Wednesday, August 05, 2009

SMS VS PANGGILAN TELEFON

Sekarang ni sms memang cukup dikenali. Tanya saja budak-budak sekolah rendah, semua tahu apatah lagi sekarang kebanyakkan kanak-kanak sekolah dah ada telefon terutama di bandar. Ia di anggap satu keperluan. Telefon mudah alih atau hand phone sekarang ada banyak yang murah seperti jenama CSL malah model lama yang simple NOKIA pun boleh dibeli dengan harga bawah RM100.

Saya ada berbual dengan seorang kawan yang dulunya kerap bersms dan menggunakan perkhidmatan pra-bayar. tetapi sekarang ni dia dah jarang sms kecuali apabila perlu dan juga telah menukar dari perkhidmatan pra-bayar kepada pasca-bayar. Dia ada sebab dan logik tersendiri.

Dia kata kalau sms walaupun kadar satu sms lima sen tapi hakikatnya setiap sms itu kalau dijawap dan terus bersms dengan soalan dan jawapan yang perlu diberikan kepada pihak yang satu lagi, akhirnya mungkin lebih dari 5 sms perlu di hantar. Itu pulak bukan satu pihak , tetapi dua pihak, yang mula hantar sms dengan yang terima sms tersebut. Akhirnya si penghantar berbelanja 25 sen dan yang menerima pula berbelanja 25 sen. Jumlah kedua-dua pihak menjadi 50 sen.

Kalau perbualan melalui panggilan biasa, kadar seminit ialah antara 25 hingga 33 sen bergantung kepada pemberi perkhidmatan. Tetapi masa berbual seminit itu banyak perkara dapat dibualkan dan juga hantar pemanggil dikenakan caj. Kadar itu lebih murah jika panggilan dibuat kepada pengguna perkhidmatan yang sama (same service provider). semasa satu minit itu semua perkara dapat dibincangkan malah lebih bersifat “sentuhan peribadi” kerana suara pemanggil dan penerima jelas didengar , malah jika penerima itu batuk atau bersuara agak lain dari yang lain. pemanggil boleh bertanyakan kesihatan penerima panggilan. Bukankah itu lebih bersifat “personal touch” terutama kepada ibubapa dan saudara mara sendiri.

Penggunaan kaedah sms mungkin sesuai untuk persoalan yang hanya memerlukan jawapan ringkas seperti sms seorang anak sekolah kepada ibu nya seperti ....” mak , klas abis, bleh balik dah”. Mungkin jawapan si ibu begini “.. k, tunggu”.

Tapi cuba perhatikan ayat dan ejaan yang digunakan.... ringkas dan kalu boleh nak diringkas seringkasnya walaupun kebanyakkan “provider” memberikan karekter sebanyak 120 ke 160 , jadi macam keupayaan itu tak digunakan sedangkan kita membayar kadar satu sms yang sama.. KAN RUGI ! Pengguna bahasa dan ejaan ringkas ini kadang-kadang mengelirukan, tak ada pulak orang nak serah memorandum, berkumpul ramai-ramai ,kemudian berdemo untuk menegakkan dan mempertahankan bahasa Melayu yang dah mula nak layu.

Jadi, fikirkan sendiri... mana yang lebih sesuai dan adil bagi kita ?.

No comments:

Post a Comment