Saturday, December 17, 2011

Friday, December 16, 2011

Bantuan Rakyat 1Malaysia.

RM500 mungkin sikit bagi yang ada, tapi besar bagi yang tak punya. Pagi Sabtu lepas, tiba-tiba kawasan depan pejabat aku penuh dengan kereta...jalan jam.

Tup..tup, ada orang bagi tau aku yang ramai tu nak ambik borang BR1M. Patut pun...pejabat LHDN dekat pejabat aku. Yang mari berkereta...setengah tu nampak macam tergolong dalam kumpulan Yang Ada dan bukan Yang Tak Punya.

Lepas tu aku teringat macaman yang duduk kat pendalaman, siaran radio pun tak ada, apatah lagi siaran televisyen.,...contohnya yang kat rumah panjang di pendalaman Sarawak. Sapa yang akan bagi borang...dia orang tahu ke. Nak fotostat kat mana Mycard. Ada tak Mycard.

Orang macam aku memang tak layak...tapi duit yang diberikan tu memang dari Kerajaan yang diperolehi dari punca pendapatan kerajaan seperti dari pembayar cukai seperti aku. Aku relakan walaupun aku tak dapat tapi kalu yang menipu....haram tu. Yang mudah menipu ialah yang tak ada pendapatan bergaji bulan... atau mengaku kerja kampung.

Duit RM100 bantuan sekolah duu pun dah kecuh...rasanya ada setengahnya guna duit yang sepatutnya untuk belanja persiapan anak sekolah (mungkin tak cukup tapi membantu) tapi dah dibeanjakan kut lain...

Ada orang kata, mungkin bagus bagi kupon yang boleh ditebus guna untuk beli barangan tertentu saja seperti beg sekolah atau uniform anak. Ingatkah kita dulu skim pengeluaran wang KWSP untuk pembelian komputer...ramai ambik duit dari kedai komputer mengantikan komputer...

Aku tak tahu...kerajaan dah cukup baik tapi kita pulak yang salahguna....lepas tu mengutuk kerajaan pulak.

Air Asia.

Hari ni naik air asia ke KL dari Bintulu. Sebelum berlepas, ada pengumuman yang flight delay 10 minit... Ya...10 minit saja. Kalau 10 minit bukan delay tapi biasa...MAS pun kerap. Cuma aku heran, kerap benar FA dia dok kira penumpang guna telecounter. Bukan sekali...tapi banyak kali. Bukan sorang tapi banyak orang yang dok kira... flight kira penuh...awat tak kira saja tempat yg kosong.... jumlah seat tolak seat yg kosong kan dah dapat jumlah penumpang....

Saturday, October 08, 2011

Protes & Demo Aman di Hong Kong











Perbandingkan demo dan protes aman di Hong Kong dengan di Malaysia...tiada provokasi, maki hamun dan kejar mengejar. Isu nya "Law Reform" dan "Peningkatan Kos Sara Hidup..kenaikan kos barang makan".


Cuma persamaan nya ialah dekat Sogo Hong Kong , Causeway Bay, Hong Kong...


24/09/2011








































Friday, October 07, 2011

Bajet 2012

Aku tak faham...

Pasai bajet yang aku nak tau sangat ialah,

a) Ada kurang ka personal income tax
b) Pelepasan diri , isteri dan anak2 ada naik kah
c) Pelepasan untuk EPF dan SOCSO ada naik kah
d) Harga barang ada turun dan subsidi minyak ada naik kah.

Jawapan yang aku nanti,
a) Personal income tax turun
b) Pelepasan diri, isteri dan anak2 naik.
c) Pelepasan untuk EPF dan SOCSO naik
d) harga barang turun, harga minyak turun.

Baru kurang beban bayar cukai...

