Thursday, February 19, 2009

Pak Su Jan - Adik Bongsu

Dulu memang saya ada masalah sikit dengan Jan atau Pak Su Jan. Dia adik bongsu saya..bukan apa saya tegur sebab tak mahu dia berkawan dengan orang tak senonoh, agar tak terikut-ikut atau tertipu dek orang yang konon nya cerdik pandai dan berlagak dengan gelaran Dato'. Sebab saya ambik berat tentang dia... bukan ada sebab lain .. dia satu-satunya adik lelaki saya, adik paling bongsu pulak tu.



Di sebabkan teguran demi teguran serta sikap panas baran saya, dia merajuk dan lama tak dengar berita walaupun dengan emak saya , dia masih berhubung tapi jarang balik kampung. kerja dia masih tak menentu. Saya selalu juga tanyakan emak, macamana dengan Jan .



Tapi apa yang saya tahu, dia pernah cakap, dia akan berusaha buktikan diri dia boleh berjaya dan waktu itu baru lah dia akan mula mendekatkan diri dengan saya dan adik-beradik yang lain.



Dan kini nampaknya dia dah berjaya... sebagai penulis skrip. Skrip drama dia dahulu bertajuk "Sutung kembali Lagi: di TV 3 dan yang paling membanggakan dia menggunakan nama penuh ...Mohd Rohizan Ramli. Terbaru, drama Mr Mama tayang di tayangkan pada hari selasa di TV3 pada jam 10 malam... nampaknya dua watak kanak-kanak lelaki dalam drama itu menggunakan nama anak saudaranya (anak saya) iaitu Alif dan AfifPada bulan March nanti, katanya akan keluar satu lagi drama , 20 episop bertajuk Merah Putih dan kemudian satu lagi drama "luncai musim kedua".



Berita terbaharu, dia juga akan menerbitkan satu novel pada hujung tahun ini. Isteri saya sebagai peminat novel telah dijanjikan satu naskah.



Apa yang penting, dia telah berjaya.. sebagai penulis skrip, pereka grafik , penulis novel dan saya berharap dia akan terus berjaya dalam hidup dan kerjayanya. Mungkin berkeluarga , satu hari nanti.

Tuesday, February 17, 2009

Letih Dek Cuaca

Masuk hari nie dah dekat seminggu tak hujan... ada sikit tapi setakat hilangkan debu , itu pun dua hari sudah. Sebelum tu , hari-hari hujan, memang lain dari yang lain. Bulan Jan 09, taburan hujan hampir 640mm dan jumlah hari hujan hampir 25 hari.

Dulu jalan teruk, maklumlah jalan tanah , kini jalan tu dah di baiki masa panas dan kering ni. Dah hilang tempat-tempat yang rosak teruk tapi debu setebal 4 inci menutupi jalan. Debu dan debu dimerata tempat. pening dek bau debu. Hidung pun boleh tersumbat. Mata bertaik. Kepala naik pening, tekak jadi kering, batuk-batuk dan berkahak. Pagi-pagi hidung berair, sejuk . Mudah demam kalau badan dah memang lemah.

Cuaca betul-betul extreme. Susah nak cakap. Kawan saya cakap... minum air banyak-banyak. Maknanya kena beli air mineral banyak-banyak, sebab tak tentu bersih ke tidak air yang biasa kita minum, walaupun air tu air yang dirawat.

Yang peliknya, badan letih, malam pulak susah nak tidur, makan kurang, tapi merokok pulak banyak.

Dah kuasa Tuhan...

Saturday, February 14, 2009

ILMU HITAM KOTOR

Sampai hati isteri
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamidam@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Marah kerana suami ‘buas’ dan suka bermain kayu tiga, segelintir isteri dikesan sanggup menggunakan najis sendiri untuk dijadikan ramuan ilmu hitam menundukkan mereka.Isteri terbabit tergamak menuruti arahan bomoh supaya najis itu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam makanan suami.Dengan bacaan jampi serapah tertentu, bomoh terbabit mendakwa najis yang dikeringkan selama beberapa hari itu dikatakan berupaya ‘mengikat’ suami.Wartawan Harian Metro yang menjalankan siasatan mengenai ilmu hitam itu berkesempatan bertemu seorang wanita yang terjebak dengan perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam itu, baru-baru ini.

Wanita terbabit mengaku pernah berbuat demikian terhadap suaminya, bagaimanapun enggan gambarnya dirakamkan bimbang perbuatan lampaunya diketahui keluarga dan suaminya.

Mulanya, dia enggan menceritakan pengalaman buruk itu tetapi selepas dipujuk berulang kali, akhirnya wanita itu bersetuju berkongsi kisah duka dalam hidupnya.Dia yang hanya mahu memperkenalkan diri sebagai Ima, 32, mendakwa masalah rumah tangga dialaminya itu bermula selepas tujuh tahun berkahwin.Ima yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Cheras memperoleh dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, seorang kerani.

