Satu ketika dulu pernah saya terdengar kata-kata seperti " Politik itu kotor" dan yang paling saya suka ialah tentang satu survei yang di buat di Amerika yang mengatakan bahawa ahli politik tergolong dalam golongan orang-orang yang paling tidak boleh di percayai.... Itu saya tak mau komen sangat ... sebab kat Malaysia memang dah jelas ... asal ada pilihanraya saja...kecil atau PRU... memang banyak janji-janji samada dari Parti Memerintah atau Pembangkang. Pokoknya selepas PRU 12, ada Parti Pemerintah menjadi Pembangkang dan sebaliknya.
Maka yang menyokong Pemerintah, semua kata-kata akan menuju ke arah Pemerintah yang benar semata-mata manakala kalu Pembangkang maka apa saja kata pembangkang, akan benar juga semata-mata.
Habis, kesudahan nya pengundi yang menjadi sasaran ... apatah lagi yang bukan penyokong mana-mana parti tetapi sekadar memenuhi tanggongjawab sebagai rakyat Malaysia yang hanya memilih calun yang berwibawa atau berkemampuan memimpin dan membangunkan rakyat dan kawasan yang diwakilinya.
Maka mungkin juga sesuai kita wujudkan satu puak atau suku atau kumpulan baru yang kita namakan "Yang Mewakili Kami" sebab wakil di pilih mewakili rakyat bukan sekadar mewakili kehendak dan mengikut telunjuk pemimpin parti (BN atau PR) semata-mata. Mungkin Ibrahim Ali (Pasir Mas) boleh menjadi orang yang boleh memulakan segalanya... biar di hentam dari BN atau PR... yang penting suara rakyat di pertengahkan bukannya suara pemimpin mereka semata-mata.
Hodoh betul bila tengok di TV ...penyokong sanggup buat apa saja untuk pemimpin parti tapi bila di suruh buat sesuatu untuk masyarakat setempat banyak pulak songel nya. Ada yang sampai sanggup baring atas jalan atau buat mogok lapar sedangkan dalam bulan Ramadan pun puasa tak pernah cukup...tapi raya sakan sebab ..pemimpin dia mungkin bagi bonos lebih. PAS ke, UMNO ke, PKR ke, DAP ke , PPP ke... tak habis habis dengan buka tembelang musuh dalaman parti politik sendiri terutama tentang politik wang atau rasuah politik. Tak malu!!!! Jelas bila ada pemilihan dalam parti.
Selepas PRU 12, entah apa2, berebut nak jadi Menteri Besar, buat lapuran polis bertimbun-timbun sehinggakan sibuklah POLIS nak menyiasat sampaikan hal-hal Mat Rempit pun tak selesai selesai, dah tu cuma mula nak berbahas nak tukar istilah.... lagi sekali TAK MALU!!! , kemudian sibuklah kata POLIS tak buat kerja....mana nak buat bos-bos POLIS sibuk suruh anak buah buat kawalan kat pejabat SUK negeri, buat road block tapi bulan untuk kawal mat rempit tapi sibuk nak kawal takut ada demonstrasi pengikut pengikut bodoh parti samada BN atau PR. Lawyer tentu banyak masuk duit, Hakim sibuk nak dengar kes-kes berkaitan politik sampai kes tertangguh terus tertangguh.....
Wei... buat kerja..jangan perabis beras dan menyusahkan rakyat wahai ahli-ahli POLITIK hoi...hang BN ke, hang PR ke, Satu Malaysia ke , Satu Negeri ke...masalah satu bahasa pun tak selesai2, sampai hal2 bahasa kat papan tanda jalan pun jadi kecoh....
ps
Takut rasanya politik Malaysia jadi Poli Taik.
Sekadar Menumpang Lalu .... nama saja cukup mengambarkan isu isu yang di bangkitkan.
Thursday, May 28, 2009
Mat Rempit Dalam Rancangan Isu
Saya menonton satu rancangan Isu di TV1.... tak pernah pun terfikir saya akan menonton rancangan ini yang telah saya labelkan sebagai sesuatu yang memboringkan.
