Saturday, July 09, 2011

09hb Julai 2011 - BERSIH DI JALANAN

Aku tak boleh nak kata apa, sebab aku jauh dari Kuala Lumpur. KL bakal menjadi tempat tumpuan ramai, bukan oleh pelancong tapi rakyat Malaysia dari seluruh negara. Tak ketinggalan jugak para wartawan ..luar dan dalam.

Semua ni gara-gara himpunan BERSIH... yang pasti aku hanya dok menunggu cerita bila gas pemedih mata pertama di lepaskan...sapa mat-mat dan minah minah bodoh yang bakal jadi mangsa pancutan air FRU dan siapa yang bakal melatah.

Ada Bersih, Patriot dan Pemuda UMNO...ni semua nak tunjuk terror...

Yang pasti, Polis tetap kena buat kerja, menghalang dan mencegah huru hara yang di rancang oleh pihak-pihak tertentu. Siap cetak t-shirt lagi...

Yang pasti, jalan dah kalut, jam sana sini. Suasana hari Sabtu di KL dah berubah...

Yang pasti hari Sabtu ni tak macam hari Sabtu yang lain. Yang pasti juga, ada pihak yang bakal tersenyum luas melihat rakyat Malaysia berbagai kaum bersatu padu... buat kecuh....tapi yang pasti yang ramai adalah orang Melayu....

No comments:

Post a Comment