“Pada awal perkahwinan, semuanya berjalan baik walaupun kami kerap menghadapi masalah kewangan terutama membayar khidmat pengasuh dan membeli kelengkapan harian anak berusia dua dan empat tahun.“Melalui rakan sepejabatnya, saya mendapat tahu dia mula nakal dan menjalin hubungan cinta dengan seorang pegawai wanita yang juga sudah berumah tangga,” katanya.Setiap kali ditanya berhubung perkara itu, suaminya akan naik angin dan keluar dari rumah serta tidak pulang hingga berhari-hari.Lebih mengecewakan apabila Ima mendapat tahu suaminya turut bermain cinta dengan beberapa gadis lain di pusat permainan snuker hingga sanggup menghabiskan duit gaji setiap bulan.

Menurut Ima, seorang rakan mencadangkan dia berubat dengan beberapa bomoh.Antara bomoh yang pernah ditemuinya seorang wanita tua di pinggir ibu kota.Melalui wanita yang dikenali sebagai Ibu Siti, dia diyakinkan amalan yang diberikan mampu mengikat semula hati suami supaya kembali semula ke rumah dan menyayangi keluarga.“Pada malam Jumaat, saya mengambil keputusan menemui Ibu Siti selepas diberikan alamatnya oleh rakan. “Saya disuruh bomoh itu membuang air besar di tandasnya. Dia menyuruh saya mengambil sedikit najis dan berikan kepadanya,” katanya.Dia gusar suruhan pelik itu, tapi tetap mengikutinya berikutan terdesak untuk memenangi hati suami.Dengan najis itu diletakkan di atas sudu, kata Ima, bomoh berkenaan terkumat-kamit membaca sesuatu.Bomoh itu mengajar cara penggunaan najis terbabit walaupun mulanya dia tidak sampai hati melakukannya.“Bomoh itu menyuruh saya masukkan sedikit najis itu ke dalam makanan suami sebaik ia kering selepas dijemur dan suami pasti berubah dan sentiasa merindui saya,” katanya.

Selepas mengamalkan petua jijik berkenaan, dia berkata, suaminya yang sebelum itu sering keluar rumah, mula berubah dan kerap bersama dia dan anak.“Perubahan itu benar-benar menggembirakan. Namun, beberapa bulan selepas mengamalkannya, saya menyedari perubahan aneh apabila suami menjadi murung, pendiam dan kurus.“Dia seolah-olah hilang semangat dan kerap jatuh sakit. Perubahan fizikal dan mentalnya itu menyebabkan saya sedar ia berpunca daripada tindakan saya,” katanya.Justeru, Ima dihantui rasa bersalah kerana suaminya masih di bawah pengaruh ilmu hitam itu.Walaupun tidak lagi liar katanya, ubat guna-guna itu menyebabkan suaminya bagai orang bodoh dan kerap lupa banyak perkara.

Menurutnya, dia mencari pengamal perubatan Islam bagi memulihkan suaminya.
“Saya tidak mahu mati sebagai isteri derhaka dan tidak diterima tanah. “Mungkin ketika itu saya terlalu jahil agama sehingga melakukan perkara bercanggah dengan Islam,” katanya

Cerita Ular Besar di Sg Rejang, sarawak.

Posted by Apai Ngelai - Blog RajahMas

Friday, February 13, 2009

ULAR GERGASI DI SUNGAI IGAN SIBU
Salam,
Kelmarin saya terbaca satu tajuk akhbar Utusan Sarawak yang benar-benar menarik perhatian saya. Penduduk sekitar sungai Igan Mukah gempar dengan kewujudan satu makhluk misteri berupa Ular Gergasi yang dipanggil ‘Nabau’ yang wujud ketika fenomena air pasang besar yang melanda Sarawak pada bulan lepas.



Keratan akhbar yang menunjukkan gambar ular yang dimaksudkan
Menurut akhbar itu, gambar tersebut telah diambil dengan menggunakan telefon bimbit ketika melalui sungai tersebut melalui udara dengan sebuah helikopter. Sahih atau tidak cerita itu, barangkali kita sendiri boleh memikirkannya, wallahualam.


Gambar lain yang menunjukkan gambar ular gergasi di Sungai Rajang


Gambar ini tiada kaitan dengan cerita itu, cuma bayangkan keadaanya sekiranya benar-benar wujud ular gergasi seperti yang diceritakan.Bagaimanapun, yang penting kita akui kebesaran Tuhan. Dan kejadian yang pelik-pelik berlaku pada hari ini adalah tidak mustahil jika Allah menampakkan sesuatu yang tidak pernah dilihat bagi mengingatkan kita akan kekuasaanNya yang kini kian dilupakan manusia pada zaman ini.

Wednesday, February 11, 2009

Dah Muak Dengan Politik Malaysia

Ok, mulai hari ini sya tak mau lagi post anything regarding politik Malaysia. Dah muak dah. Kepala pun pening, nasib baik tak termuntah.