Tapi malam tadi lain pulak cerita nya... topik hangat ialah berkenaan Mat Rempit ...yang sekarang ini sibuk nak di tukarkan istilah kepada samseng jalanan. Biarlah, sebab bagi saya itu semua tak penting sebab yang jadi samseng jalanan bukan saja penunggang motorsikal, tetapi ada juga pemandu kereta serta lori yang memandu secara biadap dan membahayakan orang lain. Apa saja istilahnya, ia masih tertumpu kepada masalah yang sama dan kearah kelompok manusia yang sama. Tak perlu nak bertekak pasal istilah!
Ada tiga orang panel yang membicarakan tentang isu ini serta dipengerusikan oleh seorang wanita ... tak tahu pulak namanya. Ahli panel tu, rasanya seorang dari JPJ dan seorang lagi dari PDRM. Yang sorang lagi, tak tahu pulak dari mana atau mewakili Jabatan mana.
Saya tak ambil tahu siapa dan dari mana atau apa yang dibincangkan kerana tumpuan diberikan sepenuhnya kepada gambar atau slot video yang ditayangkan.
Slot video itu memaparkan operasi yang di jalankan . ketika operasi itu, jelas sekali penunggang yang bersalah tu menggunakan apa jua cara untuk mengelak di tangkap... ada yang lepas...ada juga yang terjatuh dan ada juga yang tertangkap setelah berlanggar dengan kenderaan lain.
Apa yang menarik perhatian saya ialah bagaimana operasi itu di lakukan. Sekatan di buat di hadapan, kereta-kereta awam yang lain terpaksa bergerak beransur-ansur akibat sekatan itu tetapi si Mat rempit ini, secara melawan arus, membawa motor masing-masing secara melulu dan berbahaya , untuk mengelakkan diri dari di tangkap. Apabila ini berlaku, anggota penguat kuasa yang lain akan cuba mengejar... tapi sering tak berjaya walaupun melintasi di hadapan mereka kerana jelas anggota penguatkuasa ini tidak mahu mencederakan atau mengakibatkan kecederaan yang parah atau mungkin membawa maut kepada si perempit. Ada kala juga , penguatkuasa ini terpaksa mengelakkan dari di langgar oleh si rempit.
Ada satu slot, di sebuah simpang berlampu isyarat, dua buah motorsikal secara melulu bergerak melawan isyarat lampu , lalu di langgar oleh sebuah kereta proton ...... melambung dan sah kedua-dua penunggang tercampak. Tapi , ada pula kawan sirempit yang menghampiri rakan yang cedera ini, lalu membawa kawan mereka ini membonceng dan meninggalkan tempat kejadian
Ada juga satu slot yang menunjukkan sebuah motorsikal itu di bawa untuk mengelakkan sekatan secara melawan arus pergerakkan kenderaan lain tetapi malangnya terlanggar sebuah lori kecil lalu terjatuh... dan ketika ini lah anggota penguat kuasa menyerbu dan menahan sirempit ini. Nah, rupanya bukan setakat si rempit tetapi pembonceng nya rupanya seorang minah rempit..... terhenjut-henjut berjalan di iringi anggota polis... apa nak jadi?
Saya terbakar melihat gelagat si rempit ini. Sayangnya anggota penguatkuasa kita masih banyak bertolak ansur... saya berfikir alangkah baik nya jika anggota ini dibekalkan rotan panjang dan menghentak si rempit yang menggelakkan sekatan atau serbuan ini... setengah nya melintasi pegawai tersebut dan secara sengaja cuba menunjukkan belang yang manyakitkan. Apa yang mampu di buat... tengok saja lah dengan hati yang sakit membakar ...kalau di sekat atau dipukul dengan batang kayu atau rotan...sah sirempit ini akan jatuh dan akan mengalami cedera ... mungkin parah atau maut. Jika ini berlaku, ada pulak NGO yang menyalahkan Polis kerana tidakan yang mungkin dikatakan terlalu keras dan tidak berperi kemanusiaan.
Soalan saya ialah... bagaimana atau apa kah caranya untuk menahan si rempit ini , yang mencilok di celah-celah kenderaan lain untuk mengelakkan sekatan dan dalam masa yang sama enggan berhenti apabila di tahan oleh pegawai penguat kuasa....malahan nyata tindakan mereka (sirempit ini) jauh lebih ganas kerana cuba melanggar anggota polis dan sebagainya. Malah ada yang berbangga apabila merasakan dapat memperbodohan pihak polis...lupakah kamu polis masih sayangkan nyawa kamu... kalau dihayunkan rotan apabila kamu melintasi mereka.... parah rasanya !!!!
