Tuesday, May 19, 2009

SMSPerlis - Kenangan Mengusik Jiwa

Dah lama tinggalkan alam persekolahan, ambik MCE dulu tahun 1979 (kami ni last batch english medium) maka dah 30 tahun selepas MCE (form five la). Masa dulu-dulu, pihak sekolah ada kebebasan untuk memilih warna pakaian seragam, dan kami dulu berseluar pendek warna putih. Bayangankan waktu masuk form one, pakai seluar pendek warna putih...duduk bergesek sikit dah nampak kotor, kena pulak waktu tengah nakal.

Pakai seluar pendek dulu, selalunya tempah kat kedai tukang jahit. jarang beli yang dah siap. Kadang-kadang terasa seksi pulak, sebab.... setengah2 seluar tu fit...Budak perempuan pulak tak semestinya pakai baju kurung... sebab ada pilihan. Mula2 seluar putih tukar ke seluar warna hijau, juga ada pilihan samada seluar pendek atau seluar panjang. Kira2 dulu, kita bebas juga buat pilihan!

Duduk asrama, makan dan tidur dalam satu suasana berkawan memang seronok cuma dulu tak terasa sangat nostalgic value nya. Bila dah berumur ni, terkenang-kenang pulak ... lagi teruja apabila tiba2 mendapat e-mail mengundang satu kenangan tentang rakan-rakan dulu, senior dan junior, kenal atau tidak kenal lagi ...untuk bersama-sama melalui dan mengenangi ruang masa bersama satu ketika dulu.

Di asrama seperti ini, apa puak yang memang famous terutama para bintang sukan .... semua orang kenal...yang terasa kecil mungkin sekadar dalam grup tertentu. Kini, semua dah menjadi manusia berjaya, gah dengan usaha sendiri dan ketekunan. Mungkin ada yang kurang bernasib baik, tetapi seperti biasa...rezeki di mana-mana contohnya aku berada di tengah-tengah hutan Borneo , menjayakan satu projek dan sedar tak sedar dah hampir lima tahun.

Sekolah Menengah Sains Perlis akhir nya di tukar namanya kepada Sek. Men. Sain Tuanku Syed Putra.... aku hanya tahu apabila Raja Perlis merasmikan sekolah ini (secara rasmi) dan nama itu pun berubah.... bagi kami ,, sains perlis tetap sains perlis walaupun nama di tukar beribu kali pun.

Ingat, rock garden dan pokok pokok kat dewan tu, aku dan kumpulan aku yang uruskan.....

ps

Bagi yang berusaha keras mengundang, mengumpul, mengamit , mencari, menemukan dan melanjutkan siratul rahim persahabatan kita, anak-anak warisan SMSPs, terima kasih.....aku teringin sangat nak balik tengok sekolah lama ni.... dah hampir 10 tahun tak lalu kat situ....

2. Terima kasih Tok Man @ Cikgu Othman kerana benarkan kami dari grup pertanian buat kebun sayur dekat kawasan belakang rumah cikgu.

3. Cikgu Khalid Dan yang cabar aku pasai result Bahasa Malaysia dan akhirnya aku dapat A1

4. Cikgu Rahim , pengetua kami yang kiut tapi boleh tahan garangnya.

5. Cikgu Jasni, warden yang sporting, coach yang rugged dan understanding.

6. Cikgu Alias yang handsome dan banyak membantu.

7. Cikgu Wong, warden dan sori pernah bergaduh dengan cikgu dulu sampai cikgu hempas pintu

8. Cikgu Tang, guru add math yang tinggi lampai dan gerun rasanya bila dia masuk kelas, takut kena buat exercise kat papan hitam.

dan cikgu-cigu lainnya... Selamat Hari Guru.....terima kasih dan maaf banyak-banyak atas semua salah silap kami dulu.



3 comments:

  1. Salam Penumpang,
    Selamat berkenalan semula...
    Boleh laa.. setup blog batch hang..
    Foto2 Ijan banyak dalam koleksi...

    ReplyDelete
  2. Salam
    Tumpang baca ...
    Boleh set blog batch kau pulak..
    Ijan banyak bagi foto...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Thanks,
    Memang bercadang nak buat blog sendiri.Bila menulis blog ni, rasa relax sikit, hilangkan stress walaupun dok dalam utan. Kalau satelite signal lemah, terputus terus hubungan. Masalahnya, nak dapat materials,
    kalau ada yang boleh bantu, ok lah. Saya dah 3 ahun tak balik kampung, tersadai kat sini.

    ReplyDelete