Saturday, November 20, 2010

BENDERA - INDONESIA

Kecoh baru-baru apabila ada rakyat Indonesia yang bekerja sebagai amah atau pembantu rumah di Indonesia yang di dera begitu teruk sekali di Arab Saudi. Dengar cerita bibir nya di kelar dengan pisau hingga agak parah. Itu majikan di Arab Saudi. Badan bebas hak asasi manusia dah buat bising. Presiden Indonesia sendiri (SBY) dah ambil tindakan termasuklah menghantar wakil kerajaan ke Arab Saudi menyiasat dan berbuat sesuatu yang perlu. Pembantu itu , Sumiati, masih muda dan dia menjadi mangsa deraan di Arab Saudi, sebuah negara Islam dan kaya. Rakyat Indoensia ke sana untuk mencari rezeki tapi lain pulak yang jadi.

Terbaru, ada lagi kes bunuh pembantu rumah warga Indonesia di Arab Saudi jugak. Kes ini akan berlaku di mana saja tak kira samada di Kuwait, Hong Kong , Malaysia atau dimana-mana. Itu bukan menunjukkan sikap rakyat atau majikan semua nya begitu. Itu satu kes terpencil tetapi cukup sadis dan ngeri. Perompak, penyamun, perogol ada di mana-mana malahan di Indonesia jugak.

Cuma, aku terasa mana dia manusia-manusia yang bergelar Bendera. Kalau rakyat Malaysia, tentu di ganyang habis, tentu najis manusia akan di kumpul untuk dilontar ke Kedutaan Malaysia... bukan perjuangan tu, sengaja menyakit dan menghina rakyat Malaysia. Berlakunya Letusan Merapi dan Tsunami kecil di Indonesia baru-baru ini, rakyat dan kerajaan Malaysia ada jugak membantu walaupun ketika itu ada rakan-rakan kita di Utara Malaysia sedang bergelumang dengan masalah banjir. Teringin nak tengok Bendera menyekat dan menghalang bantuan di hantar kepada rakyat Indonesia yang di timpa bencana... bukan kita nak membangga, cuma kita tahu apa salahnya membantu sesama manusia, sesama kaum serumpun, apatah lagi jiran yang memerlukan.

Bendera, apa kah upah untuk berdemo sudah kehabisan atau tiada lagi peruntukkan untuk itu. Sudah habis kah manusia bodoh atau kotor yang sudi menderma najis untuk dilontarkan.

Ingat biar kita sama-sama membantu, yang senang membantu yang susah, yang kaya membantu yang miskin, yang tenang membantu yang terbencana. Biar kita sama-sama menbangun , jangan buat kerja bodoh yang menguntungkan , mungkin pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Monday, November 08, 2010

Perlis dan Kedah - Banjir Ooooo

Dalam minggu ni dah tiga kali telefon mak aku kat Perlis...tanyakan keadaan dia dan banjir yang melanda. Nasib baik rumah mak tak banjir. Tapi bukan itu yang aku risaukan..

Jalan dari pekan Kangar ke kawasan perumahan mak aku terputus hubungan sebab air naik. Ikan dan sayur dah tiada bekalan. Pendek kata, terputus hubungan bekalan. Takat beras masih cukup. Tapi kalau sakit demam, di musim hujan ni, susah lah. Mak aku dudok sorang-sorang. Adik kat Alor Setar tak dapat pergi jumpa mak sebab jalan Alor Setar ke Kangar pun terputus sebab banjir. Kira banjir kali ni hebat.. Macam-macam lah orang buat analisa tentang punca hujan, sehinggakan dok sibuk tentang jalan keretapi berkembar. Kangar jauh dari landasan tu!!! Rumah aku jugak jauh dari situ!! Habus banjir kat Kelantan??

Semua urusan banjir berpunca dari hujan yang turun lebih dari kadar biasa sehinggakan aliran keluar ke laut menjadi perlahan. Dengan hujan berterusan, banjir tak dapat di elakkan. Pembentong air (culvert) pun banyak yang tersumbat, jadi ini memarahkan keadaan.