Bagi saya..... yang cuba lari itu, samada dengan motorsikal nya atau berlari meninggalkan motornya... hentak saja dengan rotan atau belati ... biar dia rasa betapa sakitnya di buat begitu.... sebagaimana tindakan setengah mat rempit yang terlibat dalam kes ragut serta rogol beramai-ramai .
Ps
1. Mat Rempit! samada ada untuk suka-suka atau untuk mendapat wang pertaruhan atau apa saja di pertaruhkan , samada ianya bersifat sementara... selagi menyusahkan orang... bersedialah menerima hakikat bahawa orang tak suka....bersedialah bahawa orang ramai sanggup menhentak, memukul serta menhentam kamu jika ada peluang... biarlah patah ruyuk tulang-tulang, biarlah cacat badan kamu... saya peduli apa!
2. Mat Rempit! jika kekosongan yang tiada pengisian yang menjadi punca....banyak pengisian yang ada... cari dan cuba lah....jangan hisap dadah...jangan meragut...jangan terlibat dalam jenayah sudahlah.
3. Mat Rempit! kalau terus merempit...rasanya semua orang tak kisah malahan lebih mahukan tindakan lebih agresif terhadap kamu.
4. Mat Rempit! satu hari nanti....kamu bakal terhimpit, terpenyek macam kueh semprit.... saya pun dah tak kisah... jangan sampai saya pulak kamu cuba himpit... memang saya langgar .... sebab saya peduli apa kerana kamu pun tak pedulikan nyawa sendiri atau nyawa orang lain.
5. Jangan lah anak-anak saya pulak yang merempit!!!!

Kenangan Masa Sekolah Dulu2
Sejak akhir-akhir ni selalu terkenangkan masa zaman sekolah dulu terutama ketika bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Utara. Kenangan mengusik jiwa ini tercetus apabila tiba-tiba satu e-mail menjelma dalam inbox yang mengibau kembali kenangan dengan kawan-kawan lama dulu. E-mel ini membuka lembaran kepada satu “jejak rakan” yang telah lama menghilang... hampir 30 tahun.
Setengah-setengahnya telah menjadi orang yang amat berjaya seperti doktor, pensyarah dan ahli perniagaan besar.
Mungkin apabila dah sampai peringkat umur sebegini, kenangan masa masih remaja selalu timbul kembali terutama apabila ada sesuatu yang di cuit untuk mengimbas kembali kenangan sudah. Ini lebih terasa apabila melihat anak-anak sendiri sudah membesar umpama membuat kenangan menyusul lagi.
Semasa di sekolah berasrama dulu, apa yang paling tidak dapat dilupakan ialah saya dan kawan-kawan buat bisnes kecil jual snek berkongsi dengan Zul Ramli dan Halim Hanapiah. Modal permulaan tak banyak, rasanya tak sampai RM10 pun seorang. Bisnes bilik ke bilik bermula lepas kelas prep malam. Lain-lain kenangan ialah masak dalam bilik, masa penyakit taun menyerang dan berbaris pergi sembahyang jumaat kat masjid kampung Behor Pulai.... boleh tahan juga berjalan tengah panas ...agak-agak dalam 3 kilometer juga.
Kenangan semua ini seronok di ceritakan apabila berjumpa kawan-kawan lama terutama apabila balik kampung berhari raya..... sayang saya tak dapat balik selalu.
Sebenarnya saya telah menulis satu memori kenangan lama ... nak jadikan novel tetapi mungkin tak laku sangat sebab saya bukan orang yang famous.... sekarang dah ada lebih kurang 60 muka surat dan rasanya dapat buat sampai 200 muka surat. Mungkin akan saya siarkan dalam blog ini secara berperingkat-peringkat atau pun buat satu online novela dalam satu web site tersendiri. Tengoklah nanti... masa pun tak banyak sangat.
ps.
Kawan-kawan kadang-kadang lebih mengenali kita dari saudara sendiri malahan kawan-kawan yang banyak menolong ketika susah.

