Friday, May 08, 2015

ISU ISU YANG MENGELIRUKAN

Banyak isu-isu timbul baru-baru ini yang mengelirukan dan meresahkan ramai pihak...kerajaan yang memerintah turut terasa kehangatan nya.

1) Perlaksanaan GST yang dikatakan "zalim"
2) Kenyataan demi kenyataan Menteri yang mengelirukan dan menyakitkan terutama yang hangat ialah kenyataan-kenyataan Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.
3) Hudud dan perselisihan PKR dengan PAS berkenaan isu itu
4) IMDB yang tidak terjawab
5) Syor menaikkan had umur pengeluaran EPF dari 55 kepada 60
6) Pembelian tanah IMDB oleh TH.

Banyak isu-isu itu menjadi modal pilihanraya di Rompin dan Permatang Pauh....namun begitu, parti yang sama masih menang dalam PRK tersebut walaupun majoriti mungkin kurang.

Apakah isu-isu ini tidak besar implikasi nya terhadap para pengundi dan parti yang bertanding? Adakah isu itu hanya isu yang sengaja seronok di hangatkan dan di sensasikan oleh pihak pihak tertentu tetapi tiada kesan mendalam pada masyarakat umum?
Adakah ada perkara dan benda lain yang boleh menenggelamkan isu yang begitu hangat.

Aku tak mahu nak bercerita tentang gang Myvi tu. Hari ini mereka di dakwa dan di kenakan ikat jamin sebanyak RM9000. Sikit kan walau ada nyawa yang melayang berbanding dengan model sambilan dari Sabah yang buat tayangan payudara percuma yang kena jamin RM10,000.

Bak kata orang " Lu Fikir lah Sendiri "

No comments:

Post a Comment