Wednesday, January 06, 2010

Belajar dan Peluang Untuk Belajar Lagi

Saya dah ada BMP dari AIM, dah ada diploma dan dah ada BBA...minggu lepas majikan bagitahu yang aku dah terpilih untuk menghadiri kursus International Startegic Management Programme dari UK , yang dilaksanakan di sini.

Tempoh kursus secara separuh masa ni selama 15 bulan..maknanya tamat pada Mar 2011. lama lagi tu. Sebulan ada 2 atau 3 hari kena attend kelas. Kosnya tinggi tapi syarikat tanggung. Katanya , saya sebagai pelapis top management.. macam "successor"lah. dalam hati, macam nak perangkap untuk "make sure" saya tak lari jer!

Orang hantar, kita pergi saja lah. Dulu waktu buat BMP (AIM) pun macam tu jugak..tak ada ikatan. Tapi itu full time, intensive 1 bulan. Tak terasa sangat.... ni 15 bulan...lama tu!!

No comments:

Post a Comment