Bila umur semakin naik melepasi 50, waktu tu lah anak2 mula belajar peringkat tinggi, biaya semakin tinggi, yuran daftar masuk semester dah masuk RM2-3 ribu, makan-minum, sewa bilik, tambang...mau habis dekat RM500 sebulan. Makan pagi RM3, tengahari RM5, makan malam RM5..satu hari RM13, makan setiap hari..duit makan anak dah RM390...jgn campur hok lain..tu dah cukup...itu satu anak, kalu 3 orang...waktu ni jugak loan kereta dgn rumah belum habis lagi...kereta pulak dah tua, maintenance pun tinggi...

Yang lain2 tu...fikirlah sendiri

Wednesday, September 07, 2011

Sejarah ....

British memang lah penjajah, begitu jugak Portugis, Belanda dan Jepun. Itu penjajahan negara luar ke atas Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu masa dulu-dulu. termaktub dalam sejarah. Tak ada orang boleh mempertikaikan nya. Mereka asal nya berniaga..rempah ratus. Tak tahu pulak rempah ratus apa yang terkenal atau banyak diperolehi di Tanah Melayu atau Malaya terutama di zaman Belanda atau Portugis. masih ada uku sakat pewaris bangsa Portuis di Malaysia kini.

Bab repah ratus, di Malaysia kini, yang aku tahu sangat hanya ada buah pala dan cengkeh. itu pun tak banyak orang tanam lagi. Lain lah kalau petai atau jerai. Kalau nak masukkan halia, kunyit, serai atau lengkuas tak tahu lah pulak zaman-zaman dulu orang putih minat sangat ke benda tu. Yang banyak tanam lada hitam / putih di Sarawak sekarang ni. Itu pun dah secara kecil-kecilan. Maknanya, itu firasat aku yang tak seberapa ni, mungkin dulu-dulu sebelum ada getah dan sawit, orang melayu atau peribumi Malaya atau Tanah Melayu memang banyak tanam lada dan rempah ratus.

Tapi penjajahan yang paling di takuti berlaku ialah penjajahan ideologi seperti ideologi komunis. Nasionalisma, sosialisma dan lain-lain tu jugak satu ideologi ciptaan manusia...liberal, konservatif atau moderate, itu taksiran semata-mata..ikut mana arah tuju serta pengaruh yang di terima.

Jadi apabila British menjajah Malaya atau Tanah Melayu, mereka adalah penjajah yang lebih mementingkan perdagangan dan perniagaan dimana hail bumi Malaya dibawa keluar. Mereka meninggalkan sistem pemerintahan termasuklah perundangan "common law" yang masih terpakai. Kesatuan Komanwel yang ada sekarang adalah seperti satu persatuan tanah-tanah jajahan Inggeris. Sistem perlembagaan dan pemerintahan demokrasi itu sendiri tertakluk kepada taksiran masing-masing.

Tapi yang tak tahan ialah apabila penyokong komunisma itu dianggap wira...itu satu kenyataan bodoh dari orang yang bodoh walaupun mungkin matapelajaran sejarah sibodoh itu mendapat A1 dalam SPM. Sedarlah bawa subjek dan kelulusan tinggi dalam subjek sejarah tidak membawa apa-apa makna jika si komunis itu dianggap perwira....

Tuesday, July 12, 2011

Untung Kah Berdemo...

Soalan ni susah aku nak jawab..."untung kah berdemo". Sapa yang untung dan sapa yang rugi. Macam demo baru-baru nie, tak tau sapa yang untung tap yang aku tau ramai yang rugi.

a) Peniaga kat kawasan berdemo tu rugi sebab kedai atau perniagaan kena tutup atau terganggu sebab orang awam yang tiada kaitan malas atau takut nak pergi.

b) Rugi sumber agensi kerajaan terutama nya polis. Banyak kerja lain tapi dah terpaksa bersengkang mata buat persiapan dua tiga hari malah mungkin dah berminggu buat perancangan serta operasi road-block dan pemeriksaan .

c) Pengguna jalan raya tentu nya rugi.. Penumpang bas express kena turun jauh dari stesen asal. Kena naik teksi yanng tentu nya berbayar.

d) Syarikat pembersih dan kutip sampah yang terpaksa tambah masa operasi dan tenaga kerja sebab ada demo yang diluar kawalan mereka.

e) Dengar cerita ada juga syarikat bas dan teksi rugi sebab penumpang kurang.

f) Yang tentu rugi ialah masa yang ama berharga yang sepatutnya di habiskan bersama keluarga di hari minggu atau buat aktiviti lain yang lebih berfaedah.


