Sekiranya keyword road block ini di taipkan untuk mencari sesuatu yang mungkin sensasi, sebenar semuanya salah.... saya telah mengalami satu "road block" dimana perjalanan yang lancar tanpa sebarang trafik jam telah terganggu akibat sesuatu yang bukan menjadi pilihan saya... iaitu ketiadaan masa, banyak kerja dan macam-macam lagi hingga menyebabkan saya sunyi dan bercuti seketika.
Bos saya cakap, masa itu tiada sebab kita sendiri yang selalu memendamkan ia sebagai satu sebab yang menjadi penyebab yang akhirnya kita terkena road block. Apa2 pun , dalam satu hari hanya ada 24 jam, nak plan macamana untuk siapkan kerja terpulanglah, masa untuk keluarga... adjust-adjust lah... dan yang penting masa untuk diri sendiri... elakkan road block, gunakan maklumat serta bantuan yang ada untuk mengelakkan road block.
Ini bukan road block Pihak Polisi ...Polizia atau Polis
Sekadar Menumpang Lalu .... nama saja cukup mengambarkan isu isu yang di bangkitkan.
Tuesday, August 25, 2009
Thursday, August 20, 2009
Sekadar Selingan / Renungan
1) Biasanya kerja kerja pembaikan terdiri daripada 3 jenis atau kategori
a) murah
b) cepat
c) bagus / baik / elok
Tapi,
kerja yang cepat dan bagus .... tidak lah murah
kerja yang bagus tetapi murah ..... tidak lah cepat
kerja yang murah tapi cepat .... tidak lah bagus.
2) Kuasa penanda ayat " Punctuation Mark"...
An English Professor wrote the words " A woman without her man is nothing" on the blackboard and asked his students to punctuate it.
All the males in the class wrote , "A woman, without her man, is nothing."
All the females in the class wrote, " A woman: without her, man is nothing."
adapted from He Who Laughs Lasts! Compiled and edited by David Tong.

Wednesday, August 19, 2009
Ragam Anak-anak.
Saya ada tiga orang anak lelaki yang dah besar, remaja berumur dalam lingkungan 16 tahun hingga 19 tahun. Jarak umur memang tak jauh dan ketiga-tiga ni memang rapat. Baju dan seluar, malah kasut boleh rotate.
Bila anak lelaki dah besar sebegini, dia orang dah mula dengan hal masing-masing, ada hobi tertentu. Nak duduk berbual panjang, tengok tv sama-sama, memang lah susah. Bila bab nak duit, beli kredit telefon, mak dia jadi sumber kewangan ataupun orang tengah. Kredit telefon saja , seorang dah dekat RM90. SMS memanjang, kalah businesman!
Tapi, dalam diam-diam tu, sebenarnya anak-anak kita jelas tak lupa mak ayah, cuma cara yang ditunjukkan tu tak jelas. Bila dah duduk jauh, sambung belajar, mula lah nampak semangat dia orang, nak berbual atau bercerita panjang bila balik bercuti.
Tapi kesan yang paling mendalam ialah apabila isteri saya ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. pergi pulak seorang diri, sebab saya tak dapat nak temankan, mujurlah anak saudara di Cheras ada menunggu di KL.
Anak-anak tahu yang mak dia orang ke KL seorang diri, dan semua nya tahu sangat perangai mak nya bila ke ke sana. Ada peluang mesti shopping habis. Benda wajib ialah beg tangan... SOGO dan Jalan TAR dan tentu jadi pilihan shopping. Anak-anak, apa lagi banyak lah pesan beli itu dan ini tapi yang paling best dan sahdu bila anak yang sulong (kat Politeknik) hantar sms ke mak dia berbunyi begini;
" mak jga diri baek2... jgn jln kt tept sunyi, xda owg...hndbag jga baek2, pgg kuat2... jgn bwk duit bnyk sgt, kua duit kat bank pun jgn bnyk, amik ala kadar je...bwk mnyk angin skaly, tkut mak pning kpala, lastly pkai mask, eport kl ssh kit, pkai mask stiap masa, jgn bukak... jga diri baek2 tau..."
Ayat sms memang lah ringkas2, style anak muda, tapi anak sulung ni atau along, yang kaki minat muzik alternatif, indies dan juga gila motor.... kira tabik habis lah kalau dah buat ayat nasihat mak dia sampai macam tu. Ayah dia pun tak macam tu sekali.
