Ok lah...apa nak di kata. Menjelang puasa ketiga , 23hb Julai 2012, aku kena berpindah ke tempat baru, di Daearah Belaga jugak tetapi berhampiran dengan Sg Asap dan tak lah jauh sangat dari Bakun. Dulu di Lana, jarak perjalanan ke Bintulu ambik masa 3 jam setengah, tapi kali ni lebih cepat sejam walaupun jarak perjalanan lebih jauh. Sebab nya ialah faktor jalan...Lana, 3/4 perjalanan nya adalah jalan balak, sementara di tempat baru ni 3/4 perjalanan nya jalan tar. Boleh pecut sikit..
Persamaan ialah, kedua-dua tempat di daerah Belaga, Bahagian Kapit. Takat nie, suasana kerja tak begitu menekan...aku katakan tidak mengancam..banyak yang dah establish. Aku duduk banglo baru atas bukit (wou, macam orang kaya..tapi nia kan biasa) serta office baru tiga tingkat di tengah-tengah ladang sawit (tak pernah orang buat)... tapi aku rasa tak lama kat sini...
Semenanjong menanti aku....
No comments:
Post a Comment