Kita kerja makan gaji, cukup bulan dapat gaji dan berbelanja seadanya. Tapi bila bab bayar cukai pendapatan, itu yang merimaskan. Orang cakap, itu tanggongjawab kita. Ok, tak kisah...tiap-tiap bulan memang gaji di potong untuk potongan gaji berjadual. Tapi, selalunya tak cukup, mesti ada lagi yang nak kena di bayar..
Semalam dapat surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dah diagak, memang nak tuntut bayar cukai..cuma ingatkan sikit tapi kena lebih RM5900. Ni termasul interest atas tunggakan. Yang bestnya, itu untuk tahun taksiran 2005. Kena bayar dalam masa 30 hari dan jika gagal, penalti bertambah lagi. Nak buat rayuan boleh tapi kena buat bayaran penuh dulu.
Dulu, bila isteri saya pergi check, katanya LHDN terhutang kepada saya lebih RM30,000 (Ringgit: Tiga Puluh Ribu). Ni dah jadi cerita lain pulak.
Kita sebagai rakyat Malaysia, memang kena bayar cukai. Tanggongjawab tapi bila terdengar cerita Audit Negara kata yang banyak sangat perbelanjaan dan pembelian yang dibuat oleh jabatan kerajaan, ini yang jadi frust. Golongan seperti saya ini hanya menerima manafaat dari segi kemudahan awam saja, bantuan dan biasiswa untuk anak-anak, jangan harap. Nasib baik sekarang buku teks percuma. Pelepasan individu pulak kurang. Kalu pendapatan macam aku ni, golongan pertengahan, sepatutnya tambahlah sikit pelepasan tu.
Aku ingat, tunggakan tu, nak bayar secara ansuran saja dulu. Yang tertunggak tu, kalu kena penalti atas baki, nasib le.. Sekarang, bebanan dan tanggongjawab kewangan tengah berat... anak-anak semua tengah belajar peringkat menengah dan kolej. Banyak nak pakai duit.
kalu boleh, mana-mana pegawai atau jabatan kerajaan yang menyalahgunakan kuasa berbelanja secara tidak berhemah atau ada unsur-unsur penyelewengan, biar mereka bayar balik kepada kerajaan. Takat ni, belum ada lagi tindakan yang saya dengar...
Sekadar Menumpang Lalu .... nama saja cukup mengambarkan isu isu yang di bangkitkan.
Friday, January 29, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Bila Keluarga Jadi Penentu
Soalan tentang keujudan saya di suatu tempat yang jauh di pendalaman, tekanan kerja yang meningkat, gangguan dari pihak luar, suasana yang mencabar serta keupayaan serta kemudahan yang terbatas, adalah satu soalan wajib. Soalan ini timbul semula hari ini.
Kesukaran mencari tenaga kerja serta pegawai yang sesuai menyebabkan syarikat kadang-kadang tiada pilihan. Saya mempunyai banyak pilihan, berhenti atau terus bekerja. Tetapi, penentu ialah keluarga....isteri dan anak-anak. Perkara seperti ini, pihak pengurusan atasan memang tahu tetapi sengaja tak mahu ambik tahu. Mungkin, jika di bincangkan secara terbuka, ianya mungkin bakal membuka mata pihak kakitangan tentang keadaan mereka dan mungkin akan membuat keputusan yang bertentangan dengan hasrat syarikat dalam mengekalkan tenaga kerja yang sedia ada.
Tadi, soalan dibangkitkan bernada serupa..."Why is your existence in the company? Why the company still maintaining or employing you?. Tak mungkin saya nak jawab..."I got a choice but not the company.". But then, as long as the company take good care of me, then there is no reason to leave".
Tapi, perbincangan secara terbuka saya dengan pengarah saya nampaknya mula membuka minda dan mata syarikat dan akhirnya membawa kepada kemungkinan bahawa elaun di naikkan dan gaji di semak semula....harap-harap ianya menjadi kenyataan.
Tepuk dada tanya selera...

