hari tu, isteri saya sibuk menyelongkar almari baju... saya tanyakan kenapa? jawapan nya mudah..... ada kawan di tempat kerja menceritakan ada seorang jiran nya , bukan beragama Islam, di tinggalkan suami tanpa sebarang nafkah atau belanja sara hidup. lalu si isteri bekerja membersih rumah jiran-jiran atau membasuh kain . Kalau membersih rumah, dapatlah RM30 bagi setiap kali di jemput atau khidmatnya digunakan. Si isteri ini mempunyai naka yang belajar di sebuah kolej, katanya di Labuan. Belanja agak tinggi tapi ada juga pinjaman ... lega lah sikit. tetapi, kolej itu mensyaratkan pakaian baju kurung atau yang lebih sesuai. Disebabkan ada anak-anak yang masih kecil dan bersekolah, si kakak ini tidak mempunyai baju yang cukup dan tentunya sudah lama. Bayangkan seorang gadis , di sebuah kolej memakai baju yang sudah lusuh untuk berjuang mendapat pendidikan.
Atas daya usaha jiran-jiran, mereka mensedekahkan baju baju lama yang masih molek dan sesuai untuk si kakak. Untuk itu, isteri saya juga ingin turut membantu. bagus lah, sebab isteri saya memang banyak baju-baju lama , malahan setengah nya masih baru dan masih mengikuti dan sesuai dengan masa kini. Banyak yang ingin di hulrkan, saya pun suka juga, setidak-tidaknya tak lah baju-baju tu lapuk dalam almari.
Ada juga isteri saya ceritakan bahawa, si emak pernah membeli baju terpakai dari seorang isteri kakitangan kerajaan dengan harga RM30 sepasang. Persoalannya kenapa tak disedekahkan saja baju itu, sedangkan memang kamu tak pokai lagi. Jangan lah pandang sangat duit tu.
Apa yang ingin saya nyatakan ialah, apakah takrif kemiskinan? Si ibu ,dengan daya usahanya sendiri berjaya mencari satu kehidupan dan memberikan peluang untuk anak-anaknya. Si ibu tunggal ini ditakrifkan sebagai golongan mana? Ibu tunggal yang memerlukan bantuan atau biarkan saja dia berusaha dari sentiasa meminta bantuan.
Walau apapun, si ibu tunggal ini harus di bantu, samada oleh masyarakat atau pihak pemerintah. berikan dia semangat untuk membesar, menyekolahkan anak-anak serta peluang untuk memperbaiki diri dan keluarga.
Adakah bantuan tidak sampai (walaupun dia tinggal di kawasan bandar) tetapi tidak pandai menyelit diri dalam kelompok masyarakat yang berpolitik , maka dia tidak perlu di berikan bantuan atau tidak perlu di endahkan. Tunggu lah pilihanraya nanti, mungkin rumah si ibu tunggal ini akan mula dikunjungi, nasib dan hidupnya mula di himpit dengan berbagai janji tapi sampai bila.................?
No comments:
Post a Comment