Wednesday, May 20, 2009
Kuasa Wang Vs Kuasa Otak
Aku pernah berdebat @ bertekak dengan seorang lecturer ( mengajar subjek etika professional dan undang-undang) mengenai kuasa wang. Bagi lecturer itu , wang adalah segala-galanya malah wang dapat membeli kuasa. Maka dengan ada wang @ duit @ pitih, maka dia akan merasakan betapa hidupnya akan menjadi begitu sempurna.
Saya pun lawan dengan mengatakan bolehkah wang membeli nyawa walaupun dengan ada wang mungkin kita boleh mengupah orang untuk mencabut nyawa! Dia senyap, namun ada kawan membantu dengan mengatakan bahawa dengan ada wang, mungkin teknologi yang ada dapat membantu untuk memberikan semula kehidupan.
Ok, kalau begitu, bagaimana pula teknologi itu di reka? Jawab nya dengan adanya wang maka boleh di upah orang untuk mencipta teknologi tersebut. Ok, boleh kah orang yang tidak berakal, tidak berpengetahuan dan tidak pandai menggunakan akal fikiran untuk memberikan ciptaan yang diinginkan. Walau jutaan wang sekalipun, orang yang kurang berakal dan tidak berilmu sekadar menghabiskan duit sahaja.
Tapi, cuba fikirkan, dengan akal fikiran yang digunakan, dengan ilmu yang ada, dengan otak yang cergas, orang dapat mencari jalan untuk mendapat wang, kemudian mengandakan wang dan seterusnya menjaga wang dan kekayaannya. Malah, si pencuri juga memerlukan ilmu untuk mencuri. Si peragut juga menggunakan otak dan akal fikiran untuk meragut, bukan saja-saja berbuat begitu.
Orang kaya dan berwang, tanpa menggunakan akal, wang itu akan tetap habis dan tidak bertambah. Malangnya sesetengah orang amat berilmu, berakal dan berpendidikan tinggi tetapi tidak digunakan anugerah itu untuk kebaikan. maka otak dan akal fikiran itu menjadi buntu, tumpul dan hanya berguna apabila diperlukan utnuk tujuan tertentu sahaja.
Manusia sekarang, mengejar kuasa samada kuasa politik atau kuasa ekonomi tanpa memikirkan kearah mana kuasa itu akan dibawa... baik atau buruk. Seronok mengejar kuasa politik sehinggakan sekarang orang yang paling bahagia ialah lawyer-lawyer yang di ambil untuk mewakili pengiat politik untuk tujuan membela niat politik melalui sama di sana dan saman di sini. Akhir nya kes di mahkamah yang selama ini sudah tertunggak sekian lama, menjadi gunung yang terus meninggi. Kes mereka selalunya diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi... kononnya kepentingan rakyat.
ps
Gunakan otak dan simpan sahaja wang yang ada..... tiada pencen ..harap duit EPF.. tak tahu cukup ke tidak nanti.

Tuesday, May 19, 2009
SMSPerlis - Kenangan Mengusik Jiwa
Dah lama tinggalkan alam persekolahan, ambik MCE dulu tahun 1979 (kami ni last batch english medium) maka dah 30 tahun selepas MCE (form five la). Masa dulu-dulu, pihak sekolah ada kebebasan untuk memilih warna pakaian seragam, dan kami dulu berseluar pendek warna putih. Bayangankan waktu masuk form one, pakai seluar pendek warna putih...duduk bergesek sikit dah nampak kotor, kena pulak waktu tengah nakal.
Pakai seluar pendek dulu, selalunya tempah kat kedai tukang jahit. jarang beli yang dah siap. Kadang-kadang terasa seksi pulak, sebab.... setengah2 seluar tu fit...Budak perempuan pulak tak semestinya pakai baju kurung... sebab ada pilihan. Mula2 seluar putih tukar ke seluar warna hijau, juga ada pilihan samada seluar pendek atau seluar panjang. Kira2 dulu, kita bebas juga buat pilihan!
Duduk asrama, makan dan tidur dalam satu suasana berkawan memang seronok cuma dulu tak terasa sangat nostalgic value nya. Bila dah berumur ni, terkenang-kenang pulak ... lagi teruja apabila tiba2 mendapat e-mail mengundang satu kenangan tentang rakan-rakan dulu, senior dan junior, kenal atau tidak kenal lagi ...untuk bersama-sama melalui dan mengenangi ruang masa bersama satu ketika dulu.