Monday, January 25, 2010
Serang Guru - Pelajar Perempuan Di Sebat
Benda macam ni, kalu jadi kat Malaysia, mesti kecuh...
Riyadh, seorang pelajar perempuan di hukum sebat 90 kali dan dua bulan penjara sebagai hukuman kerana menyerang guru. Remaja perempuan itu bertindak menyerang guru nya selepas di dapati membawa telefon berkemera ke sekolah. Hukuman itu boleh mengelak hukuman jika diberi pengampunan oleh Raja Abdullah. Guru itu pulak enggan memaafkan pelajar terbabit.
sumber : Berita Harian, Isnin , 25hb jan 2010 (m/s: 34)
Tak tahu lah apa bentuk serangan ke atas guru tersebut oleh pelajar berkenaan ...tarik rambut ke, tampar ke atau koyak-koyak baju ke? Tapi jika perkara ini berlaku di Malaysia, sah semua pihak termasuklah pak menteri akan campurtangan. Hari ini, ada pulak berita guru saman guru besar... sampai 1.5 juta. Tapi berita di tv sibuk cakap bahaya budaya saman menyaman dah mula di Malaysia... dan dari golongan guru. "Come on", bad saman menyaman ni, rasanya lebih kerap di kalangan politikus dan para artis. Kes guru menyaman ni, kes terpencil... mungkin dah tak tahan sangat atau persatuan guru-guru tak boleh membantu atau ada kaki cucuk ... saman kalau menang, mungkin akan dapat duit , tak banyak pun dapat lah sikit, tapi ingat duit kena keluar jugak, masa naik mahkamah turun mahkamah memang leceh dan lagi hubungan sesama profesion , bos dengan anak buah tentu terganggu gugat..manusia ada perasaan...duit tak dapat "solve" semua perkara.

Sunday, January 24, 2010
International Strategic Management Programme (ISLP)
Hari ini saya di Miri, Bandaraya Pelancungan Sarawak yang juga terkenal dengan industri minyak dan gasnya. Tujuan kedatangan kali ini ialah untuk menghadiri kursus ISLP yang di taja syarikat. Kursus ni adalah kursus separuh masa dengan tempoh 15 bulan. Maknanya Mar 2011 baru tamat. Kelas sebulan 2-3 hari dengan review dan presentation pada tempuh masa tertentu.
Tak tahu lah samada kursus ni berbaloi atau tidak. Masalahnya ialah tiada "Training Need Analysis". Adakah saya memerlukan latihan dan kursus sebegini? Adakah ianya berkaitan dengan tugas harian? Apa yang dimaklumkan ialah sebagai pengurusan pelapis, syarikat hendak membuat persediaan tertentu bagi individu terpilih untuk memberikan pendedahan sewajarnya.
Kita tunggu dan lihat!!
katanya sijil untuk kursus ini dikeluarkan oleh pihak di UK...Harap-harap bukan Ulu Klang atau Ulu Langat...!!

Wednesday, January 20, 2010
Kalimah Allah
Nampaknya dah mula sunyi sikit... cuma adalah NGO atau menteri-menteri tertentu buat komen... Itu pun secara umum. kes-kes terbaru pun dah kurang. ... cuma ada dah budak ASWARA kena caj kat mahkamah sebab ada buat macam ugutan kat dalam facebook dia...
Apa pun, biar selesai cara bagus...kita dah lama aman, damai dan harmoni...jangan kecuh pulak. Negara bila dah kecuh, ekonomi akan terjejas... tak siapa yang untung. Dengar kata...dah ada desas desus yang ada pelancung yang termakan cerita bahawa Malaysia tak selamat. Saya rasa ini tentu kerja orang yang nak sabotaj Malaysia kut.
Patutnya media kena kurangkan senasaikan isu ni... nak laku surat kabar ke, nak naikkan rating ke , kena ingat, Malaysia ni negara kita.. kalau jadi apa-apa, nak ke mana. kalau ada duit banyak ke, boleh kut migrate... kalau takat cukup makan... baik kita sama-sama hidup berkongsi secara aman damai dan sama-sama bangunkan negara kita.
Ahli politik biar lah...dah kerja dia!! Jangan kita ni jadi mangsa keadaan sudah!!
Teringat dulu bila berkawan dengan Yap, CC Fook, Ranjit Singh, Vic Chan, Amin, Baharudin, Boey, Jan, Azahar, Chow, Zuraimi dan lain-lain... baik dan sama-sama bermain, belajar dan ....

