Memang kecuh isu ni apabila Mahkamah benarkan majalah Katolik "The Herald" menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mereka yang merujuk kepada Tuhan. Maka ramai lah ahli-ahli politik, para individu serta NGO menyuarakan pendapat serta ketidak-senang hati mereka berkaitan dengan isu ini. Namun ada juga menteri (Rais Yatim) menasihatkan semua pihak agar jangan memperkatakan atau mengulas isu ini kerana bimbang akan berlaku kekalutan sementara pihak kerajaan berusaha untuk merayu akan keputusan mahkamah itu.
Tapi, selak semua suratkabar (Berbahasa Melayu ke, Inggeris ke ... Cina dan India, kawan tak tahu le) semua memberi ruang sehingga 2 muka surat untuk isu ini. Berita jam perdana, RTM atau TV3 atau Astro atau BRTV, isu ini tetap juga menjadi berita utama. Yang sedapnya, ada juga kalangan dari bangsa lain memberikan pendapat sepertimana seorang pemuda dari MIC.
Yang terbaharu dan terkini, Mahkamah Tinggi telah mengelurakan keputusan menangguhkan perintah benarkan majalah Katolik Herald menggunakan kalimah ALLAH itu berikutan persetujuan pihak terlibat demi kepetingan negara. Itu setelah rayuan di buat oleh pihak kerajaan.
Nampaknya, selalu yang panas akan sejuk.... tetapi isu sensitif ini hampir membawa padah jika tidak ditanggani dengan betul. Sayang dah panas baru nak sejukkan semula. Nasi dah macam nak jadi bubur... harap-harap jangan pula timbul dendam atau prasangka.
Ini satu pengajaran untuk semua... mahkamah dengan keputusan bersalur undang-undang manusia yang direka untuk kesejahteraan manusia tetapi jika pertimbangan lain tidak di ambilkira seperti sensiviti dan kedudukan masyarakat berbilang bangsa , ugama dan budaya...maka inilah akibatnya.
Ingat "The good for the good majority of people, not for a small group of people". Dalam hal ini, majoriti nya bukan muslim semata-mata tetapi yang penting ialah kesejahteraan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Ini kerana majoriti akan tercalar atau terpalit kesan nya jika keadaan kucar kacir timbul dari isu sebegini. Bukan saja orang Melayu dan muslim saja yang terkena malahan orang Kristian juga, termasuklah juga bangsa lain jika ekonomi dan kestabilan negara turut terjejas angkara isu sebegini.
No comments:
Post a Comment