Apabila menyaksikan betapa majoriti penunjuk perasaan yang berarak di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana apa yang dikatakan sebagai tanda protes ke atas ISA, nampaknya rata-ratanya orang Melayu. Tempat berhimpun atau berkumpul juga nampaknya di tempat yang majoriti nya tumpuan orang Melayu serta tempat peniaga kecil Melayu mencari rezeki. masjid juga tak ketinggalan di jadikan tempat berkumpul.
Faedahnya?.... nampaknya peniaga Melayu kecil-kecilan ini, bukan dapat sejuta pun keuntungan setahun berniaga , menjadi mangsa berbanding dengan tauke Karpet atau tekstil ataupun tauke SOGO.
Lagi, majoriti yang tertangkap ialah orang Melayu sementara jumlah bukan Melayu yang kena tangkap, samada Cina, India atau lain-lain bangsa, tak sampai 10 orang , walau di gabung pun.
Adakah orang Melayu suka menunjuk perasaan, berdemostarsi atau sekadar nak tunjuk bahawa bangsa Melayu ini hanya pandai menunjuk lagak, seolah-olah orang Melayu berani dan sanggup menghadapi apa saja.
Jika benar begitu, kenapa orang Melayu tak sanggup menghadapi cabaran serta persoalan Melayu yang selalunya di tonjolkan oleh orang bukan Melayu? Masalah keistimewaan orang Melayu selalu di pertikaikan oleh bukan Melayu. Adakah orang Melayu yang berarak serta sanggup “bermain” asap dan gas pemedih mata ini sanggup menangisi nasib anak-anak bangsa Melayu yang sedang diperlekehkan atau dipemainkan oleh bukan Melayu.
Bukan hendak membangkitkan perasaan dendam atau menjadi batu api, cuma berharap orang Melayu mestilah sanggup membantu bangsa sendiri, dengan keupayaan dan kemudahan sementara ada. Dan juga bekerjasama dengan bangsa lain untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu dan seterusnya membangunkan negara kita bersama-sama dengan bangsa lain. Jangan ada pulak yang mengambil kesempatan dengan budi dan sopan santun bangsa Melayu, keikhlasan bangsa Melayu dipergunakan untuk kepentingan pihak lain tanpa kita sendiri tahu. Jangan sampai bangsa Melayu serta agama Islam nya di tindas oleh pihak-pihak lain.
Baik kita sedar diri, orang politik ada agendanya, mereka datang dengan kereta mercedes dengan lengkap berpemandu.... kita yang bawah ini berlari-lari mengelak air dari meriam air polis atau mata merah kepedihan akibat gas pemedih mata. Jangan pulak kedai-kedai kecil orang Melayu di celah-celah serta lorong Jalan TAR terus tutup akibat demo yang berpanjangan.
Kesimpulan saya.... Orang Melayu Seolah-Olah di Perbodohkan oleh Politikus Bangsa Melayu Sendiri , yang tak sedar yang dia sendiri bodoh dipergunakan orang lain.... bodoh dan bodoh.
Mungkin sebab itu jugak ISA perlu dikekalkan dengan sedikit perubahan agar sesiapa yang teragak merancang perkara bodoh sebegini, yang boleh menjejaskan pihak khalayak ramai, boleh di tangkap dan di cegah dari terus mengapi-apikan perkara yang merugikan ini.
Betul tu saudara. Sedih melihat bangsa kita yang masih hanyut dalam sentimen entah apa2. Sedihnye melihat anak2 muda yang ikut perarakan tu, mereka faham ke ape yg diperjuangkan? janganlah kita kelihatan bodoh kerana diperbodohkan. Sedih.
ReplyDeleteSemua perhimpunan termasuk oleh Hindraf atau pejuang isu lain buat kat jalan TAR, Masjid Negara, Istana Negara, Kg Baru. Di mata dunia luar, seolah2 Melayu jadi mangsa di tanah air sendiri. Lepas ni suruh depa buat perhimpunan kat China Town atau Briekfield pulak.