Maknanya, walau dah besar panjang, minat muzik kumpulan Nirvana pun, mak dia memang tetap dia orang ingat. Akhirnya along dapat seluar Levi's original RM239, adik dapat 2 helai sweater, angah dapat seluar kargo dengan baju.!

Tuesday, August 18, 2009
Pro PR atau Pro BN
Banyak blog yang secara terang-terangan menyokong satu satu puak, dalam erti kata lain, kalau senario politik Malaysia, sokongan tertumpu kepada puak BN atau puak PR.
Puak-puak ini nyata ada penyokong tertentu, malah dalam blog-blog blogger tertentu, sokongan yang digambarkan begitu taksub sehinggakan penuh kata-kata nista, menghina, mengutuk, mencarut dan kadang-kadang terselit bukti-bukti tertentu bagi mengiyakan statement mereka. Sayang, kadang-kadang ianya merupakan fitnah semata-mata.
Apakah faedahnya? Himpunan blogger dalam kelompok atau puak tertentu sebenarnya memeriahkan alam blogger ini. Cuma, terdapat golongan yang mudah terpedaya dengan apa yang diungkapkan.
Blog sebagai media pencetus rasa, mencurahkan apa yang terbuku dihati, turut dijadikan platform medan untuk menyerang peribadi lawan. Bukan kah itu salah ?.
Blogger yang berlegar di alam maya mempunyai tujuan tertentu seperti mendambarkan budaya ideologi mereka, sokongan terhadap sesuatu isu atau puak atau juga bagi yang berinivasi dan kreatif, menjadi medan mencari pelanggan secara online. Tidak kurang juga ruang blog maya ini dijadikan sebagai satu jurnal harian, menerbitkan satu artikel isu-isu spesifik atau apa saja. Pokoknya buat lah apa saja, tak siapa yang tahu muka dan dimana anda berada. Cuma, teknologi yang ada, barang diingat, masih boleh mengekuri anda, walau dimana anda berada.
Di Malaysia, blog bertunjangkan ideologi dan fahaman politik amat banyak...
Jadi, mungkin di PRU13 nanti, blogger dan peranan blog akan menjadi lebih besar... ada yang mungkin di upah untuk mencoretkan sesuatu sebagai sinopsis kempen pilihanraya.

Thursday, August 06, 2009
Buku dan Pembalut Buku
Saya suka membaca dan kadang-kadang membeli apa jua majalah yang mempunyai isu atau perkara yang menarik perhatian. Tarikan kepada buku selalunya bermula dari tajuk buku serta ringkasan kandungan buku yang boleh mengambarkan apa yang terkandung dan apa yang boleh kita simpulkan dan harapkan dari kandungan buku tersebut.
Saya mempunyai koleksi buku yang agak banyak termasuklah buku tentang kisah hidup Mao Tze Tung, penjuang ideologi komunis dan orang pertama di Cina satu ketika dulu. Juga buku tentang Dewi, pejuang wanita kasta rendah India yang menjadi mangsa rogol dan akhirnya menjadi seorang ratu jenayah tetapi berkesudahan menjadi MP sebelum meninggal dunia. Saya ada sebuah buku tentang " History of Malaya" terbitan sebelum merdeka, tulisan penulis Inggeris tetapi isi tentang sejarah Malaysia amat jelas, detail dan menarik. saya juga ada dalam simpanan sebuah Kitab Lama Tajul Muluk yang diperolehi dari seorang pekerja Indonesia dari Lombok. Kitab ini sudah agak lusuh tetapi masih menarik. Juga saya ada sebuah buku tentang perubatan tradistional Melayu yang setengahnya melibatkan kepercayaan yang agak mistik.
Dalam erti kata lain, buku boleh membuka minda tetapi pembacaan harus dilihat dari sudut ilmu pengetahuan dan bukan untuk menjadi ikutan atau amalan tidak menentu seperti buku Shaman (bahasa Inggeris) yang menceritakan pelbagai gaya pembomohan, pawang , pemujaan dari seluruh pelusuk dunia.
Tapi, apa yang nak saya hebahkan dalam ruangan ini ialah pembalut buku plastik yang sering menyelubungi buku-buku atau majalah yang terjual/terhidang/dipamerkan di kebanyakkan kedai buku. Tujuannya ialah "no free reading" atau tidak menggalakkan helaian buku atau majalah dibula kerana ianya mungkin boleh merosakkan buku atau majalah tersebut. Cuma, kalau itu tujuannya, maka bakal pembeli hanyalah tergolong dari rata-ratanya orang yang memang merancang untuk membeli judul buku atau majalah tertentu, sebelum memasukki premis yang menjual buku.
