Friday, May 01, 2015

Harga Minyak RON95 dan Kad Prabayar Telefon.

Depa dok kata, 1hb Mei ni , minyak naik....tak naik pun!! Lepas tu depa kata, selepas ada 2 PRK sekarang nie, jai tak mau ada demam piliharaya menjadi demam minyak naik dan orang pun naik minyak.

Apa-apa hal pun kita tunggu ler saja... naik akan naik, turun pun akan turun bila kerajaan kata turun. Naik dan turun RON95 ada sebab. Antara sebab nya ialah harga minyak di pasaran dunia. Macamanapun, harga minyak RON95 kita masih antara yang terendah di kalangan Negara-Negara Asean. Cuba tengok posting aku yang terdahulu.

Tapi bab kad pra bayar nie aku tak paham. Kejap naik , kejap tak naik sebab elemen GST tu...nie kena Tanya SKMM, KDRM, Kem. Kewangan dan Kem. lain yang terlibat. Tapi rasa nya Telco Malaysia ada power.

Yang pasti, pada perokok, pada era mula-mula nak berGST, ada kata harga rokok naik sampai RM16....tup tup jadi RM14...lepas tu turun RM13.80 dan sekarang dah jadi RM13.50...balik asal.

Katanya, pengilang dan pengeluar rokok tanggung kenaikkan cukai dan sebagainya. Konsep pemasaran nya ialah biar kurang margin, jangan kurang perokok dan jumlah jualan. The Volume Count Despite Low Margin...Profit still Profit.

Lebuhraya dan jalan-jalan di Malaysia tengah jem atau pun sesak dengan kereta....harga minyak dan GST tak mempengaruhi orang untuk bercuti dan berbelanja. Banyak cuti di bulan Mei 2015 nie.

No comments:

Post a Comment