Yang aku tau untung ialah hotel besar tempat pemimpin demo tinggal atau bermalam tak kira lah dari ihak Bersih, Patriot atau Perkasa. Dan jugak mungkin hotel-hotel budget lain kat Chow Kit, Jalan TAR , Puduraya dan kawasan Petaling. Dan yang aku rasa untung ialah pembekal T-shirt samada kuning, merah atau apa2.

Yang bahgia ialah pemberita dan wartawan luar yang bangga dapat cerita yang boleh memburukkan Malaysia.

Majoriti yang senyap dan jenis tak ambik kisah yang rugi....suara mereka tak ke mana!!!

Saturday, July 09, 2011

09hb Julai 2011 - BERSIH DI JALANAN

Aku tak boleh nak kata apa, sebab aku jauh dari Kuala Lumpur. KL bakal menjadi tempat tumpuan ramai, bukan oleh pelancong tapi rakyat Malaysia dari seluruh negara. Tak ketinggalan jugak para wartawan ..luar dan dalam.

Semua ni gara-gara himpunan BERSIH... yang pasti aku hanya dok menunggu cerita bila gas pemedih mata pertama di lepaskan...sapa mat-mat dan minah minah bodoh yang bakal jadi mangsa pancutan air FRU dan siapa yang bakal melatah.

Ada Bersih, Patriot dan Pemuda UMNO...ni semua nak tunjuk terror...

Yang pasti, Polis tetap kena buat kerja, menghalang dan mencegah huru hara yang di rancang oleh pihak-pihak tertentu. Siap cetak t-shirt lagi...

Yang pasti, jalan dah kalut, jam sana sini. Suasana hari Sabtu di KL dah berubah...

Yang pasti hari Sabtu ni tak macam hari Sabtu yang lain. Yang pasti juga, ada pihak yang bakal tersenyum luas melihat rakyat Malaysia berbagai kaum bersatu padu... buat kecuh....tapi yang pasti yang ramai adalah orang Melayu....

Thursday, June 30, 2011

Seronok Tengok BERSIH dan Hero-Hero Lain nya.,

Hah,,, banyak nak jadi adiwara...nak jadi hero... nak jadi champion... BERSIH mula nak demo, lepas tu ada pulak Pemuda UMNO dgn PERKASA nak tentang..cara demo jugak. Lapuran Polis rasanya dah beribu. Kesian Polis...terima repot, buat pemantauan lepas tu kalu jadi demo...kena lah bertegas dan berhempas pulas...last last orang kutuk pulak polis..kata polis kejam la dan macam-macam lagi.

Aku nak tenok demo-demo semua berdemo.. lantak lah mu. Aku tengok live kat TV kalu ada... hari cuti pulak tu. Bagus lah..tak payah tengok cerita ulang tayang kat ASTRO yang dah jadi ASTERUK....

Tengok Astro First saja dah RM15... baik aku beli CD cetak rompak... baru RM5.. gambarq clear jugak.

Thursday, June 02, 2011

Barang Naik dan naik....

Sejak duamejak ni, banyak harga barang yang dulunya barangan terkawal di naikkan harga. Sebab kenaikkan ialah penyelarasan dan merasionalisasikan harga..Antara yang dah naik ialah gula, minyak petrol RON 97, tarif elektrik (terpilih kategorinya) dan terbaru diesel super subsidi untuk lori komersial.

Ni baru aku tahu ada diesel super subsidi untuk lori komersial. Bila harga diesel dan petrol naik...gerenti harga barang lain pun naik..

Kita tengok pulak bila gaji akan naik sebab bila gaji kakitangan kerajaan naik, harga barang pun naik...macamana orang kampung yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap..