Di asrama seperti ini, apa puak yang memang famous terutama para bintang sukan .... semua orang kenal...yang terasa kecil mungkin sekadar dalam grup tertentu. Kini, semua dah menjadi manusia berjaya, gah dengan usaha sendiri dan ketekunan. Mungkin ada yang kurang bernasib baik, tetapi seperti biasa...rezeki di mana-mana contohnya aku berada di tengah-tengah hutan Borneo , menjayakan satu projek dan sedar tak sedar dah hampir lima tahun.
Sekolah Menengah Sains Perlis akhir nya di tukar namanya kepada Sek. Men. Sain Tuanku Syed Putra.... aku hanya tahu apabila Raja Perlis merasmikan sekolah ini (secara rasmi) dan nama itu pun berubah.... bagi kami ,, sains perlis tetap sains perlis walaupun nama di tukar beribu kali pun.
Ingat, rock garden dan pokok pokok kat dewan tu, aku dan kumpulan aku yang uruskan.....
ps
Bagi yang berusaha keras mengundang, mengumpul, mengamit , mencari, menemukan dan melanjutkan siratul rahim persahabatan kita, anak-anak warisan SMSPs, terima kasih.....aku teringin sangat nak balik tengok sekolah lama ni.... dah hampir 10 tahun tak lalu kat situ....
2. Terima kasih Tok Man @ Cikgu Othman kerana benarkan kami dari grup pertanian buat kebun sayur dekat kawasan belakang rumah cikgu.
3. Cikgu Khalid Dan yang cabar aku pasai result Bahasa Malaysia dan akhirnya aku dapat A1
4. Cikgu Rahim , pengetua kami yang kiut tapi boleh tahan garangnya.
5. Cikgu Jasni, warden yang sporting, coach yang rugged dan understanding.
6. Cikgu Alias yang handsome dan banyak membantu.
7. Cikgu Wong, warden dan sori pernah bergaduh dengan cikgu dulu sampai cikgu hempas pintu
8. Cikgu Tang, guru add math yang tinggi lampai dan gerun rasanya bila dia masuk kelas, takut kena buat exercise kat papan hitam.
dan cikgu-cigu lainnya... Selamat Hari Guru.....terima kasih dan maaf banyak-banyak atas semua salah silap kami dulu.

Wednesday, May 13, 2009
PERAK OOOOOOOOOO PERAK
Bercakap pasai kemelut politik negeri Perak, tak heran kalu ianya berlanjutan sebab masing-masing menggunakan taksiran undang-undang yang berbeza serta kebebasan untuk menggunakan para hakim untuk membuat keputusan , kemudian buat rayuan dan macam-macam lagi. Akhirnya terus begitu, para ahli politik dengan sponsornya, terus menggunakan pengaruh wang serta para bijak pandai undang-undang untuk mencari ruang ruang lopong untuk mendapat kuasa. Kuasa apa? Kuasa untuk meneraju negeri dan membangunkan negeria dan rakyat. Lastnya, rakyat ternganga , negri begitu saja tanpa pembelaan.
Bila mau selesai... tak tahu. Yang pasti Perak sebagai satu negeri di Malaysia, menggunakan satu nama bahan logam (PERAK) walaupun negeri tiu dulunya kaya dengan bijih timah tetapi sekarang sudah pegang pingat EMAS dalam anugerah Negeri Kacau Bilau.... harap-harap jangan jadi macam SOMALIA.... nanti penuh dengan penyamun.

Blog
Apa Yang Menarik Tentang Blog.
Saya membuka dan menulis dalam blog ni bukan kerana nak cari duit lebih sepertimana setengah-setengah orang yang kononnya nak jadi jutawan internet melalui pemidang iklan atau penjualan ruangan dalam blog. Tujuannya ialah untuk mencipta ruang untuk melepaskan apa yang terbuku dalam fikiran pada masa dan ketika blog ini di kemaskinikan.