Pilihanraya dah di buat, keputusan dah tahu, ahli politik yang di pilih sepatutnya membantu membangunkan kawasan masing-masing dan menyelesaikan permasaalahan rakyat yang di wakili dan seterusnya membawa Malaysia ke satu arah yang lebih makmur, aman dan teguh samada ada dari segi ekonomi dan stabil dari segi politik. Banyak isu belum selesai, ekonomi yang merundum, harga minyak turun tapi harga barang belum, masaalah kemiskinan, pekerjaan dan penganggoran, pendatang asing, kemerosotan harga komoditi, tambang bas, isu pendidikan dan banyak lagi. Tapi rasanya semua ini tak diberikan perhatian selagi AHLI POLITIK YANG DIPILIH SEBAGAI PEMIMPIN DOK SIBUK MAIN CATUR NAK DAPAT KUASA. LOMPAT SANA, LOMPAT SINI, MASUK SANA, MASUK SINI, KELUAR SANA, KELUAR SINI. YANG BORING TERAMAT BORING, TAK ADA RASA MALU LANGSUNG DOK CERITA DIA NI DAPAT OFFER JUTAAN RINGGIT UNTUK KELUAR DAN MASUK ITU... BETUL KE TIDAK TAK TAHU. CERITA DONGENG KE, CERITA BENAR KE TAK TAHU. TAPI MACAM DAH JADI RESAM DAN BUDAYA POLITIK MALAYSIA KUT... APA-APA HAL MAIN JUTA-JUTA RINGGIT...BUKAN JUTA-JUTA RUPIAH.

TENGOK INDONESIA, DALAM KELAM KABUT EKONOMI DUNIA, NAMPAK STEADY JER... RAKYAT NYA TAK ADA PULAK BUAT DEMO KE, BUAT RUSUHAN JALANAN KE...RASANYA PEMIMPIN DIA SEDANG FOKUS NAK MENYELESAIKAN MASALAH EKONOMI DAN BANTU RAKYAT.

MALAYSIA? TAK PILIHANRAYA KE 12 DULU PUN BELUM HABIS LAGI PENANGAN NYA.

Monday, February 09, 2009

Politik Melayu atau Melayu Di Politikkan

Sah, apabila saya amat-amati, nyata kebanyakkan yang berdemo pada hari Datok Dr Zambry angkat sumpah di KK dulu adalah orang Melayu. Ramai yang masih berjubah dan berserban, maklumlah baru keluar dari masjid , sembahyang Jumaat.

Nyata juga orang PAS yang ramai ... mana orang PKR dan DAP. Mungkin tengok seronok memukul gendang melaga-lagakan orang Melayu. Sampai sanggup orang Melayu berserban baring atas jalan, menghalang kereta orang-orang kenamaan dan Raja Nazrin.

Tak tahu lah saya nak sokong siapa, tapi, yang jelas hari tu mereka marahkan Sultan Perak....
sanggup pula menderhaka... atau mungkin bahasa yang molek bagi mereka ialah nak tunjuk kuasa rakyat macam " Raja Adil, Raja di Sembah, Raja Zalim, Raja di Sanggah."

Tak tahu lah, saya tak minat nak tengok Melayu berpecah dek kerana Politik. Saya pun dah tak mau ambik kisah cuma nak jadi penyampai agar semua ni dapat dinilaikan sendiri oleh sapa-sapa saja yang nak baca dan buat penilaian.

Hantu Politik Punya Kerja .... Politik Lagi

Friday, February 6, 2009

Berita ditarik balik
Berita bekas Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan yang menyokong Karpal Singh menyaman Sultan Perak dan Kerajaan BN tidak tepat kerana Stephen telah meninggal dunia pada tahun 1997.Apa yang tertera disitu adalah pihak yang menyamar sebagai beliau.Oleh itu, berita tersebut ditarik balik dan Editor memohon maaf atas kesilapan ini.
Posted by Siasah at 6:27 PM

Pilihanraya Kecil di Perak

Sunday, February 8, 2009

Pilihan raya kecil di Perak
IPOH, 9 Feb: Roslan Shahrom, anggota Parlimen PAS Bukit Gantang meninggal dunia akibat komplikasi jantung selepas jatuh dari basikal yang dinaikinya hari ini.Menurut maklumat, Roslan keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit pagi ini dan terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah.Dengan kematian ini, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Adalah dipercayai Speaker Dewan Rakyat secara rasmi akan memaklumkan kepada SPR berlaku kekosongan di kerusi Parlimen Bukit Gantang itu dan dalam masa 60 hari SPR dijangka akan mengadakan pilihan raya kecil.Di Kedah, jika perletakan jawatan Adun PKR Bukit Selambau yang juga Exco kerajaan negeri, V Arumugan diterima, maka satu pilihan raya kecil juga terpaksa diadakan.Namun sehingga kini, beliau hanya membuat pengumuman di media sahaja ekoran tekanan kuat terhadapanya. Arumugan masih belum menyerahkan surat itu kepada PKR ataupun kepada Dewan Undangan Negeri.Namun menurut sumber PKR, beliau menerima tekanan hebat dengan pelbagai cara agar meninggalkan PKR dan menyertai BN namun situasi beliau agak sukar untuk membuatkannya menyertai BN.Ini kerana, kebanyakan penyokong beliau yang berada di estet dan berpegang kepada prinsip makkal sakhti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku bahkan akan mengancam nyawa beliau jika menyertai BN.Untuk itu, beliau dinasihatkan bercuti untuk mengelakkan tekanan itu.Dengan kematian Roslan bermakna pilihan raya kecil akan berlaku di Perak. Ini juga bermakna, rakyat di Perak berpeluang untuk menghantar mesej mereka samada kerajaan Perak yang baru dibentuk diterima oleh mereka ataupun tidak.
Posted by Siasah at 10:14 PM

Politik Lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....kenyang ler

Karpal Singh (Pengerusi DAP) mendesak Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat. Karpal menyalahkan Anwar kerana mempromosikan budaya lompat parti hingga mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat. “He has created enough trouble and it is time for him to bertaubat (repent)," kata Karpal Singh, The Star, 8 Februari 2009.

