Saya suka membaca dan kadang-kadang membeli apa jua majalah yang mempunyai isu atau perkara yang menarik perhatian. Tarikan kepada buku selalunya bermula dari tajuk buku serta ringkasan kandungan buku yang boleh mengambarkan apa yang terkandung dan apa yang boleh kita simpulkan dan harapkan dari kandungan buku tersebut.
Saya mempunyai koleksi buku yang agak banyak termasuklah buku tentang kisah hidup Mao Tze Tung, penjuang ideologi komunis dan orang pertama di Cina satu ketika dulu. Juga buku tentang Dewi, pejuang wanita kasta rendah India yang menjadi mangsa rogol dan akhirnya menjadi seorang ratu jenayah tetapi berkesudahan menjadi MP sebelum meninggal dunia. Saya ada sebuah buku tentang " History of Malaya" terbitan sebelum merdeka, tulisan penulis Inggeris tetapi isi tentang sejarah Malaysia amat jelas, detail dan menarik. saya juga ada dalam simpanan sebuah Kitab Lama Tajul Muluk yang diperolehi dari seorang pekerja Indonesia dari Lombok. Kitab ini sudah agak lusuh tetapi masih menarik. Juga saya ada sebuah buku tentang perubatan tradistional Melayu yang setengahnya melibatkan kepercayaan yang agak mistik.
Dalam erti kata lain, buku boleh membuka minda tetapi pembacaan harus dilihat dari sudut ilmu pengetahuan dan bukan untuk menjadi ikutan atau amalan tidak menentu seperti buku Shaman (bahasa Inggeris) yang menceritakan pelbagai gaya pembomohan, pawang , pemujaan dari seluruh pelusuk dunia.
Tapi, apa yang nak saya hebahkan dalam ruangan ini ialah pembalut buku plastik yang sering menyelubungi buku-buku atau majalah yang terjual/terhidang/dipamerkan di kebanyakkan kedai buku. Tujuannya ialah "no free reading" atau tidak menggalakkan helaian buku atau majalah dibula kerana ianya mungkin boleh merosakkan buku atau majalah tersebut. Cuma, kalau itu tujuannya, maka bakal pembeli hanyalah tergolong dari rata-ratanya orang yang memang merancang untuk membeli judul buku atau majalah tertentu, sebelum memasukki premis yang menjual buku.
Saya tidak pernah merancang untuk membeli mana-mana buku tertentu sebelum memasukki kedai buku kecuali buku teks untuk rujukan dimana judul atau topik nya telah sedia ada. Tapi sekarang, perancangan untuk membeli buku memang ada tetapi ianya terpulang kepada judul atau tajuk buku atau majalah yang menarik minda dan perhatian saya. Plastik buku itu menjadi penghalang untuk saya menilai isi kandungan lantas terbantutlah usaha untuk menambah koleksi buku serta cadangan untuk menimba sedikit ilmu untuk ruang fikiran yang semakin terbatas akibat usia yang meningkat.
Selalunya, kedai-kedai yang membalut buku ini akan meletakkan tanda "please get the assistance from our saleperson should you need any help" atau "no free reading" Yang menariknya, jurujual atau saleperson jarang ada berdekatan.
Pameran buku yang pernah saya hadiri amat terbatas seperti Pameran Buku Antarabangsa yang selalunya memaparkan / menjual buku-buku dari pelbagai penerbit. tapi cuba lihat, banyak buku rujukan sekolah untuk UPSR, PMR, SPM atau STPM atau buku novel tempatan keluaran Alaf 21 atau kreatif. Buku luar mungkin dari British Counsil. Ada juga penerbitan dari universiti tempatan tetapi agak terbatas judulnya.... terlalu akademik.
Pameran buku kecil-kecilan selalunya saya lihat dari penerbitan dalam bahasa cina... samada komik, majalah atau buku-buku. Maka itu membataskan saya untuk mengunjunginya.
Di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , KL, banyak kedai buku dari India muslim, banyak tajuk yang agak menarik tetapi lebih bersifat buku keagamaan dan politik. Jadi batasan masih ada.
Jadi, bagi sesiapa yang meminati buku, terus mencari sebab buku itu amat cantik jika isinya di baca dengan cantik.
Sayang buku sekarang amat mahal, setengahnya ratusan ringgit tetapi pelepasan cukai untuk pembelian buku amat kecil.
No comments:
Post a Comment