Aku pun dan tak tahan dengan keadaan kerja sekarang yang makin mencabar dan nak berenti pulak dah jadi serba salah dengan harga barang yang naik, perbelanjaan yang meningkat dan anak2 semakin membesar dan belajar di pusat pengajiaan tinggi. kena teruskan lah kerja walaupun hati semakin membengkak, kepala semakin kusut dan perasaan tak pernah tenang.

Cukup bulan bayar hutang dulu........

Wednesday, April 27, 2011

Lama-lama tak tulis..banyak cerita Pilihanraya Sarawak

Kira lama tak jengok blog ni. Sebenarnya banyak cerita. Dari pilihanraya kat Sarawak sampai ke cerita video Anwar Ibrahim.

Heran tapi bukan ajaib sebab dah jadi berita sensasi sampaikan waktu kempen pilihanraya kat Sarawak, tuai rumah kat Kapit pun ada tanya Anwar Ibrahim pasal video tu. Katanya Anwar tak jawab tapi terus belah dan esoknya katanya ke luar negeri. Sibuk betul!!

Pilihanray Sarawak, keputusannya menguntungkan orang Sarawak walaupun PKR dan DAP menambah kerusi. Dengan keadaan sebgitu serta janji2 kerajaan semasa kempen, tentulah janji-janji itu akan menjadi kenyataan , samada cepat atau lambat. Itu penting untuk BN jika berlaku PRU. Sarawak menyedia dan menyumbangkan kerusi Parlimen yang agak besar. Begitu jugak Sabah.

Katanya harga minyak akan naik jika BN menang kat Sarawak. Ada yang sibuk menyebarkan cerita angin ni. Sampai sekarang, itu jelas penipuan.

Bab pilihanraya di Sarawak, sebagai orang luar yang bekerja di sini...perkara-perkara yang menarik ialah;
a) kempen di Sarawak amat aman kecuali bila ada unsur dari Semenanjung yang muncul dengan budaya berkempen ala politik Semenanjong.
b) lepas kempen, poster, banner dan kain pemidang ditanggalkan dan dibersihkan dengan mudah dan cepat.
c) Rakyat Sarawak telah menjalankan tanggongjawab mereka sebagai pengundi. Keputusan sebagai di jangkakan dan BN masih memerintah dengan 2/3 majoriti.
d) KM angkat sumpah pada malam keputusan pemenang di hebahkan. Cepat!!
e) Cerita-cerita kempen sebelum Pilihanraya cepat hilang dan lenyap kecuali cerita politik yang dibawa oleh media perdana di Semenanjong.

Sarawak...kamu memang hebat.

Hari pekerja tak lama lagi, banyak program nanti.

Wednesday, March 16, 2011

Final Project

Final project aku dah nak kena submit... isi dan bahan dah ada, yang lemah nak di olah, di analisis dan dikarang menjadi satu project paper. Dah minta tangguh..cuma dapat 4 hari. Kerja aku pulak tengah bertimbun...survey jalan, meeting kilang, hal operation...macam-macam lagi. Pening...sehingga semalam aku terlupa yang sebiji nasi pun aku tak telan..Nasib baik ada maggie asam laksa...aku campur dengan sambanl kerang..boleh lah...

Tanya member, dia pun tak siap lagi...week end ni baru boleh submit..lega sikit ..kira ada gang..tu yang lemah nie, dah jadi macam resam kita orang Malaysia.... last minute. melayu, Cina, India sama saja...tengok masa nak bayar saman trafik...last-last tak sempat. kerajaan tambah tempoh pulak..tu yang buat semua orang asyik last minute... termasuklah aku...

Thursday, March 10, 2011

Bisnes On-Line

Banyak betui kempen pasai bisnes on-line. Banyak mengaku bukan MLM..tak payah menjuai, duduk di rumah mengadap komputer, duit ribu-ribu masuk. Menarik...

Dalam bisnes on-line, ada jugak yang sebenarnya mempromosi barangan atau produk masing-masing. Tapi yang dok nampak kebanyakkan nya jual baju perempuan, kain tudung dan yang lebih popular "ubat dan alat kuat". Faham-faham saja lah...