Pelik benar, Karpal yang menolak hudud minta Anwar bertaubat.
Hebat benar Karpal Singh ini. Dia pernah minta Haji Hadi melutut dengannya tentang isu hudud. Dia juga mahu saman Sultan Perak pada hari Selasa ini. Dia juga sudah beri amaran, jangan main-main dengan saya. Dia juga tidak takut sebarang laporan polis terhadapnya. Apakah orang yang bernama Karpal ini bebas dan kebal daripada sebarang undang-undang? Beranikah Anwar menjawab cabaran Karpal dan meminta agar Karpal bersikap rasional dan tidak kurang ajar pada Sultan Melayu? Sikap Karpal tidak wajar dicontohi oleh warganegara Malaysia yang lain. Ini budaya kurang ajar dan biadap pada negara dan raja. Jika rukun negara pun tidak dihormati, tidak guna lagi menjadi warganegara Malaysia.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Politik Melayu- Petikan dari blogger Rocky Bru

You orang baca saja lah, saya hanya penyampai saja..........

Sunday, February 8, 2009

Bravo Brother Rocky Bru kerana lantang membela Raja Melayu -

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- the second pillar of our Rukunegara

Is this the Ketuanan Rakyat that we've been promised? The right to give the Sultan your middle finger and pelt his prince's official car when you don't agree with them.
Is that your idea of Ketuanan Rakyat? The right to accuse the HRH of "failing in thinking as a Ruler of his subjects"? [Who the duck is K. Kabilan to pass that kind of judgment on a Sultan, anyway? Read here].
Does Ketuanan Rakyat mean that you leave it to the Sultan to decide but defy him if his decision goes against you? And profess "Daulat Tuanku" only if you think you can use the Sultan to fight for your political battles? This is no Ketuanan Rakyat.
This is what I'd call Ketuanan Pakatan Rakyat. You are either with them or against them! I am placing the Daulat Tuanku logo up there for an indefinite period. I'm asking you to do so, if you have a blog or on your Facebook, etc. It's not in support of any political party; it's about preserving an Institution that is part and parcel of the Rakyat and the Negara.
If Karpal or Nizar or Anwar or Hadi want to drag the Sultan to Court to defend what you think is the right of your political party, that's their right so go ahead. I only ask for one thing: Biar beradab, jangan biadap dan tak payah derhaka.
And remind ourselves of the nuances: it's not just Kesetiaan Kepada Raja; it's Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
p.s And I hope no one resorts to hanging the Perak flag or the portrait of HRH Sultan Azlan Shah upside down to counter this blog campaign

Politik Lagi... untuk renungan dan pertimbangan

Lepas "terkuburnya" kerajaan PR di Perak, banyak cerita yang menarik untuk kenangan dalam buku sejarah masa depan...


Monday, February 9, 2009

Karpal Singh Berkhidmat Untuk Kepentingan BN?
Hari ini Karpal Singh mengamuk lagi. Sebelum itu dia mengamuk untuk menyaman Sultan. Sebelum itu lagi dia mengamuk mengenai hudud.Kali ini dia mengamuk minta Anwar berundur sebagai Ketua De Facto PR. Apa yang menyebabkan Karpal marah? Karpal dikatakan marah kerana merasakan yang beliau tidak disokong dalam isu menyaman Sultan Perak. Dalam kenyataannya itu, beliau bukan hanya menyalahkan Anwar malah turut kecewa dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) yang tidak menyokong tindakannya itu.
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussen Ali yang tidak senang dengan tindakan Karpal itu bertanya, "Bila melihat kenyataan dan telatah beliau (Karpal) sejak akhir-akhir ini, hati kecil saya tertanya-tanya, untuk siapa dan untuk apa beliau berkhidmat... untuk apa dan untuk kepentingan siapa?"
Semasa isu hudud menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu dahulu juga Karpal mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain. Ketika Anwar dan kepimpinan PAS dengan tegas mengeluarkan kenyataan menyokong hudud, manakala beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sangat lunak mengenai hudud, Karpal dengan tegas menolak hudud. Karpal dalam hal ini bercakap senada dengan beberapa pemimpin-pemimpin BN yang menolak hudud.
Tapi soalan Syed Hussein belum berjawab: untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa? Jelas ia bukan untuk kepentingan PR, kerana suara Karpal sering tidak senada dengan PR.
Dalam isu hudud suara Karpal senada dengan BN. Dalam isu yang dikatakan menghina Sultan itu, suara Karpal senada dengan siapa? Siapa lagi yang pernah menghina Sultan? Dr Mahathir dan kepimpinan BN dalam krisis perlembagaan dahulu banyak mengeluarkan kenyataan menghina Sultan. Selepas PRU ke-13 dahulu 2 bekas MB dari BN iaitu Idris Jusoh dan Shahidan Kassim melakukan beberapa tindakan yang dilihat sebagai menghina Sultan. Hari ini Karpal pula menuruti pemimpin-pemimpin BN itu yang dituduh menghina Sultan.
Jadi bila Syed Hussein bertanya untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa, jawapannya seperti sudah nampak jelas berdasarkan suaranya yang banyak senada dengan pemimpin-pemimpin BN itu.
Oleh: pendikar gunung kriang
Posted by pendikar gunung kriang at Monday, February 09, 2009

