Saturday, January 02, 2010

Selintas Lalu Sepintas Pandang

Bila masuk tahun baru, macam-macam benda berlaku... dari semua sudut.. ekonomi ke, politik ke atau sosial ke ..dan lain-lain yang aku sendiri tak mahu senaraikan..

a) Gula naik 2o sen. Aku tak kisah sebab kami sekeluarga tak banyak sangat guna gula. Sebulan sekilo pun tak tentu. Naik harga gula 20 sen, orang dah mula bising... bila gula naik , kurangkan gula. Tapi ada pulak yang kata.. bila gula naik, air teh ke kopi ke kat restoren tentu naik, biskut naik, kueh-mueh naik, roti naik, air batu campur pun tentu naik..
1 kilo gula boleh buat antara 50 - 80 cawan kopi O jika menggunakan 12.5 gm - 20 gm gula. (Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman). Maknanya dengan harga gula RM1.75/kilo atau RM0.00175/gm (bagi Sarawak), maka nilai gula di gunakan bagi satu cawan ialah RM0.03 - RM0.04... dengan kopi, air yang perlu di masak dan sebagainya dalam proses menyediakan kopi-o, harga yang dijual bagi se cawan antara RM0.50 - RM0.80. Jadi tak mungkin harga kopi naik sampai RM0.10 se cawan kut!!

b) Harga rokok katanya akan naik. Harga rokok dan perokok memang selalu jadi mangsa. Baru-baru ni, ada syor menteri, sebahagian cukai dari perniagaan rokok di salurkan untuk pembangunan sukan terutama bola sepak Malaysia!!
Harga minimum bagi setiap kotak 20 batang telah ditetapkan, tak nampak pulak harga maksimum. Harga yang naik, menyebabkan permintaan untuk rokok tak sah dan seludup akan meningkat walaupun mungkin rekod menunjukkan pembelian rokok kurang (sebab hanya dari rokok yang sah, orang dah pindah beb!), kekurangan ini mengurangkan hasil cukai oleh kerajaan dan disebalik itu mungkin akan meningkatkan perokok baru yang menjadi peminat setia rokok tak sah. Bagi kerajaan, saya rasa, mengena sesuatu yang tinggi termasuk cukai terhadap rokok mungkin akan mengurangkan kadar perokok... bagi bukti, mana kajian nya? Sebenarnya itu mungkin option terbaik sebab siapa nak pertikaikan, rokok kan hodoh !!!

Mungkin opsyen seterusnya bagi perokok ialah hisap rokok daun bertembakau... jangan sampai hisap ganja atau hidu gam sudah...Mana tau kut-kut nanti harga ganja lebih murah dari rokok!!!

c) Mungkin kerajaan kena pertimbangkan kenaikkan cukai pengendali tempat parking kereta supaya khalayak ramai akan menggunakan perkhidmatan awam macam bas, lrt, komuter dan lain2. Naik cukai pengendalian tempat parking, tentu kadar parking naik. Bayangkan kalau kadar parking satu hari RM10, sebulan tentu dah RM260 atau lebih.
Bila naik kadar parking kereta, orang naik kemudahan awam, kurang kereta atas jalan dan kurang pencemaran, mungkin kurang kemalangan, orang mungkin kurang stress sebab tak banyak sangkut dalam jam, badan tak letih dan lain-lain. So, naikkan cukai pengendalian tempat parking, naikkan kadar parking tentu kesan nya baik untuk semua... macam rokok tadi cuma, tempat parking tak sah dan haram, mungkin ujud tapi banyak mana sangat!!
Bila orang menjangka kereta tak banyak sebab tempat parking mahal, mungkinkah orang mula guna motorsikal atau basikal. Dengan itu, jalanraya kita dah jadi mana di negara Cina, Vietnam, India, Indonesia atau lain-lain negara dimana motorsikal dan basikal jadi kemudahan pengangkutan utama. Sibuk pulak jalan nanti.

d) Dengar kata tahun 2010 ni, Amerika Syarikat akan mengalami "double-dip recession". Kalu gitu, ekonomi dunia termasuk Malaysia , yang sering terikut trend ekonomi atau situasi ekonomi AS ni, tak banyak sikit akan terasa. AS tak kisah, dia ada banyak penyangak ekonomi, penyangak mata wang, gangster besar (lebih bahaya dari Osama Bin Laden) dan duit berbilion-bilion, sebab tu dia sanggup berbelanja besar untuk perang di Iraq dan Aghanistan (berbilion bilion jumlahnya...nak dekat bajet satu Malaysia).

No comments:

Post a Comment