Wednesday, January 13, 2010

DUNIA YANG TERSENDIRI

Hari ni kita dengar cerita pasal gempa di Haiti. Kecuh juga berita tengahari tadi. Ianya menjadi lebih kecuh bila ada kemungkinan rakyat Malaysia yang terkena musibah tu. Bantuan mula di rancaang dan mungkin belum tiba lagi. Berita sms yang saya terima juga banyak berkisar berkenaan gempa di Haiti ni.

Malam tadi pulak, kecuh sebab seorang Professor di Iran terbunuh akibat bom yang di pasang pada motorsikal meletup apabila Prof ni melalui kawasan itu untuk balik ke rumah. Prof ni pakar dalam nuklear.

Kat Malaysia, lebih cerita gereja kena serang, lepas tu surau , kemudian Sekolah Convent , terbaru kuil sikh pulak. Nie apa cerita beb?? Rasanya ada sangat lah orang yang tak suka ke rakyat Malaysia atau jeles dengan keharmonian yang ada. Dulu kat Semenanjung, lepas tu kat Miri, Sarawak hinggakan timbul cerita bahawa ni kerja budak nakal. Apa pun, sesiapa yang buat kerja nie samada budak nakal atau orang tua jahat , nie semua kerja bodoh dan tak ada manafaat apa-apa. Amerika bila dia cuba buat kecuh, dia dapat meligatkan bisnes jual senjata. Kat Iraq, selain dari tentera Marin, Amerika dapat juga bagi bisnes kat firma sekuriti Blackwater... memang balck pun hati gang Balckwater ni!! Lapuran terbaru, ada menyatakan bahawa hampir 56% veteran perang yang pernah ke Iraq dan Aghan tu membunuh diri. Stress ke, tension ke atau dah sakit jiwa berat... tak tahu ler? Tapi saya rasa tekanan kerana terpaksa sewenang-wenangnya mengambil nyawa orang termasuklah kanak-kanak kecil , wanita dan orang tua tu, bayangan nya sentiasa mengikut mereka kemana-mana saja, siang atau malam, tidur atau jaga.

Tadi ada sms masuk, katanya PDRM perolehi maklumat baru berhubung dalang yang disyakki terhadap serangan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, KL, Jumaat lepas. Ok lah tu, tapi ni si kuil Sikh, apa cerita?
Macam budaksaja-saja telefon 999 jer.!!

Cerita DSAI juga terkeluar tadi, ini pasal Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan menetapkan sebutan semula kes DSAI terhadap "qazaf" bekas pembantunya dulu, si Mohd Saiful Bukhari.

Tapi, yang bestnya, ada peserta FELCRA Johor dapat RM34 juta sebab menang kes terhadap FELCRA... yang katanya mengengkari janji... macam lagu JANJI MANIS MU tuuuuuuuuu. Bila dah bahagi-bahagi, tolak-tolak sana -tolak sini, dapat juga lah seorang RM100 ribu. Pergi haji tahun depan Mak Cik Pak Cik kita tu!!!

No comments:

Post a Comment