Wednesday, January 13, 2010
DUNIA YANG TERSENDIRI
Hari ni kita dengar cerita pasal gempa di Haiti. Kecuh juga berita tengahari tadi. Ianya menjadi lebih kecuh bila ada kemungkinan rakyat Malaysia yang terkena musibah tu. Bantuan mula di rancaang dan mungkin belum tiba lagi. Berita sms yang saya terima juga banyak berkisar berkenaan gempa di Haiti ni.
Malam tadi pulak, kecuh sebab seorang Professor di Iran terbunuh akibat bom yang di pasang pada motorsikal meletup apabila Prof ni melalui kawasan itu untuk balik ke rumah. Prof ni pakar dalam nuklear.
Kat Malaysia, lebih cerita gereja kena serang, lepas tu surau , kemudian Sekolah Convent , terbaru kuil sikh pulak. Nie apa cerita beb?? Rasanya ada sangat lah orang yang tak suka ke rakyat Malaysia atau jeles dengan keharmonian yang ada. Dulu kat Semenanjung, lepas tu kat Miri, Sarawak hinggakan timbul cerita bahawa ni kerja budak nakal. Apa pun, sesiapa yang buat kerja nie samada budak nakal atau orang tua jahat , nie semua kerja bodoh dan tak ada manafaat apa-apa. Amerika bila dia cuba buat kecuh, dia dapat meligatkan bisnes jual senjata. Kat Iraq, selain dari tentera Marin, Amerika dapat juga bagi bisnes kat firma sekuriti Blackwater... memang balck pun hati gang Balckwater ni!! Lapuran terbaru, ada menyatakan bahawa hampir 56% veteran perang yang pernah ke Iraq dan Aghan tu membunuh diri. Stress ke, tension ke atau dah sakit jiwa berat... tak tahu ler? Tapi saya rasa tekanan kerana terpaksa sewenang-wenangnya mengambil nyawa orang termasuklah kanak-kanak kecil , wanita dan orang tua tu, bayangan nya sentiasa mengikut mereka kemana-mana saja, siang atau malam, tidur atau jaga.
Tadi ada sms masuk, katanya PDRM perolehi maklumat baru berhubung dalang yang disyakki terhadap serangan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, KL, Jumaat lepas. Ok lah tu, tapi ni si kuil Sikh, apa cerita?
Macam budaksaja-saja telefon 999 jer.!!
Cerita DSAI juga terkeluar tadi, ini pasal Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan menetapkan sebutan semula kes DSAI terhadap "qazaf" bekas pembantunya dulu, si Mohd Saiful Bukhari.
Tapi, yang bestnya, ada peserta FELCRA Johor dapat RM34 juta sebab menang kes terhadap FELCRA... yang katanya mengengkari janji... macam lagu JANJI MANIS MU tuuuuuuuuu. Bila dah bahagi-bahagi, tolak-tolak sana -tolak sini, dapat juga lah seorang RM100 ribu. Pergi haji tahun depan Mak Cik Pak Cik kita tu!!!