Saya turut juga melayari blog-blog lain samada milik blogger tempatan atau luar tetapi yang pasti untuk mendapatkan hit yang banyak sehinggakan jutaan hit seharian, saya membuat satu kesimpulan... tulis blog dan updatekan selalu dengan cerita atau pengisian berikut;
a) cerita , gambar lucah... bagus lagi jika ada gambar atau cerita lucah atau aksi menarik selibriti terkenal atau ahli politik,
b) mengundang atau mengujudkan kontrovesi yang berani sehinggakan sanggup ditahan
c) cerita politik panas seperti suasana politik di Perak atau
d) melemparkan tuduhan atau fitnah orang orang terkenal , artis-artis atau pun mereka-reka cerita sensasi.
Sebab itu, laman-laman blog sebegini banyak link atau jalinan terutama laman-laman porno yang akhirnya mengasyikan sehingga perlukan bayaran serta kata laluan tertentu.
Saya bukan orang yang berani masuk penjara atau ditahan ISA walaupun kadang-kadang teringin juga meluahkan rasa hati terutama bila melihatkan gelagat manusia-manusia berstatus politician yang macam orang gila atau kemaruk kuasa sehingga sanggup buat apa saja untuk ke depan dan membawa bersama penyokong yang entah apa-apa. Lupa adap sopan, menghina , bersikap kurang ajar dan menggunakan bahasa yang bersifat provokasi. Itu yang bakal menarik peminat serta pengikut setia.
ps
Saya tulis, saya baca dan saya poskan..... cukup puas.
ps2
Dulu tertanya-tanya apa itu makna singkatan ps, tak tahu tapi saya anggap (tembak-tembak saja) ianya sebagai pesanan singkat tapi bukan macam sms. Atau dalam bahasa inggeris , saya andaikan sebagai.... pssh somemore. Atau boleh juga potong stim

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu – Pandai Cakap Tapi Tak Buat.
Hari ni biar aku cakap @ tulis bahasa rojak. Adunan bahasa rojak ini sebenarnya dah memang jadi lumrah rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa. Ini lah satu Malaysia yang digembar gembur tu... habis slot iklan kat radio atau tv cerita pasai satu Malaysia.
Kenapa bahasa rojak? Bahasa rojak memang sah bahasa Melayu yang digunapakai oleh semua bangsa di Malaysia untuk berkomunikasi (ini bahasa celup, communication kalu dalam bahasa Inggeris). Sebabnya, ramai orang Cina atau India atau Iban atau Kadazan atau Bidayuh atau mamak atau pakistan atau apa-apa bangsa atau keturunan di Malaysia faham. Cuma nya mereka-mereka ini termasuk lah orang Melayu sendiri sebenarnya tak tahu tatabahsa atau nahu atau sebutan ayat bahasa Melayu standard untuk digunakan seharian.
Cuba bayangkan seorang berbangsa Cina bercakap dalam bahasa melayu dengan seorang berbangsa India seperti berikut “ Encik Samy, di manakah letaknya bangunan Sultan Abdul Samad”. Tentu pelik bukan dan mungkin susah nak berlaku. Yang nyata si Ah Chong akan bercakap dengan si Samy sebegini “ Alo Samy, itu Sultan Abdul Samad bangunan mana ..aaa?” Jadi , itu kan bahasa rojak tapi komunikasi berlaku. Ah Chong dapat bertanya dan kemungkinan besar Samy pun tahu apa soalannya walaupun mungkin Samy tak tahu jawapannya kerana kebetulan Samy sendiri tak pernah ke sana.
Jadi, apabila NGO dan pihak-pihak yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sibuk dengan perjuangan mereka, lupakah mereka bahawa rata-rata Menteri, pegawai kanan dan cerdik pandai sering kali bercakap atau berucap dalam bahasa Inggeris walaupun majlis itu di buat di Malaysia dengan majoriti pendengar atau pesertanya orang melayu. Tegur lah bapak-bapak menteri ini atau biarlah saja Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris ditutur oleh jutaan manusia di dunia.... ianya milik satu bangsa iaitu bangsa Inggeris tetapi sedarkah kita bahasa tiada negara Inggeris di dunia ini... yang adalah England atau di melayukan sebagai Tanah Inggeris seperti mana semenanjung Malaysia satu ketika dulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Malaysia pula sebenarnya terdiri dari Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak.
