Soalan ni susah aku nak jawab..."untung kah berdemo". Sapa yang untung dan sapa yang rugi. Macam demo baru-baru nie, tak tau sapa yang untung tap yang aku tau ramai yang rugi.
a) Peniaga kat kawasan berdemo tu rugi sebab kedai atau perniagaan kena tutup atau terganggu sebab orang awam yang tiada kaitan malas atau takut nak pergi.
b) Rugi sumber agensi kerajaan terutama nya polis. Banyak kerja lain tapi dah terpaksa bersengkang mata buat persiapan dua tiga hari malah mungkin dah berminggu buat perancangan serta operasi road-block dan pemeriksaan .
c) Pengguna jalan raya tentu nya rugi.. Penumpang bas express kena turun jauh dari stesen asal. Kena naik teksi yanng tentu nya berbayar.
d) Syarikat pembersih dan kutip sampah yang terpaksa tambah masa operasi dan tenaga kerja sebab ada demo yang diluar kawalan mereka.
e) Dengar cerita ada juga syarikat bas dan teksi rugi sebab penumpang kurang.
f) Yang tentu rugi ialah masa yang ama berharga yang sepatutnya di habiskan bersama keluarga di hari minggu atau buat aktiviti lain yang lebih berfaedah.
Yang aku tau untung ialah hotel besar tempat pemimpin demo tinggal atau bermalam tak kira lah dari ihak Bersih, Patriot atau Perkasa. Dan jugak mungkin hotel-hotel budget lain kat Chow Kit, Jalan TAR , Puduraya dan kawasan Petaling. Dan yang aku rasa untung ialah pembekal T-shirt samada kuning, merah atau apa2.
Yang bahgia ialah pemberita dan wartawan luar yang bangga dapat cerita yang boleh memburukkan Malaysia.
Majoriti yang senyap dan jenis tak ambik kisah yang rugi....suara mereka tak ke mana!!!
No comments:
Post a Comment