Wednesday, January 06, 2010
Ada Orang Baca Ke?
Dalam dok relax-relax ni, selak lah satu demi satu blog-blog yang ada...bukan susah, hanya klik next blog.
Yang menarik tu ada jugak... yang biasa-biasa tu pun ada jugak. Tapi ada satu blog (penulis perempuan), dia macam rimas bila blog dia ada "follower" atau di "linkkan" oleh orang lain. Pasti kebanyakan nya bukan yang dia kenal. Jelas kerimasan nya sehingga ada bertanya, dalam blog tu, macamana tak nak bagi orang linkkan ke blognya. Dah tak suka orang baca atau link, sibuk pulak nak tanya orang macamana nak buat link-link tu. Kalau dia terbaca blog ni, senang ada, edit profile dia, pilih selected people to read atau carilah apa-apa yang patut bila nak edit.
Saya pun tak kisah sapa-sapa nak baca blog ni, bukan dipaksa pun... tapi kalu tak nak baca habis atau jadi "follower" atau apa-apa, saya tak rugi apa-apa, yang penting...KEPALA SUDAH OK!! BUKAN KO!!!

Belajar dan Peluang Untuk Belajar Lagi
Saya dah ada BMP dari AIM, dah ada diploma dan dah ada BBA...minggu lepas majikan bagitahu yang aku dah terpilih untuk menghadiri kursus International Startegic Management Programme dari UK , yang dilaksanakan di sini.
Tempoh kursus secara separuh masa ni selama 15 bulan..maknanya tamat pada Mar 2011. lama lagi tu. Sebulan ada 2 atau 3 hari kena attend kelas. Kosnya tinggi tapi syarikat tanggung. Katanya , saya sebagai pelapis top management.. macam "successor"lah. dalam hati, macam nak perangkap untuk "make sure" saya tak lari jer!
Orang hantar, kita pergi saja lah. Dulu waktu buat BMP (AIM) pun macam tu jugak..tak ada ikatan. Tapi itu full time, intensive 1 bulan. Tak terasa sangat.... ni 15 bulan...lama tu!!

Salah, Tak Salah atau Serba Salah
Biasa kan bila ada sesuatu yang menarik, ada saja yang tertarik... macam lalat hurung taik. Ada saja peluang, ramai yang cuba nak rembat...cuma peluang itu diibaratkan macam lubang... "ada lubang tak?", yang sebenarnya bermaksud ada peluang tak? , atau ada chance tak? atau ada "kantau" tak? Maknanya istilah lubang tu macam ruang untuk senang, sedap dan tentunya boleh buat duit.
Hari ni saya ada terima 1 pekerja perempuan baru...isteri staff sini jugak. Gaji harian jer, bagi peluang famili dapat duit lebih, disamping berupaya "retain" staff ni. Bukan senang nak cari staff bila dalam hutan walaupun pernah jadi kes, bila suami berhenti, isterinya turut sama resigned. 2 dalam satu. Dah ada 2 kes.
Tapi, petang ni, tup..tup ada 2 lagi permohonan. Nak pakai satu...tak ambik, masing-masing buat muka...permohonan pulak melalui saudara mara yang kerja kat sini... sebab tu mereka tahu dimana ada "lubang"... kekosongan kerja!!
Mula lah ada yang kata pilih kasih.. dan macam-macam sedangkan budak yang saya ambik tadi pagi dah 3 kali buat permohonan dalam masa satu tahun...bersungguh lah kiranya..samada si isteri atau pun si suami!!
Salah ke saya ni...atau tak salah? Yang pasti saya telah jadi SERBA SALAH