Bagi aku, banjir sebegini besar jarang berlaku. Itu sebab ramai yang ambik kesempatan berpesta banjir. Dan itu sebabnya mangsa lemas bankir pun tinggi..

Kat Facebook, banyak gambar banjir kat Perlis dan Kedah di masukkan. Banyak jugak komen. Ada juga yang risau tentang keadaan orang tua di kampung. TV pula sibuk dok fokus tentang bantuan yang di berikan. Biasanya dari agensi Federal. Biasa lah, agensi kerajaan negeri, apa sangat yang ada. Bomba, Polis, Tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat kan agensi Federal. Kerajaan negeri mungkin ada pejabat tanah dan pejabat daerah saja. Tapi itu tak payah jadi persoalan, yang penting , bantuan jangan ada pilih kasih. Mana bantuan atau kutipan derma...tak banyak pihak dok buat, cuma ada NSTP. Itu pun tak berapa banyak. Sultan Kedah ada juga bagi bantuan termasuk bantuan peribadi. Daulat Tuanku!!!

Waktu gempa bumi dan banjir kat Indonesia dan Pakistan, rakyat kita sibuk mengutip derma dan hantar bantuan. Walaupun ke Indonesia dimana ada se golongan kecil masyarakatnya menghentam kita, kita masih bantu. Sekarang di Indonesia ada letusan Merapi dan kesan tsunami kecil terbaru. Mana manusia-manusia kecoh bernama BENDERA. Mana hilang buluh runcing , yang sesuai buat rakit. Mana bantuan untuk manusia Indon dunia kamu!!!

Pilihanraya Kecil Galas, Kelantan

Akhirnya keputusan pilihanraya kecil ini memihak kepada BN. Bagus lah tu. Cuma itu hanya satu dari beberapa kerusi DUN yang BN pegang di Kelantan . PAS masih menguasai majoriti kerusi DUN, dan PKR pulak hanya ada satu. Tak kisah lah..kemenangan itu mungkin ada hikmatnya dan setidak-tidaknya membuka lembaran baru dan semangat baru dalam perjuangan BN terutama UMNO.

Aku bukan memihak mana-mana tetapi cuma nak pesan, yang menang jangan lupa diri dan lupa janji. Yang kalah pulak jangan kecik hati, rakyat kat situ dah buat pilihan, mungkin bukan salah calun tapi ada kesan dari tindak-tanduk parti yang di wakili. Aku tak pasti, samada orang memangkah parti atau individu yang mewakili parti. Kalau dipangkah individu yang mewakili parti, maka sekurang-kurang nya ada kepercayaan dari para pengundi.

Yang nak aku cerita ialah pasai kesan pilihanraya. BN bila dah menang, biasanya hebuh lah buat promosi. Semua yang terlibat mesti nak tunjuk peranan masing-masing dalam memberikan kejayaan kepada parti. Tak tahu lah kalu ada habuan yang menanti. Lagi satu, sibuk juga orang buat analisa dan post-mortem pilihanraya. Yang pelik, BN terutamanya UMNO dok sibuk buat analisa kenapa PAS kalah.... antaranya ditonjolkan kesilapan Tok Guru Nik Aziz serta kesan konon nya kerajaan PAS di Kelantan tidak mengendahkan isu tanah orang asli.

Apa-apa pun kelemahan dan kekurangan PAS dalam pilihanraya ini sehingga menyebabkan kekalahan mereka, bagi aku, biar lah. Nanti kalau BN banyak sangat buat analisa dan post-mortem kekalahan PAS, PAS akan cuba membaiki diri sehinggakan akhirnya memakan diri UMNO dan BN. Ini macam nak pergi perang, tak kan lah kita nak hebahkan kekurangan pihak lawan dan kelebihan kita. Biar kita berahsia. Jangan sampai musuh tahu di mana dia lemah (cepat2 dia baiki) atau kelebihan kita (cepat2 lah musuh cari kelemahan kita pulak).