Saturday, February 07, 2009

Politik lagi ....(3)

Dipetik dari Blog Idham Lim

Perutusan Mursyidul Am PAS Isu Perak.

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).Wallahua’lam.NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PASBertarikh : 9 Safar 14305 Februari 2009.

POlitik lagi .... 2

Cuma satu saja saya nak pesan ...... Jangan sama sekali sokong sesiapa atau mana-mana pihak untuk SAMAN ATAU BUAT APA-APA YANG BOLEH MENGHINA SULTAN-SULTAN MELAYU ... ITU SUDAH MELAMPAU.

Dulu sibuk benar pihak-pihak ini memohon perkenan pihak Istana untuk memulihkan keadaan politik terutama mengenai kepimpinan Pak Lah dll.. sehingga buat perarakkan berbaju kuning dan sebagainya. Orang politik semua itu, ada agenda tersendiri ...jangan pengaruh orang luar ,yang bebas, yang memohon hak dan berharap permainan politik yang dah hampir setahun dari PRU 12 itu, berenti lah, negara kita tak perlu ini semua, saya tak perlu ini semua...

Politik lagi ..........

Baca saje lah..... Saya declare ini hari sebagai HARI POLITIK SE DUNIA with special focus to MALAYSIA and PERAK.



Sultan, Raja Nazrin quiz assemblymen

IPOH: All 31 assemblymen forming a majority for the Barisan Nasional in Perak were interviewed individually by Sultan Azlan Shah and Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah yesterday.Sources said it was a brief audience for 27 BN assemblymen but a longer one for the three independent assemblymen and Bota assemblyman Datuk Nasarudin Hashim, who is back with Umno."The sultan wanted to make sure that the independent assemblymen and Nasarudin fully supported BN and would help form a stable state government," a source said.The three independents are Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) and Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), formerly of Parti Keadilan Rakyat, and Hee Yit Foong (Jelapang), formerly of DAP.It is learnt that both an oral and written undertaking of support for the new state government and menteri besar was provided by the three assemblymen. "The letters of undertaking were signed individually and submitted to the palace on Wednesday night," another source said."Obviously, the sultan is not taking any chances despite the apparently solid front. This will also be fair as the previous Pakatan Rakyat administration was also required to do the same."Nizar's swearing-in as the 10th menteri besar in March last year was postponed twice due to the palace's doubts over whether the three parties -- the DAP, PKR and Pas -- could form a stable majority.
Satu lagi berita ... untuk koleksi ... mana tau waktu dah tua nanti... dah ada banyak cucu dan cicit , boleh saya ceritakan kepada mereka ini lah politik orang dulu-dulu.... kalau sebab itu Melayu jatuh atau Melayu jadi bangsa terbilang... mungkin kisah-kisah ini boleh dijadikan satu panduan ....

Dari Tranungkite

Oleh Tarabulsi_2008"