Bangsa Inggeris dari Tanah Inggeris sekarang tidak dapat lagi mengakui bahawa bahasa Inggeris bahasa mereka kerana ianya tutur di gunakan di Afrika Selatan, Amerika dan banyak lagi negara di dunia sebagai bahasa ilmu , bahasa perdagangan dan bahasa teknologi sehinggakan kita di Malaysia turut meminjam bahasa Inggeris ini dan dimelayukan.
ps
Kita berbangga dengan bahasa kita, Bahasa Melayu sebagai bahasa tuturan yang difahami oleh kebanyakkan rakyat Malaysia (walaupun bahasa rojak) dan dinobatkan sebagai bahasa Kebangsaan. Tapi , kalau orang cerdik pandai, menteri-menteri malah orang dijalanan pun sering menyelitkan bahasa Inggeris dalam dalam melayu mereka, maka macamana kita nak pergi jauh.... sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa industri, bahasa perdagangan, bahasa teknologi dan medium untuk komunikasi. Jangan nak melatah dan anak bangsa kita yang rugi.

Tuesday, May 12, 2009
Rempit Vs Merempat
banyak cerita tentang mat rempit, dulunya dikenali sebagai mat motor. Bezanya mat motor lebih kepada sekumpulan manusia yang gila motor..iaitu menunggang motor, modified motor dan sebagainya tetapi jarang sekali terlibat dalam berlumba motor terutama lumba secara haram. Mat rempit pula, selain daripada berlumba motor secara haram, mereka juga kerap dilibatkan dengan gejala sosial lain seperti kes-kes bohsia / bohjan, salahguna dadah, kaki pukul @ gaduh berkumpulan, meragut dan sebagainya.
Puncanya, ialah tiada pengisian dikalangan remaja serta belia-belia yang berusia antara 20an ke 30an, sudah bekerja tetapi pengisian amat kurang. Maksud pengisian ialah, apa sudahnya, apa aktivitinya selepas waktu kerja. Yang paling murah ialah melepak serta bermotor secara berkumpulan. Apabila dah ramai, macam-macam idea pun menjelma. Mana tidaknya, media massa serta filem-filem sering mengambarkan kehidupan mat-mat rempit, berlumba, melakukan aktiviti maksiat dan seks. Itu semua menarik minat. Kenapa tak di cuba... anak-anak muda perlukan hiburan , biarpun yang murah dan kalau boleh percuma. nak main futsal, RM25/jam, itu paling murah. kena tunggu giliran, kena beli kasut yang sesuai dan macam-macam lagi. Nak berlumba di arena khas, mahal. Nak tengok wayang, tentunya bukan hari-hari. Nak lepak kedai mamak, pekena roti canai dan teh tarik, bukan boleh buat selalu, keluar modal jugak.
Jadi,yang murah dan menyeronokan ialah ikut geng merempit. Murah dan bahagia bersama kawan-kawan serta ada rasa selamat bila dalam geng atau kumpulan yang mempunyai minat dan masalah yang sama. Malahan jika ada pihak lain yang cuba mengganggu, kumpulan akan masuk campur dan membantu, malahan bagi masalah kewangan. Timbul cerita bila dah ramai, meragut, merogol , menjadi samseng jalanan menjadi kesudahan kehidupan. Bila sampai masa nanti, umur dah meningkat, tak pula kena tangkap, mula berkeluarga, aktiviti merempi ini akan reda sendiri. Tapi kita tak boleh biarkan aktiviti ini reda sendiri. Ada mat-mat rempit ini di tinggalkan keluarga, dibuang oleh ibu bapa atas sikap keremajaan yang selalu ingin memberontak dalam dunia yang sentiasa perlu ada fulus. Akhirnya merempat lah mereka, dalam kumpulan, tidur bersesak dalam bilik sewaan dan meneruskan aktiviti merempit. Mat rempai dah merempat.
Isikan kekosongan ini dengan aktiviti. Tengok sahaja remaja-remaja yang menanti keputusan peperiksaan SPM atau STPM dan sementara menunggu jawapan melanjuut pelajaran atau memulakan kehidupan bekerja, apa dia orang buat. PLKN, hanya yang terpilih ... itu pun belum tentu dapat menukar sikap remaja-remaja ini. pernah saya tengok, mat rempit berpakaian uniform PLKN.