Enjin Jet Yang Hilang - Orang Tersangka
Dalam blog-blog dari Indonesia, yang tentu nya yang anti-Malaysia, berita kehilangan jet ini menjadi bahan jenaka. Malaysia yang disebut sebagai Maling Sial dikutuk secara sinis dalam blog-blog berkenaan.
Dan berita yang saya dapat, tertuduh atau orang tersangka ialah seorang anggota TUDM berpangkat sarjan berbangsa India (Sarjan N. Thatmendran) dan seorang Pengarah Syarikat bernama Rajendran P. Kusy telah dihadapkan ke mahkamah session hari ni. Dua orang saja nampaknya...buat masa ini.
Heran...anggota TUDM tu kira orang kecik saja tu...mensonglap benda sensitif bernilai jutaan ringgit dan melibatkan sindikit dari lura pulak tu. Buat dekat..macam Thailand ke tapi nun jauh di Amerika Selatan...saya sampai tua pun tak tentu dapat ke sana...enjin jet TUDM yang sepatutnya diselenggara atau dibaiki (makna rosak atau tak bagus keadaannya) , boleh dicuri dan dibawa ke sana. Betullah, macam besi buruk pulak.

KALIMAH ALLAH
Memang kecuh isu ni apabila Mahkamah benarkan majalah Katolik "The Herald" menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mereka yang merujuk kepada Tuhan. Maka ramai lah ahli-ahli politik, para individu serta NGO menyuarakan pendapat serta ketidak-senang hati mereka berkaitan dengan isu ini. Namun ada juga menteri (Rais Yatim) menasihatkan semua pihak agar jangan memperkatakan atau mengulas isu ini kerana bimbang akan berlaku kekalutan sementara pihak kerajaan berusaha untuk merayu akan keputusan mahkamah itu.
Tapi, selak semua suratkabar (Berbahasa Melayu ke, Inggeris ke ... Cina dan India, kawan tak tahu le) semua memberi ruang sehingga 2 muka surat untuk isu ini. Berita jam perdana, RTM atau TV3 atau Astro atau BRTV, isu ini tetap juga menjadi berita utama. Yang sedapnya, ada juga kalangan dari bangsa lain memberikan pendapat sepertimana seorang pemuda dari MIC.
Yang terbaharu dan terkini, Mahkamah Tinggi telah mengelurakan keputusan menangguhkan perintah benarkan majalah Katolik Herald menggunakan kalimah ALLAH itu berikutan persetujuan pihak terlibat demi kepetingan negara. Itu setelah rayuan di buat oleh pihak kerajaan.
Nampaknya, selalu yang panas akan sejuk.... tetapi isu sensitif ini hampir membawa padah jika tidak ditanggani dengan betul. Sayang dah panas baru nak sejukkan semula. Nasi dah macam nak jadi bubur... harap-harap jangan pula timbul dendam atau prasangka.
Ini satu pengajaran untuk semua... mahkamah dengan keputusan bersalur undang-undang manusia yang direka untuk kesejahteraan manusia tetapi jika pertimbangan lain tidak di ambilkira seperti sensiviti dan kedudukan masyarakat berbilang bangsa , ugama dan budaya...maka inilah akibatnya.
Ingat "The good for the good majority of people, not for a small group of people". Dalam hal ini, majoriti nya bukan muslim semata-mata tetapi yang penting ialah kesejahteraan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Ini kerana majoriti akan tercalar atau terpalit kesan nya jika keadaan kucar kacir timbul dari isu sebegini. Bukan saja orang Melayu dan muslim saja yang terkena malahan orang Kristian juga, termasuklah juga bangsa lain jika ekonomi dan kestabilan negara turut terjejas angkara isu sebegini.