Kita PR jangan ada double standards. Kalau kita buat tak apa, kalau orang lain buat tak boleh. Ini fahaman yang boleh menjejas imej kita sebagai pihak yang bersih dan adil di mata rakyat. Bila ADUN BN Bota, Nasaruddin Hashim lompat ke PKR, ramai di kalangan kita sambut dengan tepok sorak kegembiraan yang amat sangat. Anwar Ibrahim telah dalam keghairahan dan kegembiraan mengatakan sekali lagi bahawa banyak lagi anggota ADUN dan Parlimen BN akan lompat masuk ke dalam PKR.
Sesetengah pemimpin dari PAS seperti Mustapha Ali yang sering membantah dan menganggap lompat parti yang diusahakan oleh Anwar Ibrahim itu sebagai cara berpolitik yang kotor yang tidak menghormati suara rakyat telah sekali lagi menjadi sasaran ejekan orang-orang PKR.Dalam keghairahan "kemenangan" Anwar Ibrahim tidak sedar Nasaruddin Hashim itu adalah strategi dan perangkap UMNO. Bila beberapa hari kemudiannya Nasaruddin Hashim lompat balik ke BN dengan mengheret bersama-sama 2 ADUN PKR dan satu ADUN DAP yang berkesudahan dengan runtuhnya kerajaan PR di Perak, maka dakwaan kita kononnya lompat parti itu salah dan tidak menghormati suara rakyat secara otomatis menjadikan PR bahan ketawa. Malah lompat parti ini dimulakan oleh Anwar Ibrahim dengan pengistiharan "Tarikh Keramat" September 16, 2008 yang dikatakan hari keramat di mana seramai 32 orang Ahli Parlimen BN akan lompat masuk ke PKR. "Tarikh Keramat" itu berlalu tanpa apa-apa yang berlaku walau pun sebelumnya Anwar Ibrahim sering berkata "we are on track". Maka apa yang berlaku di Perak boleh diibaratkan sebagai senjata Anwar Ibrahim makan diri sendiri.Saya ada juga menulis di TKO ini membantah cara kotor lompat parti yang diusahakan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, dan saya di maki hamun dan di anggap sebagai talibarut UMNO. Saya hanya senyum dan menyambut maki hamun itu dengan hanya berkata dalam hati Alhamdullilah, ya Allah hamba abdi Mu ini memohon akan Engkau tunjukkan kepada mereka-mereka yang sudah lupa daratan ini padahnya memilih cara yang kotor dan jijik, iaitu lompat parti. Ya, kita diberi kemenangan tambahan di Kedah, Penang, Perak dan Selangor dan hampir mengulingkan BN di Parlimen pada PRU ke-12 atas landasan mahu menegakkan keadilan dan pemerintahan yang beramanah dan bersih.Tetapi bila kemenangan diberikan oleh Allah SWT, ada sesetengah dari kita terutamanya Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang telah lupa akan janji-janji untuk bertindak secara beramanah dan bersih itu. Anwar Ibrahim tidak sabar untuk menunggu PRU Ke-13 dan telah berusaha dengan cara yang kotor untuk merampas kuasa, iaitu dengan memujuk MP dan ADUN BN lompat parti. Bagi saya jalan kotor yang dipilih Anwar Ibrahim itu telah membawa kepada kemurkaan Allah SWT dengan berlakunya sandiwara lompat melompat di Perak yang berkesudahan dengan keruntuhan kerajaan PR. Entahlah. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Diharap keruntuhan kerajaan PR Perak menjadi suatu pengajaran kepada Anwar Ibahim dan PKR. Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan melaung-laungkan slogan keadilan, amanah, bersih dan lain-lain aspirasi yang murni yang diredhai Allah SWT tetapi disebaliknya bertindak dengan cara kotor. Lihatlah apa balasan Allah SWT. Silap-silap haribulan PKR akan dibubar. Dan kawal dengan rapi ADUN2 PKR dan DAP di Selangor kerana sudah pun ada ura-ura ada yang akan melompat ke BN. PAS pun hati-hati kerana ADUN-ADUN PAS di Kedah sudah juga dipujuk rayu oleh BN.

Sekian.Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

Tarabulsi7 February 2009"

Krisis Perak Lagi - petikan Dari TDMM

Saya nak kumpul dan selitkan semua komen-komen yang menarik mengenai suasana politik Malaysia terutama di perak kini. Buat lah pertimbangan sendiri , rakyat hanya dapat buat yang itu saja, lain-lain MP, ADUN dan ahli politik saja yang dapat buat... kita pilih dia, dia pulak pilih jalan dia... syok dan pandai-pandai dia.. ahli politik sekarang , BN ke, PR ke...semua tengah seronok main politik macam main paintball game pulak .....


LOMPAT LAGI
By
Dr. Mahathir Mohamad on February 6, 2009 10:39 AM
1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.
2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.
3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.
4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.
5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.
6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.
7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?
8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.
9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.
10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.
11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.
12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

Palestin - Satu Info

Hillarion Capucci berusia 86 tahun. Beliau adalah seorang paderi katolik dan semasa berkhodmat sebagai Ketua Biskop di Baitulmaqdis, beliau didapati bersalah oleh mahkamah Israel pada 1974 kerana menyalahgunakan status diplomatik untuk menyeludup senjata kepada pejuang Palestin.

Akibat itu beliau dipenjara selama 3 tahun dan diusir keluar.

Baru-baru ini, beliau di tahan lagi bersama-sama sebuah kapal yang membawa 60 tan bekalan untuk ke Tebing gaza.

Moralnya : Seorang Paderi Katolik berusia 86 tahun sanggup berjuang untuk orang Palestin.

Krisis MB Perak - Satu petikan

Wednesday, February 4, 2009

Surat MB kepada Sultan Perak

IPOH, 6 Feb: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin hari ini mengutuskan warkah kepada Baginda Sultan Perak menjelaskan kenapa beliau enggan meletakkan jawatan sebagaimana yang dititahkan baginda.
Beliau berkata, langkah ini terpaksa diambil beliau atas keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang sebulat suara meminta beliau berbuat demikian.
Beliau juga memberikan alasan Perlembagaan Negeri Perak memperuntuk perkara berikut iaitu:
Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".
Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri, katanya dalam surat itu.
Menurut Nizar, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang dan adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti.
"YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan UndanganNegeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut," tulis beliau kepada baginda.
"Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
"Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak," tulisnya dalam surat yang salinannya diperolehi Siasah.

