Dari lepas PRU 12 dulu lagi, tak abis-abis depa dok cakap pasai politik... mana-mana surat kabarq sama je...yang depa panggil arus perdana, cerita pasai kerajaan yang dok perintah la ni, yang arus tak berapa perdana pulak dok cerita pasai parti depa atau geng seangkatan dengan nya. La ni pulak banyak pulak media alternatif melalui internet... banyak blogger yang famous kerana dok tulis pasai politik ni... dua-dua belah geng pun sama. Ada blogger di upah buat kerja nie. Dalam ramai-ramai blogger yang famous dalam bab tulisan politik nie, ramai jugak yang kena saman atau menyaman.
Banyak pulak depa dapat idea, lepas tu banyak pulak dokumen atau bukti yang keluarq. Ada gambarq, ada resit, ada cek dan banyak lagi yang nak perkuat cerita. Blogger macam ni dah jadi macam PI (Private Investigator). Dapat maklumat ni aku dok rasa cara main duit nie....ooppss tak ada bukti nie!!!
Dalam apa cara sekali pun maklumat nie keluarq, setengahnya rahsia, member atau orang terdekat saja tau...tapi pokok pangkalnya...banyak manusia yang tak boleh pegang rahsia atau janji apabila dijanjikan duit @ uang.
Tapi, aku dok rasa, kalu PRU ni buat macam notis letak jawatan kan senang.... kalu 3 bulan notis berkuatkuasa hari ni , 4 hb Ogos 2012, tentu last daynya pada 3hb November 2012. Tak ada lagi suspen....
Nie punya lah suspen, sampai ada dok pakat bet, bila pilihanraya... kata seblum bulan Jun, lepas tu bulan 9, ni ada pulak dok kata pada musim haji.... dalam pada tu, selagi dok suspen, banyak lah kena buat pelaburan..... pengundi sekarang dapat uang tak tentu lagi undi lorr......La nie , ramai golongan manusia di Malaysia dapat ganjaran, habuan dan saguhati...sayang, aku tergolong dalam golongan yang tak dapat apa-apa... NO BRIM (RM500 tu), tak ada lagi KEDAI ATAU KLINIK 1Malaysia kat sini, aku bukan pemandu teksi, bukan peneroka, bukan jugak anak peneroka... tapi aku hanya penumpang yang berbayar.....................
No comments:
Post a Comment