Posa ah nak pi pernghujung... pasar ramadzan masih hangat kecuali kat Bintulu yang kabarnya pasar ramadzan diarahkan tutup sebab taun yang melanda...memang tak banyak berita dalam suratkabar (kena sorok kut cerita ni). Nak kata tak serius, serius sampai terpaksa guna kem PLKN kat Similajau untuk pusat rawatan dan pemulihan sementara. Hospittal Bintulu tak cukup tempat. Ada yang kata sampai Dewan Suarah pun depa guna...aku tak boleh nak confirm sebab tak tengok cuma dengar cerita saja.
Depa jugak dok cerita, sembahyang sunat tarawikh pun dah mula kurang orang.pakat sibuk shopping atau buat kue raya atau pun dok sibuk perkemas rumah. Dalam dok macam tu, ada jugak dok sibuk cari jadual agihan bubur lambuk...aku tak pernah gemar sangat bubur lambuk nie...dengarq cerita banyak versi...Orang Trengganu dengan versi dia, kat Sarawak pun ada...rasanya...aku tak tahu.
Dalam dok posa, dok ceria pasai bubur lambuk, dok sibuk nak shopping raya (staff kerajaan dapat bonus raya separuh gaji), ada jugak dok sibuk pasai pilihanraya @ PRU dan yang paling best dok gaduh pasai tema hari Kebangsaan (31hb Ogos 2012)...aku apa kisah..slogan atau tema tak banyak kesan kat aku...yang depa dok hingarq tu yang aku pelik...
Nasib baik depa dok sibuk pasai tema slogan tu saja..kalu dok sibuk pasai buat piliharaya pada 31 Ogos tu lagi klasik...
PRU dok jadi tandatanya..ada yang dah kalah bet..ada kata bulan 6, ada pulak kata bulan 3 tahun depan, ada kata musim haji, ada yang kata cuti sekolah bulan 12 sebelum Krismas dan ada yang kata lepas raya ni...awat dok kalut..lain kali, kita tetapkan setiap lima tahun sekali...sah senang...pandai2 lah budget. Dok jadi misteri sangat ni kenapa...yang dok sibuk sangat pun tak tau lah...
Yang sah hari raya dah tentu Ahad, 19hb Ogos walaupun dah ditetapkan tengok anak bulan pada 18hb iaitu Sabtu. Berpuloh tempat tengok, meneropong, mengitai anak bulan di seluruh Malaysia. Nampak tak nampak, katanya raya tetap Ahad. Awat pilihanraya tak buat macam tu.
Aku balik raya...drive nanti dah sah terpaksa tumpang lalu kat negeri Barisan (Terengganu), Pas (Kelantan), masuk balik Barisan (Perak), keluar kut DAP (Penang), masuk Pas (Kedah) sebelum mendarat kat BN (Perlis)....fushhhh jauh perjalanang ambo nih!!!!
No comments:
Post a Comment