Petikan Dari Siasah

Tuesday, February 03, 2009

KEBULURAN

KEBULURAN – SATU FAKTA DUNIA

25000 orang mati kerana kebuluran setiap hari.
923 juta orang di seluruh dunia tidak cukup makan. jumlah ini menyamai jumlah penduduk AS, Kanada dan Eropah.
907 juta orang penduduk negara-negara membangun mengalami kebuluran setiap hari.
60 peratus yang mengalami kebuluran melampau adalah wanita – demi anak-anak tersayang, mereka sanggup berlapar.
Seramai 10.9 juta kanak-kanak berumur lima tahun mati di negara-negara membangun setiap tahun kerana kekurangan zat makanan dan kebuluran.

Pada November dan Disember, ketika sesetengah negara di benua Afrika seperti Ethiopia kegersangan dan ramai mati kebuluran, kita umpama pesta dengan makanan yang sedap-sedap. Pada musim cuti sekolah, inilah, kenduri kawin diadakan, diikuti pelbagai sambutan perayaan seperti Hari Krismas dan sambutan tahun baru.

Biasa juga, apabila menghadiri majlis, makanan di isi penuh, yang dimakan hanyalah sedikit, selebihnya dibuang. Paling tidak bersyukur, apabila menjebik pula yang makanan yang dihidangkan tidak sedap.

- sedutan dari Al Islam, Februari 2009.

Kawan Ku Jalil

JALIL

Entah macamana malam ni saya teringatkan kawan saya bernama Jalil. Bukan Jalil Hamid pelakun , pelawak dan penyanyi tu. Tapi, Jalil ni kawan sekolah, masa di sekolah menengah dulu.

Apa yang istimewanya Jalil sehinggakan saya tiba-tiba teringatkan dia? Dah hampir 29 tahun tak jumpa dia.

Jalil ni sama-sama bersekolah dengan saya di sebuah sekolah menengah berasrama penuh. Orangnya kecik tapi entahlah berani satu macam, tapi selalunya bila berkawan. Sorang-sorang kecut jugak rasanya.

Keluarga Jalil kiranya sederhana, ayah nya sekadar seorang pekerja am JKR. Jalil tak banyak bercerita tentang keluarganya kecuali sesekali ada juga dia bercerita, itu pun secara tak sengaja. Hidup dia sederhana, tak joli dan senang berkawan, kalau kena dengan gayanya. Biasalah, kat sekolah asrama, orang macam ni, “happy go lucky” dan tentunya macho dengan merokok. Bercewek....sori, Jalil tak buat kerja macam tu.

Teringat satu ketika, Jalil ada bagi tahu yang ayah dia suruh dia berenti sekolah sebab nak bagi peluang adik-adik dia yang lain. Waktu tu dah dekat nak exam MCE. Tension jugak saya tengok si Jalil ni. Tapi dia nampak cool...Jalil ni peramah dan suka tolong kawan.

Bab studi atau pencapaian, Jalil ni kira sederhana lah.... selalu booking nombor kat-kat belakang, kalau dari segi nombor dalam kelas ikut pencapaian periksa. Itu pun dia tak kisah. Nak exam MCE pun dia masih relax, mungkin sebab dia rasa keluarga dia pun tak kisah... asyik suruh berenti dan bekerja, bantu famili.

Waktu time exam, kami semua duduk di asrama, maklumlah SBP. Budak-budak tingkatan lain dah balik bercuti. Jalil, yang paling saya tak dapat lupa ialah, dia membawa sebuah basikal tua, macam aruah Sudirman, dalam videoclip Basikal tua. Bayangkan asrama 3 tingkat, dia bawa basikal tua tu naik tingkat 1... dan park depan bilik dia. Kalau tak ada exam paper, nampaklah dia hilangkan tension , naik basikal keliling blok asrama tingkat satu tu. Warden memang jarang ada, mungkin malam baru ada sebab murid lain memang tak ada, hanya form five sahaja. Pergi ke dewan periksa pun dia naik basikal. Ada juga kadang-kadang, member lain tumpang basikal tua tu.

Lepas exam. kami semua berpisah. Saya jarang jumpa Jalil. Dan selepas keputusan keluar, saya jumpa Jalil buat kali terakhir sampai sekarang. Dah 29 tahun.!

Pernah dengar cerita yang Jalil ni kerja kat gerai makanan selepas keluar result dan cerita terbaharu, dia dah buka gerai sendiri, jadi peniaga lah. Itu, saya tak berani confirm.

Apa-apa pun, saya harap Jalil berjaya dalam hidup dia, sudah berkeluarga dan mempunyai minat untuk meneruskan hidup anak-anak dia dengan pendidikan.

Moral cerita Jalil ini, jangan matikan semangat anak-anak, Biarlah dia berusaha, kita hanya berikan galakan dan mungkin kewangan... lain-lain, anak-anak mesti berusaha sendiri. Jangan mati stim ..... Harap-harap satu hari nanti, dapat jumpa Jalil lagi.

Satu Cerita Menarik Tapi Dalam Bahasa Inggeris

The Story of a man and his street

Let me share with you, a short story containing five scenes with an analogy worst sharing.....

Scene 1:
I walk down a street, and there’s a deep hole in the sidewalk. I fall in. It takes forever to get out. It’s not my fault.