Saturday, January 02, 2010
Selintas Lalu Sepintas Pandang
Bila masuk tahun baru, macam-macam benda berlaku... dari semua sudut.. ekonomi ke, politik ke atau sosial ke ..dan lain-lain yang aku sendiri tak mahu senaraikan..
a) Gula naik 2o sen. Aku tak kisah sebab kami sekeluarga tak banyak sangat guna gula. Sebulan sekilo pun tak tentu. Naik harga gula 20 sen, orang dah mula bising... bila gula naik , kurangkan gula. Tapi ada pulak yang kata.. bila gula naik, air teh ke kopi ke kat restoren tentu naik, biskut naik, kueh-mueh naik, roti naik, air batu campur pun tentu naik..
1 kilo gula boleh buat antara 50 - 80 cawan kopi O jika menggunakan 12.5 gm - 20 gm gula. (Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman). Maknanya dengan harga gula RM1.75/kilo atau RM0.00175/gm (bagi Sarawak), maka nilai gula di gunakan bagi satu cawan ialah RM0.03 - RM0.04... dengan kopi, air yang perlu di masak dan sebagainya dalam proses menyediakan kopi-o, harga yang dijual bagi se cawan antara RM0.50 - RM0.80. Jadi tak mungkin harga kopi naik sampai RM0.10 se cawan kut!!
b) Harga rokok katanya akan naik. Harga rokok dan perokok memang selalu jadi mangsa. Baru-baru ni, ada syor menteri, sebahagian cukai dari perniagaan rokok di salurkan untuk pembangunan sukan terutama bola sepak Malaysia!!
Harga minimum bagi setiap kotak 20 batang telah ditetapkan, tak nampak pulak harga maksimum. Harga yang naik, menyebabkan permintaan untuk rokok tak sah dan seludup akan meningkat walaupun mungkin rekod menunjukkan pembelian rokok kurang (sebab hanya dari rokok yang sah, orang dah pindah beb!), kekurangan ini mengurangkan hasil cukai oleh kerajaan dan disebalik itu mungkin akan meningkatkan perokok baru yang menjadi peminat setia rokok tak sah. Bagi kerajaan, saya rasa, mengena sesuatu yang tinggi termasuk cukai terhadap rokok mungkin akan mengurangkan kadar perokok... bagi bukti, mana kajian nya? Sebenarnya itu mungkin option terbaik sebab siapa nak pertikaikan, rokok kan hodoh !!!
Mungkin opsyen seterusnya bagi perokok ialah hisap rokok daun bertembakau... jangan sampai hisap ganja atau hidu gam sudah...Mana tau kut-kut nanti harga ganja lebih murah dari rokok!!!
c) Mungkin kerajaan kena pertimbangkan kenaikkan cukai pengendali tempat parking kereta supaya khalayak ramai akan menggunakan perkhidmatan awam macam bas, lrt, komuter dan lain2. Naik cukai pengendalian tempat parking, tentu kadar parking naik. Bayangkan kalau kadar parking satu hari RM10, sebulan tentu dah RM260 atau lebih.
Bila naik kadar parking kereta, orang naik kemudahan awam, kurang kereta atas jalan dan kurang pencemaran, mungkin kurang kemalangan, orang mungkin kurang stress sebab tak banyak sangkut dalam jam, badan tak letih dan lain-lain. So, naikkan cukai pengendalian tempat parking, naikkan kadar parking tentu kesan nya baik untuk semua... macam rokok tadi cuma, tempat parking tak sah dan haram, mungkin ujud tapi banyak mana sangat!!
Bila orang menjangka kereta tak banyak sebab tempat parking mahal, mungkinkah orang mula guna motorsikal atau basikal. Dengan itu, jalanraya kita dah jadi mana di negara Cina, Vietnam, India, Indonesia atau lain-lain negara dimana motorsikal dan basikal jadi kemudahan pengangkutan utama. Sibuk pulak jalan nanti.
d) Dengar kata tahun 2010 ni, Amerika Syarikat akan mengalami "double-dip recession". Kalu gitu, ekonomi dunia termasuk Malaysia , yang sering terikut trend ekonomi atau situasi ekonomi AS ni, tak banyak sikit akan terasa. AS tak kisah, dia ada banyak penyangak ekonomi, penyangak mata wang, gangster besar (lebih bahaya dari Osama Bin Laden) dan duit berbilion-bilion, sebab tu dia sanggup berbelanja besar untuk perang di Iraq dan Aghanistan (berbilion bilion jumlahnya...nak dekat bajet satu Malaysia).

Subscribe to:
Posts (Atom)