penerbangan menghadapi ancaman atau "threat" dari pelbagai sudut. Yang nyata ialah kos operasi seperti harga minyak (hampir 20 - 30% keseluruhan kos), suasana politik dunia yang tidak menentu (perang dan kegiataan militan), cuaca dan bencana serta persaingan dalam industri yang semakin menyempit kerana penyertaan baru dari kalangan LCC.

Jadi langkah yang MAS dan Khazanah akan ambil ialah pengurangan 6000 kakitangan. Kemana kah arah tujuan mereka-mereka ini nanti? Lihat di KLIA, pekerja bahagian bagasi adalah rata-ratanya pekerja asing. Banyak aktiviti kerja sebegini di "outsource" dan syarikat-syarikat kontrek berminat mengambil pekerja asing.

Adakah langkah pengurangan ini melibatkan "Last In First Out" atau MAS membuat tawaran kepada sesiapa yang secara sukarela akan berenti...samada secara VSS atau pun bersara awal tanpa faedah lain? Apakah yang mampu di lakukan oleh kesatuan sekerja? Malah, ada yang mengatakan bahawa kesatuan sekerja yang terlalu aggresif dan sering menidakkan pelan pengurusan adalah antara penyebab MAS "slow-death".

Sering kita dengar tentang "Over-staff, optimum staff, sufficient staff, under staff" dan sebagai nya. Ini semua melibatkan perancangan...."put politic aside, internal cable and network stay out".

Kalu "over-staff", tak boleh lah kita adakah ruang atau peluang baru untuk menggunakan yang "over" itu kepada sesuatu yang bakal memberikan pulangan kepada MAS walaupun kecil asal jangan rugi. Mungkin mereka-mereka dalam kategori "over" ini dikekalkan tetapi mengambil alih kerja-kerja perkhidmatan sokongan dengan kadar bayaran secara kontrak.  "Optimum staff" adalah apabila kita mempunyai tenaga kerja yang mencukupi semasa masa puncak dan semasa masa lenggang...ini bermakna penyusunan dan pengagihan kerja perlu di rancang dengan betul. "sufficient staff" bermakna kita mempunyai jumlah kakitangan yang cukup-cukup sahaja, dan jika berlaku sesuatu atau permintaan luar jangka, kita bakal ternganga. "Under staff" adalah sesuatu yang berisiko. Tetapi jika Optimum dan Under staff ini di manipulasikan dengan productivity dan efficiency, maka kesan nya tidak begitu ketara dan mengancam.

Dan, MAS, budaya mengurangkan kakitangan dikalangan GLC adalah sesuatu yang baru dan jarang berlaku. Adakah kah MAS bersedia untuk itu? Adakah Khazanah bersedia untuk itu? Adakah akan ada pengaruh luar termasuklah pengaruh politik atau masuk mencelah.

Kita tengok dan lihat....

Berniaga?

Malas jugak nak layan kalau ada orang yang memang susah nak bekerja dengan orang lain tapi lebih suka jadi Bos...boleh mengarah ke sana dan ke sini.
Cara hidup mesti ada kelas. Yang tu buat aku susah hati..

Ada saudara aku nie, dari dulu memang minat berniaga...pernah jual nasi ayam, jual burger, bisnes cyber cafe, bisnes jual ayam dan telor ayam kampung. Tapi semua tu sekejap jer...semua nya tak tahan lama.

Kemudian, bekerja dalam dunia seni...macam buat skrip drama. Ada lah 3 ke 4 drama yang dia buat menjadi...meletup jugak rating tu.. masalah nya dia buat skrip sebagai kerja tetap...mana ada penerbit yang terima skrip drama dari "freelance script writer" setiap kali skrip tu di sediakan. Lain lah kalu dah jadi "in-house script writer" yang makan gaji bulan. Lama-lama skrip kurang di terima. Dulu waktu skrip dan drama dapat sambutan, hebat!!!