Program rakan muda atau program KBS ada tetapi tak cukup, kerajaan, NGO dan ibubapa mungkin perlu duduk dan cuba mencari sesuatu yang indah yang dapat mengisi kekosongan jiwa remaja yang tengah memberontak, mula kenal percintaan, nak tunjuk macho dan hero dan macam-macam lagi.....
saya tak pernah merempit tapi memang pernah jadi mat motor......

Saturday, May 02, 2009
Suasana Lama Dalam Cuaca Baru.
Biasanya apabila seseorang itu mendapat tugas atau jawatan baru yang ada kuasa, tentu banyak benda baru yang nak di buat. Tetapi, masyarakat kita ni, selalunya hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula semuanya nak buat, semua benda baru nak diperkenalkan tapi akhirnya yang panas jadi sejuk. Jadi keadaan macam biasa dalam kekuasaan baru atau suasana lama dalam cuaca yang baru.
baru-baru ini, seperti mana 2.5 juta masyarakat pembayar cukai individu di Malaysia, saya pun mula buat e-filing tetapi rasa amat terkejut pula apabila setelah sekian banyak di potong setiap bulan melalui Potongan Cukai Berjadual, aku kena bayar lagi baki RM3515. Banyak betul....
Rasanya dalam ekonomi yang tak menentu serta rangsangan yang hanya mengayakan pihak tertentu, golongan pendapatan pertengahan macam aku ni masih begitu. Anak-anak tak dapat biasiswa, pinjaman pendidikan selalunya last priority sebab kononnya gaji dah besar, pendapatan isi rumah dah tinggi, jadi tak layak. Lupa ke...tanggongan kami tinggi, makan gaji, borang penyata pendapatan tentu tak dapat di tipu, orang bisnes...macam-macam boleh buat.
ps
Aku tetap dalam suasana lama walaupun dalam keadaan cuaca yang baru....lebih perit lagi pulak rasanya. Adakah dibaginya aku rebat untuk anak-anak RM1000 setahun seorang. belanja duit saku setahun pun dah dekat RM1000 kalu RM5/hari x 20 hari x 10 bulan....belum masuk lagi duit van sekolah, makan minum, pakaian dan duit tuisyen.

Tanggongjawab atau tanggong kerja
Dulu, waktu mula-mula bekerja, dah jadi cita-cita untuk menjawat jawatan pengurus. Waktu itu aku baru tahap kadet, kira masih dalam percubaan. Setelah hampir 26 tahun bekerja dalam industri yang sama, cuma lain syarikat, saya telah pun menjawat jawatan pengurus kanan.
Nama memang sedap....pengurus kanan yang jadi masaalah nya, aku sepatutnya ada seorang pengawal project atau project controller, yang menjadi ketua project. Setelah Controller yang lama meletakkan jawatan, jawatan itu di pangku oleh aku sehinggalah controller yang baru sampai.
Di sisni masalah mula terasa, controller baru tiada sehingga kini , dah lebih 7 bulan. Aku terpaksa menanggong semua kerja controller dan juga melaksanakan kerja kerja hakiki yang sepatutnya aku buat. banyak masalah pula menimpa terutama dari rekod-rekod yang tidak pernah betul dari dahulu. Dulu tak ada orang yang selia, tapi sekarang, macam-macam hal tiba. Aku yang kena jawab dan dipertanggongjawabkan.
Sakit...disamping ada 5 pengurus di bawah aku, aku juga terpaksa buat kerja-kerja lain yang datang hampir setiap hari. panggilan telefon dari bos-bos di KL serta e-mail mereka dah macam rutin harian. Tension dan stress. Apa nak aku buat?
Rasanya , aku dah muka kena cari suratkabar dan menjenguk kat ruangan kerja kosong. Tekanan yang diberikan dah tak tertanggong, orang lain buat 3 kerja, aku kena buat 12 kerja. Time budget sekarang ni , aku memang pening.
Harap-harap suasana akan tenang, aku boleh lah rehatkan fikiran dan bercuti. kalau tidak, nampaknya terpaksa lah lebih agresif cari kerja tempat lain....itu pun harap-harap ada yang masih sudi.
ps
Memang susah kerja dengan orang, apatah lagi dengan syarikat bukan bumiputera...aasyik kita yang bumiputera nu kena tekan saja. Pengurus dan kakitangan lain macam tak tahu bebanan aku tanggong sekarang.

Subscribe to:
Posts (Atom)