Saya tidak pernah merancang untuk membeli mana-mana buku tertentu sebelum memasukki kedai buku kecuali buku teks untuk rujukan dimana judul atau topik nya telah sedia ada. Tapi sekarang, perancangan untuk membeli buku memang ada tetapi ianya terpulang kepada judul atau tajuk buku atau majalah yang menarik minda dan perhatian saya. Plastik buku itu menjadi penghalang untuk saya menilai isi kandungan lantas terbantutlah usaha untuk menambah koleksi buku serta cadangan untuk menimba sedikit ilmu untuk ruang fikiran yang semakin terbatas akibat usia yang meningkat.
Selalunya, kedai-kedai yang membalut buku ini akan meletakkan tanda "please get the assistance from our saleperson should you need any help" atau "no free reading" Yang menariknya, jurujual atau saleperson jarang ada berdekatan.
Pameran buku yang pernah saya hadiri amat terbatas seperti Pameran Buku Antarabangsa yang selalunya memaparkan / menjual buku-buku dari pelbagai penerbit. tapi cuba lihat, banyak buku rujukan sekolah untuk UPSR, PMR, SPM atau STPM atau buku novel tempatan keluaran Alaf 21 atau kreatif. Buku luar mungkin dari British Counsil. Ada juga penerbitan dari universiti tempatan tetapi agak terbatas judulnya.... terlalu akademik.
Pameran buku kecil-kecilan selalunya saya lihat dari penerbitan dalam bahasa cina... samada komik, majalah atau buku-buku. Maka itu membataskan saya untuk mengunjunginya.
Di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , KL, banyak kedai buku dari India muslim, banyak tajuk yang agak menarik tetapi lebih bersifat buku keagamaan dan politik. Jadi batasan masih ada.
Jadi, bagi sesiapa yang meminati buku, terus mencari sebab buku itu amat cantik jika isinya di baca dengan cantik.
Sayang buku sekarang amat mahal, setengahnya ratusan ringgit tetapi pelepasan cukai untuk pembelian buku amat kecil.

Wednesday, August 05, 2009
SMS VS PANGGILAN TELEFON
Sekarang ni sms memang cukup dikenali. Tanya saja budak-budak sekolah rendah, semua tahu apatah lagi sekarang kebanyakkan kanak-kanak sekolah dah ada telefon terutama di bandar. Ia di anggap satu keperluan. Telefon mudah alih atau hand phone sekarang ada banyak yang murah seperti jenama CSL malah model lama yang simple NOKIA pun boleh dibeli dengan harga bawah RM100.
Saya ada berbual dengan seorang kawan yang dulunya kerap bersms dan menggunakan perkhidmatan pra-bayar. tetapi sekarang ni dia dah jarang sms kecuali apabila perlu dan juga telah menukar dari perkhidmatan pra-bayar kepada pasca-bayar. Dia ada sebab dan logik tersendiri.
Dia kata kalau sms walaupun kadar satu sms lima sen tapi hakikatnya setiap sms itu kalau dijawap dan terus bersms dengan soalan dan jawapan yang perlu diberikan kepada pihak yang satu lagi, akhirnya mungkin lebih dari 5 sms perlu di hantar. Itu pulak bukan satu pihak , tetapi dua pihak, yang mula hantar sms dengan yang terima sms tersebut. Akhirnya si penghantar berbelanja 25 sen dan yang menerima pula berbelanja 25 sen. Jumlah kedua-dua pihak menjadi 50 sen.
Kalau perbualan melalui panggilan biasa, kadar seminit ialah antara 25 hingga 33 sen bergantung kepada pemberi perkhidmatan. Tetapi masa berbual seminit itu banyak perkara dapat dibualkan dan juga hantar pemanggil dikenakan caj. Kadar itu lebih murah jika panggilan dibuat kepada pengguna perkhidmatan yang sama (same service provider). semasa satu minit itu semua perkara dapat dibincangkan malah lebih bersifat “sentuhan peribadi” kerana suara pemanggil dan penerima jelas didengar , malah jika penerima itu batuk atau bersuara agak lain dari yang lain. pemanggil boleh bertanyakan kesihatan penerima panggilan. Bukankah itu lebih bersifat “personal touch” terutama kepada ibubapa dan saudara mara sendiri.