Sekarang nie dah susah. Tapi dari dulu pun tak lah senang sangat...nak masuk rumah sewa, aku jugak yang settlekan. Bayaran ansuran kereta, dah banyak kali aku settlekan. Bayar balik setakat nie tak pernah lagi.

Sekarang nak buat bisness penerbitan novel. Nak sewa pejabat ...minta dengan aku. Kemudian, katanya dah nak publish novel, tak ada modal...nak minta dengan aku...Serik dah, aku pun ada tanggongan dan kewajipan...sikit2 boleh, kalu dah beribu sini, beribu sana, hancur lah aku nie..hutang aku pun banyak, anak-anak 3 orang masih kat Universiti...bukan sikit duit tu!!

So, kalu nak berniaga, cari modal dulu, sikit-sikit...pelan-pelan tambah modal. Bila dah rasa stabil, pinjaman ada banyak kat luar sana....usaha sendiri lah pulak... jangan dok angan-angan saja lebih..



e-FILING LHDN

Tarikh tamat untuk buat penyata cukai pendapatan individu tanpa punca dari perniagaan ialah pada 30hb April 2015. Biasa nya memang orang buat last-last minute tapi hari nie cuba log in untuk buat e-filing, yang keluar hanya lah masalah teknikal. Mohon cuba sebentar lagi........
Aduhai, lambat jugak lah nak buat e-filing nie....system tu overdose dengan trafik yang meningkat ke atau system tu memang under capacity.
Kena belajar dari kekurangan dan pengalaman yang dulu. Nie kena bangun tengah malam kut tunggu kurang users. Macam cikgu-cikgu dulu yang merungut kena isi data pada tengah malam atau awal-awal pagi sebab pengguna nya terlalu ramai. Ada juga Universiti tempatan yang mempunyai masalah server hinggakan nak antar assignment pun susah sedangkan assignment mesti di antar secara online....


Monday, April 27, 2015

Harga Minyak Dunia

Berdasarkan repot "GlobalPetrolPrices.Com pada 20hb April 2015, harga gasoline pada harga purata 1.09 se liter. Bagaimana pun terdapat perbezaan yang ketara antara negara-negara di dunia. Sebagai "general rule", negara kaya menetapkan harga yang tinggi sementara negara miskin dan negara pengeluar dan pengekspot minyak menetapkan harga yang agak rendah. Hanya Amerika Syarikat sebagai negara yang "economically advanced" mempunyai harga minyak yang rendah. Perbezaan harga ini disebabkan oleh pelbagai cukai dan subsidi yang di kenakan. Semua negara di dunia sebenarnya mempunyai akses kepada harga petroleum yang sama di pasaran antarabangsa tetapi keputusan menetapkan kadar cukai itu yang membezakan harga di pasaran tempatan.

Pada 20/04/15, harga gasoline seliter mengikut negara adalah seperti berikut;
(tidak mengikut susunan, senarai harga mengikut pilihan negara secara rawak)

Venezuela : 0.02
Libya : 0.11
Saudi Arabia : 0.16
Algeria : 0.24
Kuwait : 0.24
Trinidad & Tobago : 0.43
UA Emirates : 0.41
Nigeria : 0.49
Malaysia : 0.54
Bolivia : 0.55
Syria : 0.63
Indonesia : 0.68
Russia : 0.69
USA : 0.70
Pakistan : 0.73
Vietnam : 0.83
Taiwan : 0.84
Philippine : 0.98
Australia : 1.02
Thailand : 1.04
Maldives : 1.06
Japan : 1.12
Singapore : 1.57 
Hong Kong : 1.94



 

TOLONG LAH AKU .... BAGI PENJELASAN SIKIT PASAI GST NIE..