Scene 2:
I walk down the same street. I fall in the hole again. It still takes a long time to get out. It’s my fault.

Scene 3:
I walk down the same street. I fall in the hole again. It’s becoming a habit. It’s definitely my fault. I get out immediately.

Scene 4.
I walk down the same street and see the deep hole in the sidewalk. I walk around it.

Scene 5.
I walk down a different street.

The story made me think of some things that I have faced in my life. How many times must I fall into the same hole?......Wouldn’t I come out as someone who never learns, someone who is dense, silly, unintelligent, if I kept falling into the same hole, over and over again?

(Zabrina A. Bakar. 2007. Life is an Open Secret. Wise Words Publishing:KL)

Katak .... Lompat Parti


Semalam, ada saya download article dari Siasah mengenai kes perletakkan jawatan Adun merangkap exco kerajaan negeri di Perak. Bukan niat saya nak membangkitkan hal-hal politik cuma nak bangkitkan persoalan ini;


1) Pengundi mengundi dan memenangkan Parti atau

2) Pengundi mengundi dan memenangkan calun yang bertanding atas kapasiti individu yang bertanding itu tanpa mengira Parti yang di wakili.


jadi,


jika calun itu di pilih pengundi kerana Parti yang diwakili nya , maka , apabila dia melompat Parti atau berhenti atau apa-apa yang bertentangan dengan hasrat pengundi, maka dia sudah tidak lagi mewakili Parti yang di undi dan hak pengundi untuk memilih dan mengundi telah di kianati, di ceroboh atau di perlekehkan .... TETAPI jika


calun itu menang atau kapasitinya secara individu, tanpa mengira Parti yang di wakilinya, kerana kewibawaan nya, kerana ketokohan nya atau kerana sifat diri dan kepimpinan yang di yakini, maka jika dia melompat Parti atau bersendiri menjadi wakil Bebas, maka hak pengundi masih terjaga kerana mungkin dengan cara ini , calun yang menang itu lebih berkesan dari segi tindak tanduk dan gaya kepimpinan nya terhadap kebajikan dan hasrat pengundi.


TAPI,

calun itu pula di pilih dan di calunkan oleh PARTI kecuali jika dia dari asalnya calun BEBAS dan juga siapa pula nak mengesahkan bahawa calun itu di pilih dan dimenangkan kerana PARTI atau sifat peribadinya.


Penyelesaiannya afdal ialah, letak jawatan dari jawatan ADUN atau Exco atau MP dan bertanding semula untuk mendapatkan mandat baru dari pengundi. itu baru gentleman ... boleh lah berdiri megah dan bersuara lantang.


Monday, February 02, 2009

Dari Siasah - Tumpang Menghebah

Rakyat tidak perlu panik dengan perletakan jawatan dua Adun yang juga Exco kerajaan negeri Perak bahkan ini adalah jalan terbaik untuk menjelaskan segala propaganda yang dihadapkan kepada kerajaan negeri Perak.
Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ketika mengulas perletakan jawatan kedua-dua mereka. Pandangan itu disiarkan dalam blognya hari ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar hari ini mengumumkan, beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.
Beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya, kata beliau.
Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.
"Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi Dun Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihan raya kecil akan diadakan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, menurut laman web Malaysianinsider, Jamaludin menafikan dia mahu meletakkan jawatan dengan berkata surat itu adalah surat tidak bertarikh yang beliau berikan kepada PKR selepas pilihan raya Mac 2008 lalu.
Bagi Husam, pengosongan kerusi oleh dua Adun PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR.
Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut, katanya.
Menurut Husam, pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac depan.
Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika Umno sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya, kata beliau.
Katanya, jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh Umno/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul.
"Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul," tegas beliau.
Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung.
Bagi Husam, jika PR menang satu dan tewas satu, kelebihan masih lagi berpihak kepada PR.
"Terpulang kepada penyokong PR untuk bekerja keras mengekalkan kedua kerusi ini. Saya yakin, dengan situasi semasa, Insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan.
"Anda mungkin bertanya apa perbezaan antara langkah yang diambil oleh ADUN Bota dengan pengurungan dua Adun PKR oleh pihak atasan yang terdesak? Jawabnya ialah kerelaan," katanya.
Selepas Adun Bota mengumumkan menyertai PKR, beliau bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung. Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan, katanya.
"Dua Adun PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN," tulisnya.
Di Behrang, kata Husam, calon BN dari MIC, Datuk M Ramasamy, dulunya kalah dengan 1,027 undi dan calon BN kalah 1,102 undi di Cangkat Jering.
"Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas Adun yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah? Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah Kerajaan BN akan gugurkan?" tulisnya lagi.
Moralnya, bagi beliau, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas. Sekali lagi, adakah unsur dalaman UMNO sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?
Menurut Husam, pilihan raya ini mungkin sengit.
Namun, tegasnya, ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat mampu memenangkan Pakatan, Insya Allah!.
Posted by Siasah at 5:37 AM

Banjir Ooo.....tatau , Bintulu

Gambar gambar semasa banjir di Sungai Tatau menuju ke Ulu Kakus dan Lana. Di ambil semasa menaikki bot ekspress pada 1hb Feb 2009