Penggunaan kaedah sms mungkin sesuai untuk persoalan yang hanya memerlukan jawapan ringkas seperti sms seorang anak sekolah kepada ibu nya seperti ....” mak , klas abis, bleh balik dah”. Mungkin jawapan si ibu begini “.. k, tunggu”.
Tapi cuba perhatikan ayat dan ejaan yang digunakan.... ringkas dan kalu boleh nak diringkas seringkasnya walaupun kebanyakkan “provider” memberikan karekter sebanyak 120 ke 160 , jadi macam keupayaan itu tak digunakan sedangkan kita membayar kadar satu sms yang sama.. KAN RUGI ! Pengguna bahasa dan ejaan ringkas ini kadang-kadang mengelirukan, tak ada pulak orang nak serah memorandum, berkumpul ramai-ramai ,kemudian berdemo untuk menegakkan dan mempertahankan bahasa Melayu yang dah mula nak layu.
Jadi, fikirkan sendiri... mana yang lebih sesuai dan adil bagi kita ?.

TUNJUK PERASAAN, DEMOSTRASI ATAU TUNJUK LAGAK
Apabila menyaksikan betapa majoriti penunjuk perasaan yang berarak di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana apa yang dikatakan sebagai tanda protes ke atas ISA, nampaknya rata-ratanya orang Melayu. Tempat berhimpun atau berkumpul juga nampaknya di tempat yang majoriti nya tumpuan orang Melayu serta tempat peniaga kecil Melayu mencari rezeki. masjid juga tak ketinggalan di jadikan tempat berkumpul.
Faedahnya?.... nampaknya peniaga Melayu kecil-kecilan ini, bukan dapat sejuta pun keuntungan setahun berniaga , menjadi mangsa berbanding dengan tauke Karpet atau tekstil ataupun tauke SOGO.
Lagi, majoriti yang tertangkap ialah orang Melayu sementara jumlah bukan Melayu yang kena tangkap, samada Cina, India atau lain-lain bangsa, tak sampai 10 orang , walau di gabung pun.
Adakah orang Melayu suka menunjuk perasaan, berdemostarsi atau sekadar nak tunjuk bahawa bangsa Melayu ini hanya pandai menunjuk lagak, seolah-olah orang Melayu berani dan sanggup menghadapi apa saja.
Jika benar begitu, kenapa orang Melayu tak sanggup menghadapi cabaran serta persoalan Melayu yang selalunya di tonjolkan oleh orang bukan Melayu? Masalah keistimewaan orang Melayu selalu di pertikaikan oleh bukan Melayu. Adakah orang Melayu yang berarak serta sanggup “bermain” asap dan gas pemedih mata ini sanggup menangisi nasib anak-anak bangsa Melayu yang sedang diperlekehkan atau dipemainkan oleh bukan Melayu.
Bukan hendak membangkitkan perasaan dendam atau menjadi batu api, cuma berharap orang Melayu mestilah sanggup membantu bangsa sendiri, dengan keupayaan dan kemudahan sementara ada. Dan juga bekerjasama dengan bangsa lain untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu dan seterusnya membangunkan negara kita bersama-sama dengan bangsa lain. Jangan ada pulak yang mengambil kesempatan dengan budi dan sopan santun bangsa Melayu, keikhlasan bangsa Melayu dipergunakan untuk kepentingan pihak lain tanpa kita sendiri tahu. Jangan sampai bangsa Melayu serta agama Islam nya di tindas oleh pihak-pihak lain.
Baik kita sedar diri, orang politik ada agendanya, mereka datang dengan kereta mercedes dengan lengkap berpemandu.... kita yang bawah ini berlari-lari mengelak air dari meriam air polis atau mata merah kepedihan akibat gas pemedih mata. Jangan pulak kedai-kedai kecil orang Melayu di celah-celah serta lorong Jalan TAR terus tutup akibat demo yang berpanjangan.
Kesimpulan saya.... Orang Melayu Seolah-Olah di Perbodohkan oleh Politikus Bangsa Melayu Sendiri , yang tak sedar yang dia sendiri bodoh dipergunakan orang lain.... bodoh dan bodoh.
Mungkin sebab itu jugak ISA perlu dikekalkan dengan sedikit perubahan agar sesiapa yang teragak merancang perkara bodoh sebegini, yang boleh menjejaskan pihak khalayak ramai, boleh di tangkap dan di cegah dari terus mengapi-apikan perkara yang merugikan ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)