Dah dua kali aku hadirkan diri aku ke taklimat tentang GST.. Aku jugak dapat GST Compliance Handbook...tapi masih tak faham beb mekanisma GST nie....maka aku tak heran lah kalu aku susah nak faham sebab Menteri Maslan pun ada cakap yang Tun Mahathir pun tak berapa jelas tentang GST. Kalu Tun M tak faham, aku apa tah lagi. Lain lah kalu Menteri yang graduate dari UKM dengan CGPA yang tinggi. Aku dulu CGPA rendah, pernah repeat paper lagi. Di sebabkan tak berapa faham, aku turunkan apa yang aku baca;
"GST is a broad based consumption tax that will replace the existing sales tax and servive tax. GST is a multi-stage tax charged at each stage of supply chain. It is therefore also known as a value-added tax. GST charged by suppliers to a Taxable Person is known as input tax and is allowed to be claimed by the Taxable Person as an ITC (subject to some restriction). These ITCs are offset against GST charged on supplies to customers or consumers (i.e output tax) and the balance is remitted to RMCD. However, if the output tax payable is less than the input tax claimable, the net input tax will be refunded to the taxpayer."

Di sini ada Input dan Output...lebih kena mengena dengan pembekal dan peniaga terutama yang berniaga. Ada yang boleh claim balik in-put tax nya dan juga kos cukai yang di bawa di salurkan kepada pengguna atau pembeli. Pembeli lah yang sebenar membayar tak tiada apa yang boleh di tuntut semula. Itu yang aku paham...

Yang aku tak faham...ada yang kata harga sesetengah barang akan turun dengan terlaksananya GST. Tapi di sebabkan tukaran mata wang kita yang teruk, penurunan ini tak di rasakan. Betui ke???

Yang yang jelas, tiada sapa yang boleh bagi tahu aku yang dia ada beli barang yang murah berbanding dulu...bukan semua tapi sesetengah barang itu di katakan murah...Ada sesiapa boleh tolong bagi tahu????
Yang aku tahu, ada sesetengah syarikat dan pengeluar kereta menurunkan harga kereta masing-masing antara 1 hingga 3 peratus. Kita bukan beli kereta sebulan sekali atau setahun sekali...turun pun bukan tentu kita beli...Insuran kena GST tak? Spare Part kena GST tak?

Sebelum GST dulu pun, ada pengeluar kereta, atas sebab-sebab nak bersaing sanggup bagi "Cash Rebate" sampai RM5000. Ada free gift lagi. Bila member aku beli kereta Ford Fiesta Sport dulu, harga kereta di tolak sebanyak RM4000 dari cash rebate yang di berikan tu. Disamping tu Ford jugak bagi free Tinted Film yang baik dan berkualiti berga dekat RM600 untuk sebiji kereta dan jugak tambahan assessori kamera untuk mengundur. Dah tu, di bagi nya jugak free service selama 6 kali atau 60,000 km. Service kos nie termasuk "cost labor dan materials'. Kita cuma perlu buat appointment dan bawa kereta saja. kalu nak kira cash rebate, cermin gelap, kamera mengundur dan free service nie, rasa nya nilai tak kurang dari RM8000. Tu dah kira ok ler...tapi bukan aku atau member aku beli kereta kerap pun. Kalau harga kereta turun RM10,000 esok, aku tak beli pun.

Jadi, sila berikan harga harga barang yang dah turun selepas GST dan ketiadaan SST nie....tolong lah!!!

GEMPA BUMI DI NEPAL

Kuat jugak bencana gempa bumi di Nepal kali nie. Setakat sekarang, the Guardian melaporkan dah 3300 mangsa yang terkorban. Gempa bumi kali ni merekodkan kekuatan 7.8 pada skala Richter. Banyak pulak gegaran susulan selepas tu.
Ramai pendaki terkandas di gunung Everest manakala The Guardian turut melaporkan bahawa beribu warga asing di katakan hilang atau gagal di kesan. Setakat ini dikatakan 4 warga asing adalah antara yang terkorban di Everest termasuk 3 rakyat Amerika Syarikat iaitu seorang Jurutera Google, seorang anggota Medic dan seorang penerbit filem. Kerajaan Jepun turut menyatakan seorang rakyat nya terbunuh.
Helikopter dilaporkan sudah bergerak untuk menyelamat sekitar 150 pendaki di Everest. 61 orang di laporkan cedera dalam kejadian salji runtuh, terkesan dari gempa bumi yang berlaku.