Tapi, politik tetap politik. Ia tetap dengan polemik tersendiri. masing-masing tahu jawapan nya!!!

Friday, November 05, 2010

Aiyaa "Now Everything Must Pay"

Dulu, kita hanya tahu MAS. Itu lah syarikat penerbangan kita... Malaysian Airline System. Kalu dulu, orang kata, nak jadi pramugari mesti ada keistimewaan tersendiri... cantik, menarik.

Sekarang, kita dah ada Maswing (dok terbang sebelah Sabah dan Sarawak jer... adik beradik MAS), Fireflies (dok terbang kat Semenanjong dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengan nya ..ni juga suku sakat MAS) dan satu lagi ialah AirAsia.

Airasia cukup famous...banyak anugerah sebagai "Budget Airline"... minima kemudahan tapi menarik, nak lebih atau istimewa, bayar saja.. "Pay for the extra".

Kalau dulu, Airasia guna sistem free seating, tak ada nombor tempat duduk, naik kapalterbang, cari lah tempat sendiri. leceh jugak sebab kena berebut cari tempat, biar sama-sama dengan famili atau kawan. Lepas tu, Airasia (AA) perkenalkan express boarding, jadi bayar RM10, dapat keistimewaan naik kapalterbang dulu, dan dapat pilih tempat duduk yang kita rasa selesa. Lepas tu AA perkenalkan tempahan tempat duduk, bayar lah lebih sikit untuk hot seat. Hot seat ni, dia punya alas kepala pada kerusi pun warna merah.. itu kut yang buat "hot".

Sekarang ni dah ada "self-check in" ..untuk kemudahan katanya. Tapi, untuk penerbangan ke Bintulu, Brunei dan Kota Baru, check in di LCCT, KL wajib secara self check in, tiada kaunter untuk daftar masuk. Maka berbarislah para penumpang termasuk saya, pada hari Ahad, 31hb October 2010 yang baru lalu.

Tak tahu kena self check in tanpa kaunter, nombor booking tak ada, kena pulak pergi ke kaunter AA untuk dapat print out. Lepas tu beratur lagi. Panjang berbaris sebab dari 5 kiosk check in tu, hanya 2 yang berfungsi.

Selesai check in, wife tanya pasal tempat duduk, tengok-tengok, wife kat depan (no 8) aku kat belakang no 23. itu kira ok, sebab kamidah dewasa, ada keluarga yang anak masih kecik yang dapat nombor seat yang jauh...nasib baik ada insan yang faham dan sanggup tukar seat. Wife cakap, lepas ni kita kena book lah nombor seat supaya tak berulang kes begitu.

Tapi aku dok rasa, AA memang saja-saja nak bagi orang merasa susah supaya dia dapat buat satu polisi yang mana ada duit yang akan masuk sebab kita sebagai penumpang sudah terpaksa...

Now Everything Must Pay ... mula-mula beli tiket secara on-line (bil letrik, internet charges kita bayar), nak seat bagus, kena book seat nombor, bayar lagi. Nak makan, tempah on-line atau order dalam pesawat...bayar ler ..air mineral RM3 sebotol 0.5 liter, kat luar RM1 jer. Bawa beg lebih atau lebih berat bayar!! Nak bawa banyak lagi....bayar lah banyak.

Tak lama lagi...nak air cond kena bayar (macam Tune-hotel), nak masuk tiolet kena bayar , nak print out booking program, kena bayar....

Kira-kira, baik naik MAS pulak..tak payah nak jalan kaki samada nak turun atau nak naik. kena bila dah tua nie, tak sanggup ler... MAS ada orang tolong tolak kerusi roda kalu kita minta perkhidmatan tu.

Tiket - RM200
Makan - RM 15
Air - RM 3
Beg - RM10
dll RM50.

kena buat syarikat sendiri lah nampaknya.