Thursday, March 05, 2009

Marudi

FERI KECIL MENYEBERANG SUNGAI BARAM KE MARUDI

Ada kesempatan untuk melawat Marudi, sebuah bandar kecil di pendalaman kawasan Baram, di Sarawak, membuka banyak persoalan.


Pertama, pekan kecil ini mempunyai ciri-ciri sebuah tempat yang tenang, damai dan sunyi dari kebisingan. Sebuah pekan kecil yang bersih dan yang amat menarik, pada waktu malam sekitar jam 8.00 malam, terdapat beberapa anak budak, mungkin sedang menunggu keputusan SPM atau SPTM, beramai-ramai, memegang paip air bomba, menyembur dan membersihkan longkang-longkang di lorong belakang kedai-kedai. Ingatkan hanya di situ sahaja tetapi mereka juga turut membersih longkang lain di sekitar kawasan berdekatan. Adakah mereka ini membuatnya secara gotong royong dan percuma .... itu saya tak pasti. cuma yang pasti, anak-anak muda itu sanggup melakukan kerja-kerja sebegitu.


Kedua, awal petang nya, saya turut melihat, satu kumpulan kecil anak-anak muda , sekitar 4 orang, dengan berbekal penyodok dan tong dram kosong yang di potong dua, menyodok pasir-pasir, tanah-tanah dan sampah-sampah yang ada dalam longkang di sekitar bandar dan dimasukkan dan dikumpulkan dalam sebuah lori kecil yang menunggu. Bau mungkin busuk, tapi mereka tak nampak langsung tanda-tanda yang mereka merasakan ianya sesuatu yang kotor atau sebagainya. Tiada juga rasa malu, malahan sebagai sebuah pekan kecil, ramai pulak kawan-kawan yang menegur mesra apabila berselisih di jalan berkenaan. Lama juga saya lihat tingkah laku mereka ini.


Ketiga, pekan kecil ini memang bersih dan rasa malu benar apabila saya membuang puntung rokok di jalanan. Bersih walaupun tak banyak tong sampah yang kelihatan ... membawa makna , orang Marudi memang suka kebersihan. Jangan harap nak jumpa lalat di kedai-kedai makan atau tikus di lorong-lorong belakang.


Keempat, tiada apa bentuk hiburan yang ada, tiada karaoke, tiada panggung wayang, tiada bar, tiada dangdut yang saya nampak. Kalau tersembunyi itu, tak tahu lah.


Kelima, sunyi dan tenang apabila menjelang jam 8.00 malam. Tak banyak kereta yang kelihatan. Kanak-kanak kecil pula bebas dan tenang mengayuh basikal.


Keenam, jarak dari bandaraya Miri sekitar 60km dan malangnya tiada jalan darat yang sempurna kecuali jalan melalui ladang-ladang sawit yang memakan masa 1jam 3o minit serta menaiki 2 buah feri kecil milik persendirian dengan bayaran RM15 bagi satu perjalanan. Maknanya pergi dan balik, sebuah kereta ialah RM60.


Ketujuh, apa punca dan mata pencarian penduduk tempatan? Aktiviti pembalakan tidak begitu hebat, perladangan pula baru bermula... cuma saya ada nampak banyak dusun buah-buahan sekitar Lubuk Nibung yang di usahakan oleh masyarakat Cina tempatan dan tanaman padi oleh masyarakat etnik bumiputera tempatan ... mungkin Iban atau Kayan. Kebetulan pula, ada peniaga menjual buah durian di pekan. Pelancungan mungkin kurang memberikan impak sebab Marudi hanya pekan transit , itu pun dulu sebab sekarang penerbangan terus ke Mulu sudah ada.


Apa-apa pun, Marudi memang tenag, damai dan memiliki ciri-ciri pekan sejati sesuai untuk membesarkan anak-anak agar kurang terdedah kepada perkara yang kurang molek. Kadar jenayah, tak tahu pula.... yang pasti waktu perjalanan pulang untuk makan selepas kerja, saya di tahan oleh JPJ lalu di saman kerana tak membawa GDL. JPJ pula dari MIRI , bukan dari Marudi.


1 comment:

  1. wah, best jugak marudi ni. such a place for me ;D.
    wlpn di dpn staff dan exec yg sy x zahirkan minat sy nak ke marudi, tp sebenar2nya sy mmg berminat nak ke sana. sy dgr2 tempat tu deep peat. mesti byk kelainannya banding lana. Boss! take me there!

    ReplyDelete