Dalam pada itu, internet , e-mail dan juga Facebook, banyak betul "con-man and con-woman". kerap betul dapat e-mail dan mesej macam tu. Yang menarik nya, umpan duit berpuloh-puloh juta dalam mata wang Euro dan Dolar Amerika. Kadang-kadang kata kita menang peraduan yang sebenarnya kita tak pernah masuk pun. Dari mana dia orang dapat info kita..tak tahu.

Cuma yang pasti, setiap umpanan tu diakhiri dengan meminta kita menghubungi orang-orang tertentu dengan memberikan maklumat lengkap kita, dari nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, e-mail address dan segala-gala nya.

Jawapan nya ialah "DELETE" . Habis cerita!!

Tuesday, February 01, 2011

RON97 dan Tol

2 laluan lebuhraya bertol akan di tamatkan pada Mei 2011. Dalam pada itu, konsesi tol yang lain mungkin tidak dinaikkan kadar tol nya.

Yang naik ialah minyak Ron97...dah kerap naik..sekarang RM2.50 dari RM2.40. Ikut jangka waktu sebgini, rasanya akan naik lagi dalam beberapa lama lagi. Barang lain tak tahu lah...mungkin naik jugak.

Orang luar dari seberang dan juga di utara hanya boleh beli Ron97, dia orang tak kisah sebab siapa sangat yang nak periksa. Nak check IC, bagi kawan rakyat Malaysia yang drive kereta tu.

Gaji tak naik jugak..kalu naik, kesian pulak kat orang kerja kampung. Tiada pendapatan tetap atau bonus tahunan yang selalu di minta oleh CUEPAC.. kerajaan bagi jugak. Yang untung kedai-kedai... malah kedai assessori kereta pun.

Dulu seorang Penolong Pengurus Ladang pada awal tahun 80an, gaji basic RM1300, sekarang gaji basic bagi jawatan yang sama masih RM1300. Yang nampak naik nya ialah kakitangan gomen...harap-harap prestasi kerja pun naik jugak...

Kat pejabat Tabung Haji Bintulu....aku respect their service. pergi Bank Islam, servis very..very slow.. Belum lagi BSN...lagi hampeh..tak tahu lah teknologi dan sistem apa yang dia orang pakai. Nak bank in duit, kena ambik nombor dan beratur..mahu sejam lebih. Apasal tak ada cash deposit machine....Pelanggan ramai...tapi servis slow!!!

The best is still Public Bank...servis tip top..walau mana cawangan sekali pun...

Tuesday, January 25, 2011

SMS Misteri Dari Seorang Yang Misteri

Hari ni dapat satu sms yang penuh misteri...apa-apa pun, penulis atau orang yang menghantarnya adalah pengecut dan tentunya macam cacing kepanasan.

Begini lah bunyi sms yang di terima;

"im trying to be good. but dfficult f smeone telling lie. am i clever drinking beer? Mr arun. or other than me and ur girl wd u. has anther wman? wow! Hw trible u are. my god! U will not die f u tel d true. right? saying im illegal now? Who tel u that? wait ok u wnt stop talking nonsense. fine cntinue. bcoz of u i lost my job. all bcoz of u. ruined my life. i have dgnity. not prstitute. not like u. flexible.f u r a girl u r one of d cheapest. very itchy. my fmily dnt knw about me. i am shy to let them knw. dat u cheat me."

persoalan nya...siapa lah mamat ni... dia hilang kerja kerana aku!! Bila pulak aku tipu orang sampai dia kena buang kerja!! Tak dak pula orang yang kena buang kerja!!

Ni sah mamat ni ada masalah lain...cuma yang aku heran ni, macamana boleh sampai sms ni ke aku..lagi nama Mr Arun, aku tau ada orang nama tu kat sini. Ni mungkin kes salah antar atau...ishkkk susah nak jawab ni.

Biarkan saja lah.