Di Kuala Lumpur, kita di hidangkan dengan sidang Kemuncak Pemimpin Asean, PRK Rompin dan Permatang Pauh dan tajuk utama bulan April 2015 masih di ungguli oleh GST dan Dato' Maslan.



Saturday, April 25, 2015

EPF : APA KECOH-KECOH NIE.

Aku bekerja swasta...aku jugak pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja....Ingat tu..Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...Maka itu wang yang di kumpul dan di simpan oleh pekerja melalui caruman pekerja setiap bulan (potong gaji) dan juga caruman sumbangan Majikan. Ini keperluan dalam undang-undang di bawah akta KWSP...potongan ini boleh dikatakan "paksa Rela" tetapi ianya sebenar nya baik untuk amalan menabong. KWSP atau EPF ini adalah satu skim yang baik untuk masa depan selepas bersara dan bukan nya wang yang di simpan untuk masa-masa menunggu kematian.
Persoalan nya ialah kenapa keoch sangat pasai nak keluar sepenuhnya pada umur 60 tahun.? Sapa pulak yang pandai-pandai bagi cadangan?

Maka EPF buat kaji selidik untuk mendapatkan pandangan pencarum....bermula 21hb April 2015, selama 2 minggu. Tak sampai 3 hari, PM buat keputusan bahawa had umur keluar EPF ialah kekal 55 tahun.
Maka soal selidik dan kajian itu sudah tidak bermakna sebab keputusan telah di buat? Mana nak letak muka wahai pencadang dan ahli lembaga Pengarah EPF? Adakah mereka-mereka ini yang memulakan segala cadangan dan kekecohan ini?

Aku pun tak tahu....Tapi Sakit Tuh Di Sini...!!!

GST

Disebabkan oleh perlaksanaan GST atau "Good and Service Tax" pada April 2015, isu ini memang agak menarik. Ada cerdik pandai dan orang-orang tertentu mengandaikan bahawa jika GST dilaksanakan maka harga barang di jangka turun disebabkan tiada lagi SST (Sale & Service Tax) yang berada dalam 5 hingga 10%. Jika itu benar, harga barang mungkin akan turun pada kadar 4% dari harga sekarang atau jika ada yang naik pun mungkin sekadar 1%, bagi barangan tertentu sahaja.

Persoalan nya, ada tak barang yang turun harga? Jika Makcik Kiah tidak pernah membayar cukai dek kerana pendapatan isi keluarga nya tidak sampai dalam julat kena bayar cukai pendapatan, kini jika dia membeli sardin ikan cap ayam, Makcik Kiah kena bayar cukai GST 6% terhadap sardin ikan dalam tin tersebut. Mak Cik Kiah telah menjadi pembayar cukai. Bagi yang memang pembayar cukai pendapatan samada secara PCB, maka pembayar cukai ini kena bayar cukai pendapatan dan juga GST. Maka di ringkaskan, semua orang menjadi pembayar cukai, kos tentu akan naik.

Pak Halim menjual kueh dan makanan ringan di warung nya. Dulu barang-barang mentah yang di beli tak kena GST. Bila pembekal yang berdaftar kena bayar GST (input) dan menjual nya dengan GST (output), maka Pak Halim kena beli dengan harga termasuk GST. Pak Halim sebagai peniaga kecil tidak perlu mendaftar dan tentu tidak boleh mengenakan GST kepada pembelinya. Maka ada 2 pilihan kepada Pak Halim,
1) Menaikkan harga jualan kerana beliau terpaksa menanggong GST dari pembekal sebanyak 6% atau
2) Mengecilkan saiz barangan atau kuantiti jualan kepada pelanggan.
Pak Halim kini menjadi peniaga yang perlu ambik tahu serba sikit tentang "Pricing Startegy".

Ada benarkan harga barang turun? Itu sesuatu yang perlu kita cari dan kaji...saya tak pernah jumpa lagi!!!!