Sebelum bulan Posa dulu, katanya PRU13 bakal dibuat pada bulan 6, lepas tu lepas Raya, kemudian di musim haji...sekerang dah dengar cerita pada Disember. Setiap cerita dan angin-angin nie ada dia punya rasional....macam cuti sekolah lah dan sebagainya.
Aku tak kisah sangat sebab aku bukan nya akan menjadi calun ke atau pengurus pilihanraya atau ketua bilik gerakan....cuma boring betui kalau hal macam tarikh pilihanraya menjadi topik hangat para-para wakil rakyat, MP dan parti-parti politik. Macam dah tak ada kerja lain. Tarikh PRU13 dah jadi bahan untuk perjudian. Dah lagi dah terlalu lama sangat jadi bualan. Takkan lah setiap penggal 5 tahun nie, para wakil rakyat, MP dan menteri dok sibuk dok teka tarikh PRU seterusnya. Orang nak pi haji pun jadi kalut.
Bila buat sambutan hari Merdeka...tema sambutan pun jadi isu politik. Bila pergi majlis hari terbuka Aidil Fitri pun, semua dok sembang pasai pilihanraya. Makan pun tak sok sebab yang dok bercerita tu para-para penyokong yang nak tumpang sekaki...ada habuan kut!!
Aku tak kisah...sekarang banyak pulak cerita yang pelek pelek keluar di musim-musim PRU nak sampai. Artis pun dah mula sibuk hebah dia sokong mana. Yang prermpuan tak bertudung dulu, dah bertudung...jadi penceramah pun ada. Apa sangat lah depa tau!!! Orang dengar tu saja nak tengok artis. Lepas tu jugak banyak kes-kes macam scandal keluar....MP tu kawin lain pun kecoh, scandal jual beli tanah, kes air tak cukup...dua-dua pihak..pembangkang dan parti memerintah kira sama naik. Aku rasa banyak dosa kering depa dapat apabila banyak sangat dok bangkitkan aib orang, buat fitnah dan mengutuk orang lain.Kadang-kadang hal peribadi dan kekeluargaan pun timbul. Nie saja nak bagi pihak yang satu lagi hilang kredibiliti atau saja nak memalukan orang. Kes-kes melompat pun dah ada terutama yang dah dengar angin-angin tak akan dilantik semula...
Aku nak terus dengar cerita...byk cerita..lagi sensasi lagi bagus...cerita scandal seks pun dah banyak nie.....
No comments:
Post a Comment