Baru-baru ni, saya bersama isteri dan anak sulong saya melayari internet untuk membuat permohonan ke IPTA menggunakan khidmat hantaran elektronik atau e-registration dan e-submission. Senang memang senang, cepat memang lah cepat.
Masa yang di habiskan tak sampai 3o minit tetapi apabila dah siap, isteri saya bertanya macamana dengan mereka-mereka yang tak ada kemudahan internet seperti di kampung-kampung di pendalaman atau rumah rumah panjang di Sarawak, yang setengah nya jauh di kawasan pendalaman dan mempunyai pelbagai masalah pengangkutan malahan banyak lagi yang menggunakan pengangkutan melalui jalan air (sungai). Macamana dengan mereka-mereka ini. Sebagai contoh, satu rumah panjang kaum Iban di Bahagian Kapit dimana kedudukan nya adalah sejauh 5 jam perjalanan dengan bot express dari bandar Sibu atau hampir 2 jam setengah ke Kapit. Belanjanya juga besar walaupun ke Kapit. Macamana mereka ini hendak membuat permohonan melalui teknologi baru ini dan dah menjadi syarat bahawa permohonan harus melalui talian internet.
Itu belum lagi jika di kira kaedah pembelian kod pin unik yang haru di beli dari Bank Simpanan Nasional. tak semua bandar atau pekan kecil ada Bank Simpanan Nasional. Kalau tak silap saya, pekan kecil macam Marudi di Sarawak tiada mempunyai bank tersebut. Habis, apa kah peluang pelajar - pelajar ini. Adakah pihak sekolah menyediakan perkhidmatan ini untuk para pelajarnya yang cemerlang?. Kalau ada khidmat internet pun, macamana dengan nombor pin unik tersebut.
Adakah mereka ini dinafikan peluang untuk melanjutkan pelajaran secara tidak disedari atau tidak disengajakan.? Ini perlu di kaji semula. Ada anak-anak muda lulusan SPM dan STPM di sekolah-sekolah di pendalaman ini yang memang berjaya tetapi akhirnya meminta kerja dengan syarikat saya yang kebetulan memang di pendalaman.
Sayang, mereka ini boleh pergi jauh tetapi terhalang disebabkan oleh kemajuan ICT yang dibanggakan.
No comments:
Post a Comment