Betui ke 2/3 pengguna kad prabayar telefon adalah warga asing? Kalu rakyat Malaysia ada sekitar 29 juta, dan jika ada kira-kira 15 juta pengguna telefon pra-bayar maka 2/3 dari itu 10 juta adalah warga asing terutama yang bekerja di Malaysia. Mengikut apa yang aku faham (sori kalu tersilap), jika ada 3 juta warga negara asing yang bekerja di Malaysia, bermakna setiap dari mereka menggunakan sekurang-kurang nya 3 no telefon dan jika setiap telefon yang mereka guna itu jenis dual sim-card, maka mereka-mereka ini menggunakan sekurang-kurang nya 2 telefon....makmur kan Malaysia!!!
Dari 15 juta pengguna kad pra-bayar ini, dan jika purata yang mereka bayar ialah RM30 sebulan, maka nilai pra-bayar ialah RM450,000,000. Banyak kosong tu....dan jika GST di kenakan atas nilai tersebut maka, kutipan GST 6% ialah RM27 juta sebulan. Setahun RM324 juta!!! Banyak tu. Itu baru dari 3 juta warga asing. Tapi heran lah kenapa Menteri kata kerajaan akan rugi RM800 juta??
Cara aku menggira mungkin tak betui kut...aku bukan nya berCGPA 3.85. Yang musykil ialah dari mana dapat nya 2/3 pengguna itu warga asing dan kenapa isu kad pra-bayar ini tidak dapat diselesaikan sebelum perlaksanaan GST dulu?
GST tak salah!! GST adalah cukai yang paling telus sebab kita pun tahu ramai yang menipu waktu buat penyata cukai untuk elak bayar atau tak mahu bayar langsung. Hal GST nie dah dimaklumkan sejak tahun lalu sebelum perlaksanaan nya pada 1hb April 2015 yang lalu. Patut nya tak adalah perkara yang berbangkit.
Ada kawan aku cakap, kad-prabayar tak perlulah GST...student banyak guna perkhidmatan telefon pra-bayar. Kalu takut atau risau warga asing yang lebih dapat manafaat nya maka pihak syarikat telco boleh menaikkan tarif atau kadar panggilan atau mesej ke luar negara. Warga asing ini tentu banyak menghabiskan nilai pra-bayar mereka untuk telefon keluarga di kampung...tapi jangan lah melebih-lebih sangat kenaikkan tu..ada hati perut lah sikit.
Lagi satu, bagi pengguna baru perkhidmatan pra-bayar, apabila mereka mendaftar, kenakanlah caj pendaftaran...terutama untuk warga asing.
Ok...biar menteri SKMM, KDRM, Maslan dan Telco fikirkan hal nie....
No comments:
Post a Comment